my self

my self
hello...

About Me

My Photo
mackenzie banyeng
SIPITANG, MALAYSIA, Malaysia
hallo,my name mackenzie.Saya adalah merupakan antara 12 pemimpin belia SYP.Diharapkan dengan tertubuhnya blog ini kita akan lebih bersatu dalam perlayanan kristus dan saling bersama memartabatkan kerjaan ALLAH di BUMI SIPITANG INI...AMEN!!
View my complete profile

klik di sini,semuanya ada di sini...!!! jom masuk!!

Saturday, March 29, 2008

Kepada kaum perempuan, jangan cepat jek g minum kalau org lelaki mengajak..


Menurut laporan polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah
kelab malam di singapura pada malam sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut
tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang kecil.

Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian "mencuci" mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk "mencuci" haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah "Dating" dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis. Mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.

Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan "mencuci" agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.

Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda, mana-mana wanita yang mengambilnya "TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA".

Si durjana boleh memperolehi dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Sila forwardkan msg ini kerana kita tidak tahu siapa dan di mana ianya mungkin terjadi kepada diri anda,keluarga ata rakan taulan...

surat terbuka untuk perdana menteri malaysia

surat ini disiarkan dalam malaysia today,bagi sesiapa yang belum berkesempatan untuk membaca boleh lah membacanya di sini.Ingat ini bukan karya saya tetapi dipetik dari online malaysia today...moga tiada timbul salah faham di sini sebab saya bukan anti kerajaan dan bukan juga anti pembangkang.



SURAT TERBUKA KEPADA DATO’ SERI ABDULLAH BADAWI
PDF Print E-mail
Posted by Raja Petra
Wednesday, 26 March 2008

Sebelum saya mengakhiri surat ini, saya ulangi cabaran saya supaya kamu, ABDULLAH BIN AHMAD BADAWI bertanggungjawab penuh dengan meletakkan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia atas kekalahan Barisan Nasional di lima negeri dan di Wilayah Persekutuan serta kehilangan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat.

Tarikh : 25 Mac 2008

Daripada : Muhammad Zahid Bin Md Arip

No KP : 660622-04-5355

No Ahli UMNO : 03468736

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala Puji Tertumpu Kepada Allah SWT, Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW.

Ya Murakbalin (YMb) Abdullah Badawi,

Sukacita saya memaklumkan kepada YMb bahawa surat ini saya tulis secara terbuka kerana segala apa yang akan saya sampaikan di sini bukan lagi suatu rahsia, malah ianya sudah menjadi bualan umum di kalangan rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli UMNO di mana sahaja mereka berada.

Sebagai orang UMNO dan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya memilih untuk berterus terang di dalam surat ini. Bukankah selama ini YMb pernah menjerit mencabar rakyat dengan menyatakan “beritahu saya perkara sebenar – tell me the truth”. Agaknya selama ini YMb sentiasa di beritahu perkara-perkara palsu sekadar penyedap telinga sahaja. Walaupun saya sedar pada hakikatnya – you cannot accept the truth – tetapi demi menyahut cabaran YMb dan dengan izin Allah, saya akan beritahu YMb perkara yang sebenarnya.

Saya sedar, yakin dan percaya, selepas surat ini bertaburan di muka bumi ini, akan ada panglima-panglima tempang dari kalangan anjing kurap yang mahu menjadi pengampu setia YMb yang akan tampil untuk menyerang saya.

Sesungguhnya, saya dan seluroh rakyat Malaysia turut ingin melihat siapakah pengampu pertama yang akan muncul untuk menyerang saya secara terbuka.

Sudah menjadi tradisi, anjing-anjing kurap ini akan muncul mempertahankan YMb dari segala bentuk kritikan dan teguran. Lihat sahajalah apabila Tun Dr Mahathir mengkritik dan menyarankan agar YMb bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan atas keruntuhan Barisan Nasional di enam negeri, sekali gus menyaksikan Barisan Nasional gagal memperolehi majoriti 2/3 di Dewan Rakyat, maka anjing-anjing kurap inilah yang satu ketika dahulu pernah makan di atas tapak tangan Tun Dr Mahathir, hari ini membelasah Tun Dr Mahathir siang, malam, pagi dan petang.

Bila Saudara Dato’ Mukhriz Mahathir menyarankan perkara yang sama, beliau juga menjadi mangsa kecaman dan serangan anjing-anjing kurap ini. Ada yang mengatakan “Mukhriz mendengar cakap bapanya”.

Pada hemat saya, adalah lebih mulia menjadi seorang anak yang mendengar cakap bapanya dari hina dan bodoh menjadi bapa mertua yang dayus yang menjadi Pak Turut menuruti cakap menantu.

Justeru saya tidak hairan dan tidak gentar dengan salakan anjing-anjing kurap ini kerana bagi saya, anjing kurap menyalak bukit, bukit tak kan runtuh. Semakin kuat anjing kurap ini menyalak, maka semakin meluatlah rakyat kepada YMb dan semakin dekatlah kehancuran UMNO dan Barisan Nasional.

Untuk pengetahuan YMb, pendapat Tun Dr Mahathir bahawa YMb patut berambus dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, kini sudah pun menjadi pendapat umum.

Pada kesempatan ini, dengan berterus terang dan tanpa berselindung – demi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional supaya UMNO dan Barisan Nasional tidak menjadi pembangkang selepas pilihan raya umum yang akan datang, saya menyarankan, merayu dan mendesak supaya YMb berundurlah dengan meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Kita kalah di Kelantan, kita tumpas di Selangor, kita kecundang di Perak, kita tewas di Kedah, kita tersungkur di Wilayah Persekutuan dan kita melingkup di Pulau Pinang.

Di banyak kawasan majoriti kita merosot dengan bilangan yang besar. Di kawasan YMb sendiri di Kepala Batas, majoriti kemenangan YMb merosot sehingga 8 ribu undi.

Tunggu apa lagi? Apakah setelah UMNO dan Barisan Nasional kehilangan beberapa negeri lagi dan kalah di Dewan Rakyat baru YMb mahu berundur?

Saya cabar YMb meletakkan jawatan jika YMb anak jantan yang masih punya kehormatan, maruah dan harga diri. Apa guna menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang menjadi bahan lawak jenaka dan di tertawakan.

Pesan orang tua-tua, biar miskin jangan bangsat. Biar tidak ada jawatan asalkan ada kehormatan, maruah dan harga diri.

Terlanjur menyebut tentang maruah dan harga diri, saya rasa Dato’ Seri Ong Ka Ting, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Dato’ Seri S Samy Vellu – mereka ini lebih bermaruah, lebih ada integriti, lebih ada harga diri dan lebih bertanggungjawab berbanding YMb. Awal-awal lagi mereka sudah memilih untuk menolak jawatan kabinet kerana mahu menumpukan usaha memperbaiki kelemahan dan kesilapan parti mereka.

Cuba YMb fikir baik-baik, bagaimana boleh YMb menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang hebat memimpin UMNO dan mentadbir Malaysia sedangkan Pulau Pinang negeri sendiri di jajah orang? Tak malu ke? Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

Bukankah YMb adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang? Tidakkah YMb ada rasa untuk bertanggungjawab atas kekalahan di Pulau Pinang? Kalau sayalah pada kedudukan YMb, nescaya saya tahu malu kepada rakyat dan mengambil tanggungjawab untuk berundur dengan terhormat.

Rupa-rupanya, YMb lebih sayangkan kedudukan, pangkat dan darjat dari mencintai parti. Sudah terang lagi bersuloh, jelaslah sekarang, kata-kata yang sering YMb ucapkan bahawa kepentingan parti melebihi kepentingan diri sendiri hanyalah sekadar retorik murah dan omong kosong belaka.

Apa yang menyebabkan YMb begitu sayang untuk melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri? Kerana sayangkan rakyat atau kerana ingin terus mengkayakan anak dan menantu?

Percayalah, parti tidak akan hancur dengan pengunduran YMb, malah parti akan lebih berjaya pada masa hadapan dengan mendapat dukungan dan keyakinan baru dari rakyat.

Persoalannya sekarang, bagaimana YMb mahu membela nasib umat Melayu di negeri-negeri lain sedangkan nasib umat Melayu di Pulau Pinang pun YMb tidak mampu membelanya?

Waktu ada kuasa, ada pernah YMb ambil peduli nasib Melayu? Projek-projek besar di Pulau Pinang ada YMb serahkan kepada Melayu? Tolong jawab kepada Melayu Pulau Pinang.

Hari ini bila dah hilang kuasa di Pulau Pinang, pandai pulak kumpulkan Melayu berdemonstrasi dan mengadakan perhimpunan aman. Dahulu bila pembangkang mengadakan perhimpunan aman, YMb mengutuk tindakan mereka dengan sombong dan angkuh.

Jangan YMb baling batu sembunyi tangan dalam hal perhimpunan aman ini kerana Timbalan YMb iaitu Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang sendiri yang mengepalai perhimpunan itu. Sudah tentu perhimpunan itu di adakan atas persetujuan YMb jua.

Patutlah buat pertama kali pihak polis begitu bersabar menghadapi para peserta perhimpunan aman itu. Suatu hari nanti, takdirnya jika pihak polis terpaksa bertindak menyembur gas pemedih mata kepada Melayu yang menyertai perhimpunan aman itu, sudah tentu Menteri Dalam Negeri akan menjadi sasaran kemarahan. Sebab itu YMb menyerahkan jawatan Menteri Dalam Negeri kepada Dato’ Seri Syed Hamid supaya YMb terlepas dari menjadi sasaran api kemarahan peserta perhimpunan aman.

Sementara YMb masih berkuasa, tolong pastikan jangan ada kacau bilau yang membolehkan YMb menubuhkan MAGERAN. Cukuplah episod malang yang melanda negara pada tahun 1969 dahulu. Jika ini berlaku, percayalah sejarah akan mengutuk YMb sehingga kiamat dan jangan marah jika sejarah menuduh YMb lah perancang utama kepada kacau bilau itu.

Saya melihat sekarang ini sekali lagi media cetak dan elektronik arus perdana di peralat dan di gunakan semahu-mahunya untuk membina dan membakar perasaan kesal di hati rakyat khususnya orang Melayu kerana mengundi pembangkang. Percayalah Melayu tidak mudah terpedaya.

Media juga dengar khabar telah di arah untuk membantu membina dan membangkitkan rasa simpati dan kasihan rakyat kepada YMb.

Saya ingin memberitahu YMb, bahawa strategi ini tidak akan berkesan sama sekali. Rakyat bukannya bodoh macam YMb. Mereka boleh berfikir dan celik maklumat. Semakin menggila media cuba mempromosi YMb, maka semakin benci dan meluat rakyat kepada YMb.

Kepada media saya mohon untuk berpesan, dalam mempromosi si Murakbalin ini, biarlah berpada-pada, tolong jangan sampai membakar dan meniup api perkauman. Saya faham tugas rakan-rakan media yang terpaksa menulis menyokong YMb, tapi hakikatnya rakan-rakan media juga tahu antara punca besar kejatuhan UMNO dan Barisan Nasional ialah kerana kebencian dan rasa meluat rakyat kepada YMb dan menantunya yang angkuh dan sombong bodoh.

Laporan mengenai kenyataan menyokong kepimpinan YMb oleh badan-badan NGO dari yang besar hingga yang kecil yang mendapat liputan yang besar di dada-dada akhbar, telah di sambut dengan rasa meluat oleh sebahagian besar rakyat.

Kepada rakyat saya berpesan, bagi mengelak kita semua terjebak dan terpedaya dalam isu perkauman sempit dan propaganda murahan si Murakbalin ini, yang mungkin di bawa oleh media, maka hendaklah kita memasang niat terlebih dahulu sebelum membaca akhbar. Niatnya, sahaja aku membaca, tapi belum tentu aku percaya. Dengan tulus ikhlas, saya ijazahkan niat ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Amalkan, InsyaAllah selamat kita dari terpedaya.

Majlis Tertinggi UMNO konon katanya sokong penuh. Dewan Tertinggi Barisan Nasional juga sokong penuh. Sokongan ini menyebabkan rakyat semakin benci dan meluat kepada YMb dan pimpinan UMNO. Inilah yang di katakan sokong bawa rebah.

Apakah sokongan MT UMNO ini menggambarkan sokongan rakyat dan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi?

Apakah MT sedar atau tidak, siapakah yang telah merosakkan kertas-kertas undi dan siapakah yang telah memenuhkan tong-tong undi dengan mengundi pembangkang? Siapakah mereka kalau bukan ahli-ahli UMNO sendiri. YMb sendiri tak kan tidak tahu perkara ini? Atau YMb sengaja buat-buat tak tahu.

Mengenai syor YBM Tengku Razaleigh Hamzah supaya satu Perhimpunan Agung Khas di adakan bagi membincangkan kelemahan parti dan menyusun langkah-langkah yang perlu bagi memantapkan UMNO, saya di beritahu YMb tidak bersetuju. Kenapa YMb begitu takut untuk berdepan dengan perwakilan UMNO? YMb tidak boleh lari dari kebenaran.

Sepatutnya usaha memanggil Perhimpunan Agung Khas ini datangnya dari YMb bukannya dari Tengku Razaleigh. Ku Li terpaksa mengambil langkah ini kerana YMb terlalu lembab bertindak. Dengar kata anak dan menantu YMb yang beriya-iya benar tidak bersetuju di adakan Perhimpunan Agung Khas ini. Betul ke?

Secara terus terang saya katakan bahawa rakyat bukan marah kepada YMb, tetapi rakyat sudah BENCI. Kalau rakyat marah, kita boleh sabarkan rakyat, kita boleh pujuk rakyat, tetapi kalau rakyat sudah benci, kebencian ini akan menular dan menjalar ke akar umbi. Pada akhirnya UMNO dan Barisan Nasional akan tersungkur menyembah bumi pada pilihan raya yang akan datang.

Rakyat juga sangat benci kepada kerakusan, kebongkakkan, kesombongan dan keangkuhan menantu YMb. Gandingan antara bapak mertua dan menantu dalam hal pentadbiran parti dan kerajaan, jelas menimbulkan kemarahan dan keresahan rakyat. Rakyat percaya YMb bukannya cerdik sangat, rakyat percaya menantu YMb merupakan orang yang menjadi PM de facto yang menguasai parti dan kerajaan.

Walaupun penjelasan demi penjelasan di buat oleh YMb bahawa menantu YMb tidak terlibat dalam mencampuri urusan pentadbiran, hakikatnya rakyat tetap tidak percaya. Sangat hina menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri apabila cakapnya tidak di percayai dan di anggap bohong serta di persendakan.

Rakyat bukan bodoh, rakyat melihat bagaimana menantu diberi pinjaman RM 9 juta oleh Patrick Badawi untuk membeli saham-saham ECM Libra yang kemudiannya ECM Libra mengambil alih anak syarikat kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan Avenue Capital Resources.

Bila hal ini terdedah, YMb telah membuat kenyataan yang di anggap bodoh dan cuba memperbodohkan rakyat dengan menyatakan bahawa YMb tidak tahu menahu tentang urus niaga itu. Bukankah YMb adalah Menteri Kewangan? Apakah YMb tidur semasa urus niaga itu berlaku?

Rakyat melihat urus niaga ini sebagai rompakan di siang hari. Rakyat juga jijik melihat bagaimana Patrick Badawai di anugerahkan projek-projek besar bernilai lebih RM 20 Billion di Pulau Pinang dan Terengganu. Rakyat juga melihat dengan hati yang terguris apabila syarikat Scomi yang di ketahui umum di miliki sebahagian besar sahamnya oleh anak lelaki YMb turut terlibat dalam projek-projek besar.

Inikah contoh dan tanda serta cara-cara membela nasib rakyat?

Rakyat juga jijik melihat kebodohan Pengerusi-Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan pemimpin-pemimpin UMNO yang berlumba-lumba mengampu dan menyambut menantu YMb, seolah-olah takut dengan kehebatan pengaruh menantu YMb. Pemimpin UMNO percaya, menantu boleh mengatur perjalanan parti.

Sebahagian besar ahli-ahli UMNO percaya, menantu YMb sedang bergerak cergas menyusun dan mengatur langkah untuk menggantikan YMb sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia sekali gus menyingkirkan Dato’ Sri Najib dengan apa cara sekalipun.

Dengar khabar, perancangan sedang di atur oleh menantu YMb dengan menggunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk terus menyerang Dato’ Sri Najib dengan mengaitkan beliau dengan skandal dan rasuah.

Saya juga mendengar khabar satu gerakan sedang di buat kononnya oleh budak-budak “tingkat 4” untuk membina persepsi di kalangan ahli-ahli UMNO bahawa Dato’ Sri Najib memang tidak layak menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri menggantikan YMb.

Saya juga mendengar satu tekanan dan ugutan akan di buat menggunakan pelbagai saluran perundangan termasuk laporan polis dan BPR bagi menekan Dato’ Sri Najib meletakkan jawatan.

Gerakan itu juga konon katanya sedang memburuk-burukkan Datin Sri Rosmah dan sedang cuba melaga-lagakan Dato’ Sri Najib dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Konon katanya, YMb memang mahukan Tan Sri Muhyiddin menjadi Timbalan Predana Menteri sejak dulu lagi. Saya ingin bertanya, apakah semua ini betul? Saya juga ingin bertanya apakah memang ada perancangan seumpama ini oleh menantu YMb dan di restui oleh YMb sendiri? Sama ada YMb terima atau tidak, inilah antara lain yang sedang di bicarakan di kalangan ahli UMNO dan rakyat di bawah.

Saya ingin bertanya, betulkah ada perjanjian antara YMb dengan Tun Dr Mahathir bahawa YMb hanya akan menjawat jawatan Perdana Menteri untuk satu penggal sahaja? Hanya Allah SWT, Qaraman Qatibin, YMb dan Tun Dr Mahathir sahaja yang tahu. Kalau YMb sudah berjanji, munafik kalau mengingkarinya.

Apa sudah jadi dengan Islam Hadhari? Ternyata imam masjid di kampung-kampung belum faham lagi walaupun ia telah di perkenalkan 3 tahun yang lalu.

Rakyat meluat melihat gambar YMb merangkul erat pinggang seorang artis berbangsa Cina yang tersebar semasa pilihan raya yang lepas. Saya sungguh tidak menyangka YMb sebagai pemimpin Islam Hadhari termasuk dalam gulungan jantan miang yang pandai mengambil kesempatan. Kesian saya melihat jentera Barisan Nasional terkial-kial mencari idea untuk menepis dan menjawab mengenai gambar tersebut. Akhirnya mereka sesama mereka duduk dan memaki hamun YMb. Padan dengan muka YMb, tak fasal-fasal kena maki.

Kenyataan menantu YMb bahawa dia tidak akan menyertai kabinet selagi YMb masih menjadi Perdana Menteri di sambut dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT. Hakikatnya – hanya Perdana Menteri yang bodoh sahaja yang akan melantik dia dalam Jemaah Menteri. Apa hebatnya dia ni? Dia ni laksana melukut di tepi gantang - masuk tak tambah, keluar tak kurang, tak ada lagi baik.

Sebagai Presiden UMNO ternyata YMb tidak tahu menghargai dan menghormati struktur dan sayap parti. Kenapa Wanita UMNO tidak di lantik dalam Jemaah Menteri? Bukankah Wanita UMNO adalah tulang belakang kekuatan UMNO selama ini? Kalau YMb tidak mahu melantik Dato’ Seri Rafidah dan tidak boleh melantik Dato’ Seri Shahrizat kerana beliau kalah, apa pula dosa dan salahnya Dato’ Halimah Siddiq? Adakah kerana budak-budak “tingkat 4” tidak suka kepada Dato’ Halimah, maka YMb tidak melantik beliau?

Sebagai ahli parti saya faham benar betapa pentingnya Pergerakan Wanita UMNO dalam menjayakan program dan agenda parti. Saya terkilan, keikhlasan mereka YMb balas demikian rupa. Madu diberi, tuba yang di balas.

Kepada Wanita UMNO sedarlah, puan-puan sudah di anggap menopause dalam era politik UMNO oleh Presiden yang tidak ada hati perut ini. Barangkali Presiden yang Puan-Puan sokong ini sudah nyanyok. Atas nasihat “tingkat 4”, Presiden yang puan-puan sokong ini, sedang mengatur dan mencatur untuk meletakkan Dato’ Azalina Othman Said sebagai Ketua Wanita UMNO yang baru. Dalam kamus perjuangan, saya akui Azalina memang hebat dari puan-puan, beliau berjuang seratus peratus sepanjang masa 24 jam sehari, sehingga tidak pernah terfikir untuk berkahwin. Bukan macam puan-puan, ada anak dan ada suami. Tahniah buat Pergerakan Wanita UMNO Malaysia kerana bakal mendapat Azalina sebagai Ketua Wanita yang baru.

Saya amat hairan dengan perlantikan Dato’ Seri Shahrizat sebagai Penasihat Perdana Menteri bertaraf Menteri dalam hal Pembangunan Wanita Dan Keluarga, walhal pada masa yang sama sudah ada Menteri yang bertanggunjawab. Pada saya perlantikan ini merupakan satu penghinaan buat Dato’ Seri Shahrizat dan persendaan buat Wanita UMNO selurohnya.

Kepada Dato’ Seri Shahrizat saya cadangkan tolak saja perlantikan ini. Tunjukkan solidariti dan semangat setia kawan kepada Wanita UMNO. Buktikan bahawa Dato’ Seri sanggup bersama Wanita UMNO di waktu susah dan di waktu senang.

Kepada sahabat saya Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo, syabas saya ucapkan kerana menjadi lelaki sejati yang bertanggungjawab, bermaruah dan punya harga diri dengan meletakkan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional Selangor. Bukan macam Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang masih tidak tahu malu dan mahu terus menongkat langit.

Kepada YB Dato Anifah Aman dan YBM Tengku Azlan, sekalung tahniah buat kalian berdua kerana mencipta sejarah di tanah air kita apabila menolak jawatan Timbalan Menteri yang diberikan. Seingat saya inilah kali pertama dalam sejarah perkara seumpama ini berlaku. Kalaulah saya Perdana Menteri, sudah tentu saya akan turut meletakkan jawatan sama kerana malu dengan penolakan ini. Walau apa pun alasan, yang pentingnya kalian berdua terselamat dari berketuakan si Murakbalin ini.

Menyentuh mengenai perlantikan Menteri Besar Perlis dan Terengganu, saya kesal kerana YMb gagal berfungsi sebagai Ketua Parti. Sepatutnya YMb sendiri merafak sembah Ke Bawah DYMM Raja Perlis dan DYMM Sultan Terengganu. Baginda adalah Raja kita bukannya musoh kita. Kalau dengan Tuanku pun YMb gagal menyelesaikan soal perlantikan Menteri Besar dengan teratur dan sempurna, bagaimana dengan hal yang lebih rumit dan besar? Sebab itu YMb kena berambus dengan segera.

Baru-baru ini, saya mendapat khabar bahawa salah satu dari sayap parti yang paling junior telah membuat satu ketetapan di dalam mesyuarat Exconya mendesak YMb berundur meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Konon katanya, keputusan mereka telah “di black outkan” oleh semua media atas arahan pejabat YMb. Betul ke?

Pada kesempatan ini saya ingin menegur YMb mengenai angka 13. Umum mengetahui angka ini merupakan angka kegemaran YMb. Tidak ada salahnya dengan angka ini. Tetapi ada orang memberitahu saya, bahawa angka ini diberikan oleh seorang tukang tilik kepada YMb. Betul ke?

Kalaulah betul angka 13 ini diberikan oleh tukang tilik dan YMb mempercayainya, saya amat kesal. Kepercayaan kepada sesuatu angka itu boleh mendatangkan tuah adalah di larang sama sekali di dalam Islam dan hukumnya syirik. Sebagai cucu kepada seorang ulama Falak dan pemimpin agung Islam Hadhari, saya berharap YMb tidak terpedaya dengan kepercayaan karut seperti ini.

Tetapi barang di ingat, kerana angka ini, segala tindak tanduk YMb sudah boleh di hidu dan di baca. Sebab itu tarikh pembubaran parlimen pada 13 Feb tidak ada kejutan, hampir semua rakyat telah mengetahuinya terlebih dahulu. Cuma saya ingin menasihatkan YMb, kalau sudah terlalu seronok dengan angka 13 ini, tolong letakkan jawatan pada 13 May 2008 ini. Barulah angka ini akan membawa seribu kenangan kepada YMb secara peribadi.

HASRAT YBM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH UNTUK MERAWAT UMNO – BERTANDING JAWATAN PRESIDEN

Dalam mengulas hasrat YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk merawat UMNO yang sedang sakit dengan menawarkan kesediaannya bertanding jawatan Presiden UMNO, saya kira ini satu perkembangan yang amat menarik.

YMb kena akui, rakyat sudah benci dengan YMb dan menantu. YMb dan menantu bukan lagi aset kepada UMNO dan Barisan Nasional, tetapi sudah menjadi biawak hidup atau laibiliti di dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Sungguhpun begitu, saya faham YMb dari jenis muka tembok memang cukup sayangkan jawatan ini demi anak menantu dan keluarga. Kalau sudah terlalu sayangkan jawatan, buatlah sesuatu. Justeru, ikutlah nasihat saya ini. Nasihat ini kalau di ikut, pasti YBM Tengku Razaleigh tidak akan dapat satu pun pencalonan untuk jawatan Presiden. Bukan niat saya mahu mendabik dada pulak tetapi idea ini memang first class. Budak-budak “Tingkat 4” sendiri pun tidak pernah terfikir mengenai idea ini.

Apa yang perlu YMb buat, ialah:

1 ) Panggil seorang demi seorang Ketua Bahagian. Kemudian, minta mereka menandatangani akujanji bahawa mereka akan menyokong YMb sampai mampus sebagaimana yang di lakukan oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini. Selepas itu, pastikan juga mereka mendapatkan tandatangan semua AJK Bahagian dan semua Ketua-Ketua Cawangan bahawa mereka juga menyokong kepimpinan YMb sampai mampus juga.

2 ) Selepas selesai tandatangan, surohlah mereka buat kenyataan akhbar dan kutuk Tengku Razaleigh habis-habisan. Semua media mesti menyiarkan acara ini sebagai berita utama.

3 ) Kemudian, YMb sendiri turun ke negeri-negeri, arah negeri-negeri mengadakan sambutan besar-besaran dengan sepanduk dan kain rentang yang tertulis kata-kata menyokong, memuja dan memuji YMb. Kalau dulu kita sediakan bas dan elaun RM 10 kepada rakyat untuk datang menyambut pemimpin, tetapi kali ini elaun mesti di naikkan kepada RM 100, barulah mereka boleh menjerit dengan penuh semangat dan kuat menyokong YMb sebagaimana yang di buat di Seri Perdana baru-baru ini.

4 ) Dalam masa yang sama, media hendaklah berperanan menyiarkan berita lawatan YMb ini. Kalau yang hadir 3,000 orang, ia mesti di tulis 30,000 orang, baru nampak grand.

5 ) Media juga mesti “black outkan” kenyataan Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh dan sesiapa juga yang sinis terhadap YMb. Kenyataan-kenyataan mereka yang menyokong YMb pula, wajib hukumnya di perbesar-besarkan.

6 ) Media juga mesti memainkan isu perpecahan UMNO akibat pertandingan 1987. Jangan pulak media terlajak menulis bahawa YMb juga terlibat melawan Presiden UMNO pada tahun 1987. Tumpukan hanya membelasah Tengku Razaleigh sahaja.

7 ) Lupa nak pesan, Ketua-Ketua Bahagian yang di panggil di peringkat awal tadi, jangan lupa hulur sikit atau janjikanlah apa-apa peruntukan. Penting tu. Kalau perlu pujuk, YMb pujuk. Kalau perlu ugut, YMb ugutlah mereka. Dalam masa yang sama aturlah langkah SUPAYA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN DI CALONKAN MELAWAN DATO’ SRI NAJIB UNTUK KERUSI TIMBALAN PRESIDEN. Saya rasa Tan Sri Muhyiddin juga dah lama mengidamkan jawatan itu. Jangan lupa, kepada mereka yang di gugurkan dari kabinet, janjikanlah kedudukan lain yang istimewa supaya mereka juga akan bekerja keras menyokong YMb dan turut sama membelasah Tengku Razaleigh. Kepada Tan Sri Muhyiddin belajarlah serta-merta memberikan senyuman manis kerana kadang-kadang saya melihat mukanya masam seolah-olah ada tahi kucing di hidungnya.

8 ) Kemudian, panggil mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan buat ketetapan hanya jawatan Presiden sahaja tidak boleh di tandingi. Manakala jawatan Timbalan Presiden ke bawah BOLEH di tandingi. Mana-mana bahagian yang mencalonkan orang lain selain YMb, arahkan Setiausaha Agung cari kesalahan teknikal dan gantung terus bahagian itu. Pastikan juga pemilihan UMNO di semua peringkat di tangguhkan ke tahun 2009. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan biar Tengku Razaleigh letih.

9 ) Kemudian, atur orang untuk lapur kepada Jawatankuasa Disiplin bahawa Tengku Razaleigh dan penyokong-penyokongnya menggunakan wang. Jawatankuasa Disiplin pula jangan tunggu lama-lama, pecat sahaja mereka ini. Kalau ada laporan politik wang yang melibatkan penyokong-penyokong YMb, Jawatankuasa Disiplin jangan pecat, memadai dengan amaran sahaja.

10) Dalam masa yang sama Pengerusi-Pengerusi Perhubungan wajib memainkan peranan memastikan Tengku Razaleigh tidak mendapat satu pun pencalonan.

11) Pastikan panglima-panglima YMb yang handal-handal yang sangat di sayangi dan di hormati oleh ahli UMNO seperti Reezal Marican, Dato’ Othman Desa, Menantu YMb, budak-budak tingkat 4, Kalimullah dan Patrick Badawi turun berkempen di bahagian-bahagian.

12) Jangan lupa peralatkan badan-badan NGO seperti GPMS, Gerakan Belia 4B dan Majlis Belia Malaysia (MBM) membuat kenyataan menyokong YMb dan arahkan mereka membelasah Tengku Razaleigh dengan teruk. Selain NGO, YMb juga boleh memperalatkan sesiapa juga yang sedang lapar mencari peluang perniagaan untu berbuat perkara yang sama.

13) Gunakan juga pemimpin-pemimpin parti kompenan Barisan Nasional menyuarakan ketetapan berdiri teguh di belakang YMb. Kalau boleh, gunakan juga agensi dan jentera kerajaan untuk menabur fitnah dan menyebarkan propaganda bahawa negara akan hancur punah ranah kalau Tengku Razaleigh menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Saya yakin, dengan menggunakan taktik-taktik ini, YMb akan terus mengekalkan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia sampai bila-bila dan hajat budak-budak “tingkat 4” untuk melihat Tan Sri Muhyiddin menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri akan tercapai jua akhirnya sebelum UMNO dan Barisan Nasional di kebumikan pada pilihan raya umum yang akan datang.

Kerana tidak mahu UMNO dan Barisan Nasional di kebumikan maka surat ini saya tulis dengan titisan air mata dan dengan penuh emosi. Air mata saya menitis kerana sayangkan agama kita Islam, Bangsa dan negara – apa akan jadi kepada Islam? Apa akan jadi kepada UMNO? Saya beremosi kerana saya yakin dan percaya YMb lah punca UMNO dan Barisan Nasional jadi begini.

Selama 4 tahun saya dan teman-teman telah berusaha menyampaikan cadangan dan pandangan demi Islam tercinta, bangsa dan negara, dengan bahasa yang berlemah lembut kepada YMb melalui pegawai-pegawai dan mereka yang rapat dengan YMb, namun cadangan dan pandangan kami dengan bahasa yang berlemah lembut, di sambut sinis dan terkadang kala kami di anggap sebagai musoh.

Sebab itu jangan salahkan saya jika bahasa yang kesat dan keras saya gunakan di dalam surat ini kerana saya sudah jemu untuk berkias dan berlemah lembut dengan gulungan yang sombong dan bongkak seperti YMb dan orang yang berada di keliling YMb.

Ada rakan-rakan menganjurkan kepada saya “mari bersatu bersama Pak Lah” – jawapan saya, “apa guna bersatu bersama Pak Lah kalau dengan bersatu itu UMNO akan runtuh – ada lebih baik tumbangkan sahaja Dollah Badawi demi menyelamatkan Islam, UMNO, bangsa dan negara”.

Terus terang saya katakan YMb tak ubah umpama bisul di lengan, kita tidak akan potong dan buang seluruh lengan, apa yang kita buat ialah kita pecahkan bisul, keluarkan nanah, bisul baik, lengan pun selamat.

Ada kawan-kawan yang mengingatkan saya kemungkinan di tahan ISA dan di pecat dari UMNO kerana surat ini. Saya jawab kepada mereka kalau inilah harga yang perlu saya bayar untuk memartabatkan Islam, UMNO, bangsa dan negara, insyaAllah saya redha.

Tapi ingat baik-baik, saya bukan mengancam keselamatan negara dan UMNO bukan milik mak bapak diaorang dan bukan milik mak bapak saya. UMNO adalah milik kita bersama.

Ini bukan surat terbuka saya yang pertama kepada seorang Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Dahulu, saya pernah beberapa kali mengutus surat terbuka kepada YABhg Tun Dr Mahathir sewaktu beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, menegur dan mengkritik beliau dengan nada dan bahasa seperti ini – semuanya kerana sayangkan Islam, UMNO, bangsa dan negara.

Prinsip saya mudah, kamu buatlah apa pun. Tetapi apabila Islam, UMNO, bangsa dan negara tergugat seperti sekarang ini, saya akan bangkit menyatakan kebenaran. “berkata benar walaupun pahit”. Saya sayangkan negara saya. Saya bukan barua Singapura dan menjadi ejen asing.

Sesungguhnya, tidak ada cara lain untuk kita menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional dari terus pupus dan tidak releven di muka bumi Malaysia ini melainkan kita menuntut Abdullah Bin Ahmad Badawi berundur dengan meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Berambusnya si Murakbalin ini bermakna berambus jugalah menantu kesayangannya dari arena politik Malaysia.

Sebelum saya mengakhiri surat ini, saya ulangi cabaran saya supaya kamu, ABDULLAH BIN AHMAD BADAWI bertanggungjawab penuh dengan meletakkan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia atas kekalahan Barisan Nasional di lima negeri dan di Wilayah Persekutuan serta kehilangan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Atas nama maruah, kehormatan dan harga diri, saya MUHAMMAD ZAHID BIN MD ARIP, ahli UMNO dan warganegara Malaysia mencabar kamu berbuat demikian.

Mudah-mudahan Allah mengurniakan taufiq dan hidayah untuk kamu segera berundur.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

MUHAMMAD ZAHID BIN MD ARIP

Friday, March 28, 2008

APA NAK JADI DENGAN NEGARA KITA?SELAMATKAN MALAYSIA



DULU PEMBANGKANG YANG MERUSUH TAPI KINI SIAPALAH KAKI HASUT YANG MENYEBABKAN RUSUHAN BERLAKU DI PENANG.

HANYA YANG MAKAN CILI YANG PEDAS?

TAHULAH ANDA SIAPA DIRI ANDA ITU,INGAT JANGAN TIMBULKAN KEKACAUAN APA YANG PENTING SEGALA KEKALAHAN DALAM PILIHAN RAYA LALU HARUS DIATASI DENGAN JALAN DAN PENDEKATAN YANG PROFESIONAL DAN LEBIH EFEKTIF,SAMPAI BILA KERAJAAN AKAN MAMPU MENGUBAH PERSEPSI RAKYAT JIKA BEGINILAH CARANYA MENYELESAIKAN MASALAH.


Wednesday, March 26, 2008

Nama yang aneh tapi wujud

DONT LOOK AT THE ATTACHMENT UNTIL YOU FINISH READING THE STORY

This story is a about a guy who goes to a police station to make a report and here is the starting of the story

Man: " Hi sir, I would like to complain about one of your police officer, who have assaulted me at the cafe."

Sergeant: " Can I have your name pls?"

Man: "Batman"

Sergeant: "Batman?"

Man: "Yes, Batman."

Sergeant: "You trying to be funny is it?"

Man: "No."

Sergeant: "Than what is your father's name?"

Man: "Suparman"

Sergeant: "Hey,you trying to be funny is it?"

Man: "No."

Sergeant: "You are telling me that you are BATMAN, the son of SUPERMAN

Man: "Yes"

Sergeant: "You really too much you know, I can charge you for this offence for lying your name to an officer. Show me your IC


Tuesday, March 25, 2008

TOYOL BENARKAH MAKHLUK INI WUJUD?

Cakap pasal toyol semua kita akan teringat makhluk halus ini,apa yang berkecamuk di fikiran ialah saiz makhluk ini yang kecil atau kenit.Sejak dari dulu lagi kemunculan toyol di segenap kampung sering menjadi perbualan hangat kerana kewujudan toyol ini bukan sahaja menganggu ketenteraman penduduk kampung malah menyebabkan kononya kehilangan harta benda beharga.Secara kebiasaanya toyol tidak hidup sendirian kerana makhluk ini mempunyai tuannya.Jika kita imbas balik cerita atau drama di filem berkenaan dengan toyol ,makhluk kenit ini suka makan darah.Darah apa saya pun tak tahu,dan kebiasaannya sebagai ganjaran,si toyol ini akan menurut arahan tuannya untuk mecuri harta benda berharga di rumah orang.Betulkah ini?pernah kah ini berlaku di tempat anda,kalau tidak karut lah itu...huuuhuhuh. JOM APA LAGI,MARI KITA MELIHAT DENGAN DEKAT RUPA MAKHLUK MISTERI INI. PENULIS BLOG, MACKENZIE MEMBAWAKAN ANDA KALI INI :TOYOL

KHABARNYA TOTOL INI BERASAL DARI PEKAN PAHANG ,BETUL KE???


SAIZNYA HANYA SEBESAR BOTOL NESCAFE,MACAM MANA YER DIA DAPAT CURI DUIT BANYAK-BANYAK,JAM TANGAN,RANTAI,LARAT KE BINATANG NI ANGKAT???
MACAM ALIEN JER???MATA PLAK MERAH.SUNGGUH ANEH MAKHLUK INI.

HARAP MAAF GAMBAR TUANNYA TIDAK BOLEH DISIARKAN DIDALAM BLOG INI TAKUT NANTI SAYA KENA SAMAN ATAU ORANG ITU KENA SERBU WARTAWAN.BENDA NI TIDAK BOLEH DIHEBOH HEBOH.


OK BYE!!!

Saturday, March 22, 2008

PERHATIAN WARGA SEKITAR senawang

Khabarnya baru-baru ini sebuah keluarga di Taman Marida Senawang
memberitahu rumah beliau telah dimasukki penyamun pada
siang hari ketika isteri dan anak-anaknya ada di rumah
pada waktu pagi. Penyamun tadi pada mulanya menyamar
mengatakan suami pada suri rumah tersebut yang
menyuruhnya membaiki paip bocor dirumahnya. Tanpa
banyak usul periksa kerana yakin dengan lagak sebagai
tukang paip, maka isteri kepada suami pemilik rumah berkenaan membenarkan
lelaki tadi masuk. Lelaki yang berlagak tukang paip
tadi pun melarikan komputer riba (lap top) yang sedang
digunakan oleh anak-anaknya
laporan POLIS telah dibuat di Balai Polis Bandar
Baru Senawang. Dan diceritakan kumpulan penyamun
berlagak tukang paip ini sedang bergerak aktif sekitar
Senawang dan mungkin sekitar Seremban. Setakat ini
telah ada 3 laporan kejadian serupa sekitar Senawang.

Langkah Keselamatan :
1. Berhati-hati dengan lelaki usia 20 an memandu
Proton Satria Biru
2. Pastikan pintu rumah sentiasa dikunci walaupun ada
penghuni di dalam
3. Lebih selamat jika pintu pagar dikunci
4. Jangan membuka pintu rumah sekiranya ada orang yang
tidak dikenali ingin bertanyakan sesuatu. Cakap
melalui belakang pintu atau tingkap.
5. Pasang selak berantai pada pintu depan rumah.
6. Sekiranya ada yang mendakwa mereka Pegawai Polis
atau anggota penguatkuasa agensi kerajaan , tukang
paip dan sebagainya , minta mereka tunjukkan Kad Kuasa
atau Kad Pengenalan, dan talipon Balai Polis
berhampiran untuk pengesahan.
7. Pastikan nombor telefon Balai Polis berhampiran
mudah diperolehi . Balai Polis Bandar Baru Senawang
06-6792222 , Rakan Cop Hotline IPK NS 06-7619999

Friday, March 21, 2008

BARISAN KABINET 2008

BARISAN KABINET BARU 2008

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak
Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Bernard Giluk Dompok

Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz

Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Zaid Ibrahim

Datuk Amirsham A. Aziz
Kementerian Kewangan

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Kementerian Pertahanan

Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak
Kementerian Dalam Negeri

Datuk Seri Syed Hamid Albar
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Datuk Ong Ka Chuan
Kementerian Kerja Raya

Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamad
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin
Kementerian Luar Negeri

Datuk Seri Dr. Rais Yatim
Kementerian Penerangan

Datuk Ahmad Shabery Cheek
Kementerian Sumber Manusia

Datuk Dr. S. Subramaniam
Kementerian Belia dan Sukan

Datuk Ismail Sabri Yaakob

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna


Datuk Shahrir Abdul Samad
Kementerian Tenaga Air Dan Komunikasi

Datuk Shaziman Abu Mansor
Kementerian Pelajaran

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Kementerian Pengajian Tinggi

Datuk Seri Khaled Nordin
Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi

Datuk Noh Omar
Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar

Datuk Douglas Unggah Embas
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

Datuk Mustapha Mohamed
Kementerian Pengangkutan

Datuk Ong Tee Keat

Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi


Datuk Dr. Maximus @ Johnity Ongkili
Kementerian Pelancongan


Datuk Seri Azalina Othman Said

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan

Datuk Mohd. Shafie Apdal

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat


Datuk Dr. Ng Yen Yen

Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah


Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib
Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

Datuk Peter Chin Fah Kui
Kementerian Kesihatan

Datuk Liow Tiong Lai

Kementerian Wilayah Persekutuan


Datuk Seri Zulhasnan Rafique

pokok berasamara dana

hai ,

kali ni saya mackenzie,nak kongsikan sebuah video mengenai pokok yang mempunyai bentuk atau shape yang pelik-pelik,hehehehe,nak tau lebih lanjut betapa seksi dan peliknya pokok ini,muaturun video you tube bawah ni,enjoy watching!!!

BEST REGARD.

mackenzie



Tuesday, March 18, 2008

masa depan BN yang samar-samar

(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

PAS tidak yakin dengan kabinet baru Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
Kenyataan Media Presiden PAS
Tue | Mar 18, 08 | 1:46:27 pm MYT
PAS melihat kabinet baru Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ini lebih merupakan kabinet untuk menyelamatkan kedudukan politik beliau sebagai PM dan Presiden Umno dan bukannya untuk membina Malaysia yang baru. Nama-nama yang telah diumumkan itu kebanyakkannya merupakan mereka yang setia dengan Abdullah manakala mereka yang dikira rapat dengan Timbalan Presiden Umno Dato Seri Najib Tun Razak telah dicantas.

Perlantikan beberapa Senator untuk menganggotai kabinet khasnya dari kalangan pimpinan Umno membuktikan yang ImageAbdullah menganggap bahawa ahli-ahli Parlimen Umno yang lain yang telah berjaya dalam pilihan raya umum lalu sebagai tidak layak untuk duduk di dalam kabinet.

PAS juga mendapati kabinet ini turut dianggotai oleh tokoh-tokoh yang moral dan kebersihannya sangat diragukan oleh rakyat dan ini sudah pasti tidak akan membantu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerjaaan BN.

Bagi PAS kabinet baru Perdana Menteri ini tidak memiliki kekuatan untuk mengubat ketidakpuasan hati rakyat yang telah diterjemahkan melalui keputusan PRU ke-12 lalu. Abdullah jelas tidak mengambil iktibar dari kemerosotan sokongan rakyat terhadap beliau itu dan diyakini melalui kabinet ini beliau akan terus mengulangi kesilapan dan kelemahannya yang lalu.

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)
18 Mac 2008

Check out my Slide Show!

CINTA YANG KEKAL ABADI

Mengapa Cincin Pernikahan Harus Ditaruh di Jari Manis??


Ikuti langkah berikut ini, Tuhan benar2 membuat keajaiban (ini berasal dari kutipan Cina)

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam
(lihat gambar)

2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya.

3. Cobalah membuka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari bisa dibuka karena semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

4. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.

5. sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.

6. selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan heran karena jari tersebut tidak akan bisa dibuka. Karena jari manis mewakili suami dan istri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain. Cinta suami isteri kekal abadi.


Monday, March 17, 2008

Wanita India lahir bayi miliki 2 muka

Mungkin sukar untuk diterima akal,tapi itulah dia hakikat dunia,TUHAN itu maha kuasa,dah tiada siapa boleh menafikannya.Malah sejak dari zaman nabi kita telah mendengar banyak bukti yang menunjukkan Allah maha kuasa.

Ini lah yang saya sampaikan pada kali ini,peristiwa ini berlaku di sebuah tempat,di mana seperti yang saya tulis pada tajuk kali ini,bayi berkepala dua,mungkin dapat diterima jika ular berkepala dua kerana saya sendiri telah menyaksikannya.

Tanpa membuang masa lagi ayuh kita ke New Delhi,India bersama saya penulis blog mackenzie.

Isi berita:

New Delhi, Di daerah Gautam Buddha Nagar di Uttar Pradesh, kira-kira 50 kilometer ke timur New Dehli berlaku peristiwa yang sangat aneh iaitu seorang wanita India telah melahirkan bayi perempuan yang mempunyai kepala dua. dan dua pasang mata.
menurut sumber media asing iaitu sebuah akhbar britain The Telegraph,bayi berusia empat hari itu merupakan anak kepada isteri Vinod Singh dan isterinya, Sushma. Namun sebelum ini di INDIA juga terdapat juga peristiwa aneh di mana kita dikejutkan dengan kelahiran seorang bayi Lakshmi Tatma yang mempunyai dua pasang kaki dan tangan. Menurut doktor di Hospital Saifai, Dadri, bayi dan ibunya berada dalam keadaan sihat. “Seorang pesakit wanita yang sakit hendak bersalin, dimasukkan ke hospital ini kira-kira jam 6 pagi (waktu tempatan) Rabu lalu. “Beliau bersalin secara normal biarpun bayinya cacat kerana mempunyai dua muka dan dua pasang mata. Tetapi baik si ibu mahu pun bayi berada dalam keadaan sihat dan stabil,” kata Dr Aas Mohammad. Namun, bagi Vinod dan isterinya, apa yang lebih mereka utamakan sekarang adalah bagi mendapatkan bantuan kerajaan untuk merawat bayi mereka. Seperti Lakshmi, kelahiran bayi bermuka dua itu dianggap masyarakat sekeliling perkampungan yang terletak di kawasan pedalaman berkenaan sebagai unik dan boleh membawa tuah.






Best Regard,
mackenzie

become a world class blogger!!!


Saturday, March 15, 2008

antara malaikat dan syaitan

Manusia: "Eh dah subuh dah?"
> Malaikat: "Bangunlah wahai anak Adam,
> tunaikan solat subuh mu.."
> Syaitan: "Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk
> ni...awal lagi...zzzzzzzz"
>
> Manusia: "Nak makan, laparlah"
> Malaikat: "Wahai Anak Adam, mulakanlah
> dengan Bismillah... "
> Syaitan: "Ahh, tak payahla... dah
> lapar ini!! Mmm..sedapnyaaaa"
>
> Manusia: "Hari ni nak pakai apa ye?"
> Malaikat: "Wahai anak Adam, pakailah
> pakaian yg menutup aurat"
> Syaitan: "Ehh, panaslah, takde style
> langsung, nampak kampung!!!"
>
> Manusia: "Alamak, dah lewat!"
> Malaikat: "Bersegeralah wahai manusia,
> nanti terlewat ke pejabat.."
> Syaitan: "Ahhh awal lagi..mmm..aaahh?
> Suruh si X, punchkanlah"
>
> Manusia: "Azan sudah kedengaran.. ."
> Malaikat: "Wahai anak Adam, segeralah
> menunaikan kewajipan"
> Syaitan: "Baru pukul
> berapa..rilexlah. .awal lagi nieii"
>
> Manusia: "Eh, eh... tak boleh tengok
> ni, berdosa..."
> Malaikat: "Wahai anak Adam, alihkanlah
> pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha
> Melihat dan mengetahui!"
> Syaitan: "Perggghh.. best tu...rugi
> ooo kalau tak tengok nie.."
>
> Manusia: "Saudaraku sedang melakukan
> dosa"
> Malaikat: "Wahai anak Adam, cegahlah
> ia.."
> Syaitan: "Apa kau sibuk? Jangan jaga
> tepi kain orang, lantaklahh"
>
> Manusia: "Elok kalau aku sampaikan
> nasihat ini kepada orang lain".
> Malaikat: "Wahai anak Adam, nasihat-
> menasihatil ah sesama kamu.."
> Syaitan: "Sendiri pikirlah, semua dah
> besar, buat apa susah2..pandai2lah"
>
> Manusia: "Aku telah berdosa.."
> Malaikat: "Wahai anak Adam,
> bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah
> Maha Pengampun... "
> Syaitan: "Tangguhlah dulu, lain kali
> boleh bertaubat... lagipun muda hanya
> sekali.rugila. ..(kalau sempatla ha
> ha)"
>
> Manusia: "Kalau pergi disko, mesti
> seronok!"
> Malaikat: "Wahai anak Adam, kakimu
> ingin melangkah ke jalan yang dimurkai
> Allah, berpalinglah dari jalan itu .."
> Syaitan: "Jangan bimbang, tiada
> sesiapa yang tahu...Jomlahhh"
>
> Manusia: "Uuhhh letihnya arini..tak
> solat lagi nieee"
> Malaikat: "Wahai anak Adam, taatilah
> Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di
> dunia dan akhirat untukmu. Solat itu
> tiang agama"
> Syaitan: "Hey anak Adam, ikutilah aku,
> kebahagiaan di dunia (sahaja) dan
> kebahagiaan di akhirat (jangan
> mimpilah) untukmu..."


BN harus berterima kasih kepada rakyat SARAWAK dan SABAH

PILIHAN RAYA UMUM KE-12 BARU SAHAJA BERLALU,TAHUN INI MECATAT SEJARAH TERSENDIRI KERANA BUAT PERTAMA KALINYA PARTI PEMBANGKANG BERJAYA MENAWAN 5 NEGERI SEKALIGUS MENAFIKAN PENGUASAAN PARTI PEMERINTAH IAITU BARISAN NASIONAL,

KINI BARISAN NASIONAL BUKAN LAH LAGI PILIHAN UTAMA DI HATI RAKYAT.SEPATUTNYA KEGAGALAN INI HARUS DITERIMA DENGAN HATI TERBUKA DAN BUKANNYA HANYA MELEMPARKAN KESALAHAN BAHAWA RAKYAT TELAH TERMAKAN PUJUK DAN TERMAKAN KATA-KATA MANIS PIHAK PEMBANGKANG,

KATA ORANG,POKOK ITU TAKKAN BERGOYANG KALO TAK DITIUP ANGIN,YA INILAH PERSAMAAN DENGAN SENARIO POLITIK DI NEGARA KITA.SAYA KERAP KALI MENDENGAR DATO SERI ANUAR IBRAHIM BERHUJAH DAN MEMBANGKITKAN ISU KENAIKAN HARGA MINYA,ISU RASUAH,ISU KESELAMATAN KANAK-KANAK DAN ISU-ISU LAIN YANG BERKAITAN.

TERUS TERANG SAYA TIDAKLAH ARIF LANGSUNG DALAM ARENA POLITIK INI SEBAB SAYA TIDAK ADA MASA UNTUK MEMBACA PERKEMBANGAN TERKINI MENGENAI DUNIA POLITIK DI MALAYSIA.TETAPI SEDIKIT SEBANYAK ISU YANG DIUTARAKAN PIHAK PEMBANGKANG BAGI SAYA ADA JUGA BENARNYA,JIKA TIPU TAK MUNGKIN 5 NEGERI DITAWAN SEKALI GUS,INI LAH PENCAPAIAN TEBURUK SAYA RASA DAN TAK TIDAK SEMUDAH ITU UNTUK MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA PIHAK BARISAN NASIONAL,KERANA KEBANYAKAN RAKYAT KHUSUSNYA DI SEMENANJUNG SUDAH MENGETAHUI APA YANG SEBENARNYA YANG TERJADI DALAM PEMERINTAHAN PARTI PEMERINTAH.,

BERLAINAN PULA SENARIO DI SARAWAK DAN SABAH.

SAYA BUKAN HENDAK MERENDAH-RENDAHKAN MARTABAT MASYARAKAT BORNEO KERANA SAYA HANYA INGIN MENYAMPAIKAN PENDAPAT KENAPA BN MENANG BESAR DI SABAH DAN SARAWAK.

JIKA KITA LIHAT SARAWAK KESEMUANYA HAMPIR DITAWAN OLEH PARTI BN,PARTI BN TEWAS DI IBU NEGERI SABAH DAN SARAWAK IAITU KUCHING DAN KOTA KINABALU,

JIKA KITA LIHAT STATISTIK DI SINI RATA-RATA PENGUNDI DI KUCHING DAN KOTA KINABALU PENDUDUKNYA MAJORITI BERBANGSA CINA.,DAN ISU PALING MENARIK SAMBUTAN DI SANA KENAIKAN HARGA MINYAK KERANA DI SANA,KEBANYAKAN KAUM CINA BEKERJA SEBAGAI USAHAWAN,PENIAGA,GOLONGAN PROFESIONAL,DAN PEMANDU SERTA SEBAGAINYA,

KEBANYAKAN KAUM CINA TINGGAL DI BANDAR YANG MEMERLUKAN PERGERAKAN DARI SATU TEMPAT KE SATU TEMPAT DAN RATA-RATANYA MEMPUNYAI KEPERLUAN KENDERAAN SENDIRI,

BAYANGKAN HARGA MINYAK YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN NAIK,TIDAKKAH BEBAN HIDUP MEREKA INI,

BERBEZA PULA KAUM BUMI PUTERA DI SABAH SARAWAK,

KEBANYAKAN KAUM BUMIPUTERA DI SABAH DAN SARAWAK,PEMIKIRAN MEREKA LEBIH KEPADA BERANGGAPAN BN ADALAH YANG TERBAIK,

INI ADALAH KERANA SUNGGUHPUN PIHAK PEMBANGKANG SEPERTI DAP,PKR,PAS SUDAH BERTAPAK DI SABAH SARAWAK SECARA SENYAP-SENYAP NAMUN MANIFESTO YANG PIHAK PEMBANGKANG BAWAKAN MASIH TIDAK MAMPU MENGUBAH PERSEPSI MASYARAKAT BUMIPUTERA DI SABAH SARAWAK.

INI ADALAH KERANA BN MEMPUNYAI STRATEGI TERSENDIRI,MEREKA TIDAK PERLU BERKHUTBAH,BERCERAMAH SEBALIKNYA CUKUPLAH SEKADAR NAIK HELIKOPTER PERGI KAWASAN PEDALAMAN,PERJUMPA RAKYAT JELATA DAN MENYAMPAIKAN SEDIKIT CERAMAH DAN DISELIT UNSUR-UNSUR SUMBANGAN KE ARAH PEMBANGUNAN SAMBIL MENDENGAR RINTIHAN-RINTIHAN RAKYAT.

CARA INI SEJAK DARI DULU LAGU SUDAH MENJADI KATA ORANG TRADISI SETIAP KALI PILIHAN RAYA,BAGI SAYA TIDAK SEMUA PEMIMPIN BN MEMPUNYAI MASALAH SEPERTI YANG PIHAK PEMBANGKANG NYATAKAN,MUNGKIN HANYA SEGELITIR DAN MUNGKIN IANYA TIDAK ADA DI KALANGAN PEMIMPIN BN DI SARAWAK,TAPI INI PANDANGAN SAJA ,HANYA ORANG YANG MAKAN CILI JA YANG RASA PEDAS.

NAMUN,JIKA PIHAK PKR LEBIH BERSUNGGUH MENGUBAH MENTALITI RAKYAT SARAWAK DAN SABAH,MAKA HANCURLAH BN.....

SEBAB ITU SAYA KATA,BN HARUS BERTERIMA KASIH KEPADA RAKYAT SARAWAK DAN SABAH KERANA JIKA TANPA SOKONGAN RAKYAT SABAH DAN SARAWAK...SAYA PERCAYA LENYAPLAH BN,WALAUPUN INI SUKAR UNTUK DITERIMA AKAL SEBAB BN TELAH MEMERINTAH SELAMA 50 TAHUN,MALAH KITA DAPAT LIHAT SENDIRI KEMAJUAN YANG DICAPAI SELAMA 50 TAHUN.

SAYA SECARA PERIBADINYA BERBANGGA DENGAN PEMBANGUNAN YANG SEDIA ADA,MALAH BAGI SAYA SEBAGAI RAKYAT BIASA INI LAH PANDANGAN SAYA,TIDAK MENYEBELAHI SESIAPA DAN TIDAK MENYALAHKAN SESIAPA.

APA PUN PESANAN SAYA KEPADA PARTI BN,CUBA UBAH PERSEPSI RAKYAT,JANGAN SAMPAI PERSEPSI INI MENJADI BARAH DAN TERUS MEREBAK KE SABAH SARAWAK,DAN SAYA PERCAYA PIHAK PKR MEMPUNYAI AGENDA DAN RANCANGAN TESENDIRI DALAM MISINYA UNTUK MERAIH KEPIMPINAN SECARA TOTAL.

SEMOGA PEMBACA DAPAT MENILAI PENDAPAT SAYA INI KEARAH YANG LEBIH POSITIF UNTUK MELAHIRKAN GENERASI YANG GEMILANG,CEMERLANG DAN TERBILANG...!!!

HIDUP MALAYSIA AND I LOVE MALAYSIA...



PEACE

BEST REGARD,

MACKENZIE BANYENG.

dulu kerajaan kini pembangkang

Tugas adakan tunjuk perasaan, perhimpunan aman kini diambil alih Umno Cetak E-mail



Baru baru ini di bangunan komtar Pulau Pinang telah berlaku tunjuk perasaan yang disiarkan melalui kaca televisyen TV3.Jika kita imbas pada masa lalu,terdapat juga tunjuk perasaan yang banyak kali diadakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman,perkarangan KLCC,di Kesas Highway,Jalan Kebun dan perarakan raksasa 100 ribu rakyat yang menuju ke istana akhir tahun lepas.



Tiba-tiba sahaja kenangan itu mengembang di dalam diri. Nostalgia itu bertabir di biarai mata. Betapalah kalau tunjuk perasaan dahulu diberikan liputan meluas seperti mana yang berlaku di Komtar Pulau Pinang itu, aduh seronoknya. Taukeh-taukeh penunjuk perasan itu diinterview seorang demi seorang. Mereka bebas meluahkan pandangan dan pendapat berkaitan isu yang menjadi penyebab tunjuk perasaan itu.

Kalau masa tunjuk perasaan pembangkang dulu ada FRU, ada polis, nampaknya hal yang sama juga ada pada tunjuk perasaan di Komtar itu. Cuma kalau pun berbeza tidak ada tangkapan dan penunjuk perasaan kena pukul dan digari kemudian dihumbankan ke dalam track berwarna mereka. Itulah berbezanya!
Semasa tunjuk perasaan di Kuala Lumpur oleh pembangkang dulu, TV3 dan RTM tidak menjadi rasional seperti petang tadi semasa merakam gambar di Komtar. Kalau ada pun gambar yang disiarkan hanya rakaman gambar yang negatif yang boleh menyebabkan rakyat berpandangan buruk kepada pembangkang.

Biarlah apa yang TV3 dan RTM nak lakukan ke atas tunjuk perasaan Umno itu. Tetapi apa yang hendak ditimbulkan di sini, tugas menunjuk perasaan nampaknya sudah bertukar tangan kini. Kalau dulu pihak pembangkang, tetapi kini oleh Umno sendiri. Tampaknya pembangkang bolehlah releks dan berihat daripada berpeluh berpelai di jalanan kerana meluahkan perasaan.

Penunjuk perasaan di Komtar yang didalangi Umno itu mungkin mereka terlupa dengan kata-kata dan kecaman mereka sebelum ini. Kononnya tunjuk perasaan dulu boleh menjejaskan ketenteraman awam, boleh menganggu perniagaan dan boleh menimbulkan ketakutan kepada pelancongan.

Apakah kesan itu tidak akan berlaku apabila ia dilakukan Umno. Salah seorang taukeh tunjuk perasaan itu menjelaskan tunjuk perasaan mereka berbeza dengan tunjuk perasaan pembangkang. Katanya tunjuk perasaan mereka sipan santun. Saya kurang arif di mana bezanya. Cuma nak bagi tahu kalau tunjuk perasaan sopan, bermakna tidak ada apa-apa impak lah tunjuk perasaan itu.

Kalau masa tunjuk perasaan pembangkang dulu ada FRU, ada polis, nampaknya hal yang sama juga ada pada tunjuk perasaan di Komtar itu. Cuma kalau pun berbeza tidak ada tangkapan dan penunjuk perasaan kena pukul dan digari kemudian dihumbankan ke dalam track berwarna mereka. Itulah berbezanya!

Kalau begitu betapa endak dan sedapnya (selamat) menunjukkan perasaan yang dipelopori Umno berbanding dengan tunjuk perasaan yang dipolopori pembangkang. Mungkin selepas ini penunjuk perasaan akan diberi upah nasi kandar pula. Apa-apa pun diucapkan selamat menunjuk perasaan kepada Umno Pulau Pinang untuk meluahkan apa-apa yang tersekang di halhum mereka. Selamat!

கேடுடுகன் தடுக் சேரி அப்துல்லாஹ் ய் செமகின் TERCABAR

Silap besar berpura tiada apa terjadi - Kadir

Abdul Halim Mohd Rashid


KUALA LUMPUR, 15 Mac (Hrkh) - Setelah pengundi berterus terang dengan Perdana Menteri dan BN pada 8 Mac lalu adalah satu kesilapan besar bagi sesiapa pun berpura-pura seolah-olah tiada apa yang terjadi, kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk A Kadir Jasin.

"Suka atau tidak, kita terpaksa berterus terang bahawa wujud tanda-tanda yang sangat jelas iaitu kedudukan (Datuk Seri) Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri semakin tercabar," kata beliau dalam blognya, kadirjasin.blogspot .com.

Menurut beliau, antara cabaran kepada kedudukan Abdullah ialah suara lantang dan jelas dari dalam Umno sendiri meminta Perdana Menteri menerima tanggungjawab di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu

Selain itu, katanya, sudah ada bukti bertulis dalam bentuk surat Ahli Parlimen Jerlun merangkap Exco Pemuda Umno Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir, yang merayu Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Pelbagai mesyuarat dan pertemuan tertutup yang membabitkan pembesar dan aktivis Umno yang merayu Perdana Menteri memikirkan kepentingan parti dan negara daripada kepentingan peribadi, katanya lagi.

"Penolakan oleh Raja Perlis terhadap pencalonan Shahidan Kassim sebagai Menteri Besar walaupun dia mendapat surat tauliah daripada Abdullah. Sebaliknya Istana melantik calon lain;

"Kelewatan Sultan Terengganu memperkenankan pelantikan semula Idris Jusoh sebagai Menteri Besar walaupun dia berjaya dengan cemerlang mempertahankan negeri itu daripada jatuh ke tangan pembangkang, " kata Kadir ketika menyatakan cabaran-cabaran kepada Abdullah.

Satu lagi cabaran, menurut beliau, ialah perisytiharan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP untuk memansuhkan peruntukan-peruntuk an tertentu Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Friday, March 14, 2008

Hebatnya parti pembangkang.

"30 peratus dari elaun wakil rakyat PAS Selangor untuk rakyat" Hassan Ali Cetak E-mail
Oleh Bernama
Jumaat, 14 Mac 2008


SA: Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berkata semua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco daripada parti itu diarahkan menyumbang 30 peratus daripada elaun asas setiap bulan kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata sumbangan itu akan digunakan untuk membantu golongan berpendapatan rendah selain melahirkan ADUN dan Exco yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Langkah itu juga bagi memastikan ADUN atau Exco menumpukan untuk berkhidmat kepada rakyat dan mentadbir negeri dan bukannya kepada perniagaan", kata Hassan Ali
"PAS Selangor akan melaksanakan program-program kebajikan bagi setiap rakyat seperti yang terkandung dalam tawaran pilihan raya yang lepas," katanya kepada pemberita di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di sini hari ini.

Di samping itu, beliau berkata semua Exco, anggota Parlimen dan Adun dari parti itu juga diwajibkan membuat perisytiharan harta di samping tidak terlibat dalam perniagaan secara langsung.

"Kita tidak mahu berlaku konflik kepentingan sekiranya ada Exco yang terlibat dalam perniagaan.. .ini bagi mengelakkan sekiranya ada tawaran tender atau projek, akan timbul pengagihan yang tidak sama rata," katanya.

Langkah itu juga bagi memastikan ADUN atau Exco menumpukan untuk berkhidmat kepada rakyat dan mentadbir negeri dan bukannya kepada perniagaan, katanya.

Mengenai pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Selangor di bawah pentadbiran baru kerajaan campuran pembangkang, Hassan yakin komponen yang bagus dalam DEB akan terus dilaksanakan selagi ia dapat memberi manfaat kepada semua kaum.

"Saya tidak nafikan ada beberapa komponen dalam DEB yang bagus. Kita akan ambil komponen yang bagus dan kita akan tolak tepi mana yang tidak bersesuaian. Kita akan tampung kelemahan yang ada dalam DEB itu.

"Dua matlamat DEB iaitu menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Kita masih melindungi orang Melayu dan pada masa yang sama kesamarataan dan kesaksamaan di kalangan semua kaum akan dapat dilihat dalam 100 hari pentadbiran negeri ini berjalan," katanya.

Beliau berkata DEB adalah perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan yang mesti dihormati.

lagi-lagi kanak-kanak hilang

lagi lagi ada ja isu kanak-kanak hilang...

itulah mampu saya perkatakan,jika sebelum ini kita dikejutkan dengan kehilangan misteri adik sharlinie yang sudah lebih 2 bulan tidak dijumpai sekarang kita dikejutkan pula dengan kehilangan kanak-kanak lelaki yang bernama Mohd Nashar,11 yang telah dilaporkan hilang ketika pulang bersama rakannya dari bermain di pusat cyber cafe berhampiran dengan rumahnya di Lembah pantai,Kuala Lumpur.
Menurut sumber adik Asmawi telah dilaporkan menghilankan diri selama 4 hari.Menurut kakaknya pula kejadian tersebut berlaku pada hari Ahad yang lalu iaitu sehari selepas pilihanraya Umum ke 12.

Asmawi yang pulang dari bermain di cyber cafe bersama rakannya Aminuddin, 12, didapati tidak pulang kerumah. Ketika itulah seluruh ahli keluarga Asmawi mula mencarinya disekitar kawasan perumahan mereka serta ditempat cyber cafe tersebut namun tidak menjumpai Asmawi.
Kemudian pada keesokan hari, Saodah bersama ibu dan ayahnya ke Balai Polis Brickfield bagi membuat laporan kehilangan Asmawi. Selepas itu seluruh ahli keluarga Saodah mengedarkan poster kepada orang ramai dikawasan sekitar Lembah Pantai sehinggalah semalam mereka telah pergi ke ibu pejabat TV3 di Bandar Utama bagi memohon TV3 menyiarkan berita kehilangan Asmawi.
Selepas mendapat maklumat dari berita tersebut, seramai 6 orang anggota Unit Amal DPPWP yang diketuai pengarahnya Saripuddin Mohd Yatim (gambar) bersama 5 orang Unit Srikandi dari Dewan Muslimat PAS Pusat telah bergegas kerumah keluarga Asmawi malam tadi bagi mendapatkan maklumat terperinci berkaitan kehilangan Asmawi.
Setelah mendapat maklumat tersebut, Saripuddin meminta agar keluarga Asmawi bersabar diatas ujian yang dilalui dan berjanji akan cuba membantu setakat yang boleh menjalankan operasi bersama Unit Srikandi mencari sambil mengedarkan poster kepada orang ramai seperti yang telah dilakukan terhadap kes yang sama menimpa adik Sharlinie, Nurin Jazlin, Mohd Haiqal dan Yin.


ISU KENAIKAN HARGA MINYAK


SALAH SATU ISU YANG HANGAT DIPERKATAKAN DAN DIPERTARUHKAN OLEH PIHAK PEMBANGKANG UNTUK MERAIH UNDI RAKYAT,YANG MANA PARTI PEMBANGKANG TELAH MENAWAN 5 NEGERI IALAH ISU KENAIKAN HARGA MINYAK.

NAMUN MUNGKIN TIDAK RAMAI YANG MENGETAHUI BAHAWA PIHAK KERAJAAN BN ADA MELAMPIRKAN DOKUMEN PENJELASAN TENTANG KENAIKAN HARGA MINYAK DI NEGARA INI.

UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI ISU INI,ELOKLAH RAKAN-RAKAN DAN PELAWAT-PELAWAT SEKALIAN MUAT TURUN FILE PDF INI

Thursday, March 13, 2008

apa sudah jadi

Eksklusif: Kisah ADUN-ADUN PKR, 'dikurung' tiga hari Cetak E-mail
Oleh Wartawan KLpos.com
Khamis, 13 Mac 2008


"JANGAN cerita sampai Tan Sri angkat sumpah," kata kawan terbabit. Sekali dengar seram sejuk juga, kisah semua ADUN PKR Selangor 'dipaksa' bertapa di Hotel Holiday Villa Subang sementara menunggu surat watikah perlantikan Menteri Besar baru Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Selain 'disembunyikan' , semua ADUN-ADUN terbabit dikumpulkan untuk mereka bermuhasabah dan berbincang sesama sendiri."
Menurut sumber tadi, langkah tersebut adalah langkah berjaga-jaga yang diarahkan sendiri oleh Khalid Ibrahim. Kehilangan ADUN-ADUN terbabit bagaimanapun gagal dihidu media dan orang ramai.

Cuma beberapa rakan merasa pelik kerana bayang mereka hilang begitu sahaja selepas menang besar dan menawan negeri Selangor. Risik-risik KLpos.com kemudiannya menemui jawapan di manakah semua ADUN-ADUN terbabit 'bersembunyi' .

"Jangankan kata media, keluarga pun tidak tahu," kata salah seorang ADUN yang sempat dihubungi KLpos.com.

Sementara itu, menurut salah seorang perancang 'pertapaan' tersebut. Selain 'disembunyikan' , semua ADUN-ADUN terbabit dikumpulkan untuk mereka bermuhasabah dan berbincang sesama sendiri.

"Kita percaya ADUN tak lari, cuma langkah berhati-hati saja, lagipun bagus juga kumpulkan semuanya setempat, supaya senang kalau hendak bincang," katanya menjawab pertanyaan KLpos.com apakah langkah terbabit kerana ura-ura lompat parti.

Kini dengan selamatnya Khalid Ibrahim angkat sumpah, maka semua ADUN-ADUN tadi pun menghabiskan 'pertapaan' tersebut.

Seorang ADUN yang terbabit dengan kejadian tersebut mengesahkan kepada KLpos.com perkara tersebut. Katanya, pengalaman tiga hari tersebut amat manis pada diri beliau.

"Kami mengambil kesempatan tersebut untuk berbincang mengenai strategi yang hendak digunakan bagi memastikan negeri Selangor terus maju.

"Tiga hari tersebut kami berdebat dan berhujah mengenai hala tuju baru Selangor di bawah PKR, PAS dan DAP" katanya.

Menurutnya, perdebatan terbabit dari soal pembangunan kawasan, masalah PBT, sehinggalah soal kemajuan kampung-kampung menyebabkan beliau sedar tanggungjawab berat yang dipikulnya kini.

"Tiga hari tersebut kami berdebat dan berhujah mengenai hala tuju baru Selangor di bawah PKR, PAS dan DAP" kata seorang ADUN
"Kami semua tidak sabar untuk memulakan khidmat kepada masyarakat, kami ingin membalas kepercayaan pengundi kepada PKR dan pembangkang lain di Selangor ini," katanya.

KLpos.com sebelum ini menyiarkan desas-desus bahawa beberapa ADUN PKR di Selangor dan Perak sedang diburu supaya mereka berpaling tadah. Terutamanya di Perak yang menyaksikan BN hanya memerlukan dua kerusi untuk membentuk kerajaan.

Namun, KLpos.com difahamkan terdapat satu persefahaman dibentuk oleh pemimpin utama BN dan BA, supaya masing-masing mengekalkan status qou yang ada. Dalam kata lain, ADUN BN tidak dijemput untuk menyertai BA dan begitu juga sebaliknya.

Kisah lompat parti dan kurung mengurung ini bukan baru dalam sejarah pembentukan kerajaan negeri di Malaysia. Pada tahun 1990 dan 1995, bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan pernah melakukan hal yang sama.

Khabarnya semua ADUN Parti Bersatu Sabah (PBS) masa itu dikurung berhari-hari di rumahnya sementara menunggu watikah perlantikan beliau sebagai Ketua Menteri.

Pada dekat 60-an, kerajaan PAS Terengganu tumbang apabila empat ADUNnya melompat parti dengan memilih Umno dibawah kepimpinan Tan Sri Ibrahim Fikri.
BERITA BERKAITAN

KENAPA DIA JADI PEMIMPIN??

Pengalaman luas aset utama Nizar terajui Kerajaan Negeri Perak

Johari Jaafar
Thu | Mar 13, 08 | 12:46:32 pm MYT


Mengenali Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.

Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.

ImageBeliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. "Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyekesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul. "Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau.

Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau. malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.

Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat. Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak. - mr

Wednesday, March 12, 2008

PANAS!!! PANAS!!!

SAMSENG YB SALING BERTUMBUK ADA DISINI...

DOWNLOAD SEKARANG...

HANYA UNTUK MU...

KEPUASAN ANDA KEHENDAK SAYA...THANKS FOR VISIT..



KLIK SINI....HANYA DI IRAZIE BLOG...

"Kami mahu jadi pembangkang yang kuat" Khir Toy


Cetak E-mail
Oleh Malaysiakini
Rabu, 12 Mac 2008


BEKAS Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menafikan dakwaan bahawa dokumen-dokumen penting telah dimusnahkan sebelum menyerahkan tampuk pimpinan kepada kerajaan campuran pembangkang di negeri itu.


"Tiada apa yang hendak diselindungkan, saya amat telus, jangan nak buat cerita yang bukan-bukan, semuanya teratur," katanya dalam sidang akhbar di pejabat Umno Selangor di Shah Alam malam tadi.

Beliau turut menolak desas-desus bahawa BN Selangor sedang berusaha menyakinkan PAS untuk membentuk kerajaan campuran.


"Tidak, ia cuma khabar angin. Kami memutuskan untuk kekal sebagai pembangkang, " katanya.

Dr Mohd Khir berkata mulai sekarang BN Selangor akan memberi tumpuan kepada usaha memastikan parti itu kembali menguasai Selangor pada pilihanraya umum akan datang.

Ditanya sama ada BN sudah menjalankan 'post-mortem' bagi mengkaji punca kekalahan mereka, beliau berkata ia belum dilakukan.

BN tewas di Selangor dalam pilihanraya umm Sabtu lalu apabila hanya memenangi 20 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Manakala barisan pembangkang mendapat 36 kerusi, iaitu PKR (15), DAP (13) dan PAS (8).

Katanya, BN akan menjadi pembangkang yang kuat untuk memastikan kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS menunaikan janji-janji pilihanraya mereka.

Sunday, March 9, 2008

gara-gara tol naik...

10/03/2008

Samy Vellu tewas di tangan pengundi bukan Melayu

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

IPOH 9 Mac - Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menerima kejutan terbesar dalam sejarah politiknya apabila tewas di kerusi Parlimen Sungai Siput yang menjadi kubu kuatnya sejak tahun 1974 pada Pilihan Raya Umum Ke-12 semalam.

Lebih memilukan, beliau tewas pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-72.

Samy Vellu kalah kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Michael Jeyakumar Devaraj dengan majoriti sebanyak 1,821 undi walaupun pernah mencatatkan kemenangan besar ke atas calon sama pada Pilihan Raya Umum 1999 dan 2004.

Menteri Kerja Raya itu dilihat beredar dari pusat pengiraan undi Sungai Siput pada pukul 8 malam, seolah-seolah sudah mengetahui mengenai kekalahannya walaupun keputusan rasmi bagi kerusi Parlimen itu hanya diumumkan lewat malam tadi.

Sebelum ini, Samy Vellu dijangka tidak menghadapi masalah mengekalkan kedudukannya di sebalik isu yang dimainkan oleh Hindu Rights Action Force (Hindraf) tetapi keputusan semalam menunjukkan keadaan sebaliknya walaupun beliau popular di kalangan penduduk Melayu kawasan tersebut.

Jumlah pengundi Melayu di kawasan Sungai Siput sebanyak 37.41 peratus nyata tidak dapat membantu beliau memandangkan majoriti penduduk terdiri daripada kaum Cina sebanyak 39.57 peratus dan India sebanyak 22.96 peratus.

Di kawasan Sungai Siput, hanya Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Ahamad Fakeh Adam menang ke atas calon PKR dengan majoriti 1,821 undi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lintang yang mempunyai majoriti pengundi Melayu sebanyak 62.18 peratus manakala kerusi DUN Jalong yang majoriti pengundinya adalah kaum Cina dan India dimenangi DAP.

Ini menunjukkan faktor sokongan pengundi bukan Melayu terhadap parti pembangkang pada pilihan raya kali ini menyumbang kepada kekalahan Samy Vellu.

Di Perak, daripada enam kerusi yang ditandingi MIC, hanya Ketua Penerangannya, Datuk M. Saravanan menang di kerusi Parlimen Tapah tetapi ia merupakan kawasan majoriti Melayu manakala calon-calon lain termasuk Naib Presidennya, Datuk S. Veerasingam tewas di kawasan masing-masing.

Pola kecenderungan pengundi bukan Melayu menyokong calon parti pembangkang bukan hanya berlaku di Perak tetapi di negeri-negeri lain yang menyaksikan BN kehilangan Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur yang mempunyai ramai kaum Cina dan India.

Malah, beberapa kerusi di kawasan bandar di Negeri Sembilan dan Johor turut dirampas pembangkang.

Samy Vellu sebelum ini dikatakan ingin bertanding pada pilihan raya kali ini buat penggal terakhir sebelum mengundurkan diri tetapi keputusan semalam mungkin menandakan MIC perlu melakukan perubahan bagi mengembalikan keyakinan kaum India terhadap parti tersebut.

10/03/2008

BN harus muhasabah diri

KUALA LUMPUR 9 Mac - Kepimpinan Barisan Nasional (BN) perlu segera bangun dari lena untuk memahami isyarat yang cuba disampaikan oleh pengundi selepas parti itu mencatat kekalahan terburuk dalam sejarah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 semalam.

Para pemimpin dan bekas pemimpin UMNO menyifatkan kekalahan itu termasuk buat kali pertama gagal mendapat majoriti dua per tiga juga petanda pengundi semakin bijak menilai dan tahu apa yang mereka mahukan daripada kerajaan.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, BN kini sedang berhadapan dengan keadaan ketidaktentuan kerana tidak pernah menghadapi pengalaman sebegini teruk sebelum ini.

Menurut beliau, kewajaran dan kekuatan BN dan UMNO yang selama ini, menjadi ini asas penyatuan dan kejayaan pembangunan rakyat Malaysia kini sedang dipersoalkan oleh rakyat.

Katanya, keputusan pilihan raya telah menunjukkan BN mencatatkan rekod kehilangan kerusi di Dewan Undangan Negeri paling banyak kepada parti pembangkang termasuk kerusi-kerusi utama di negeri yang ditandingi oleh Perdana Menteri.

''Walaupun kita memenangi kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan melalui majoriti mudah tetapi kehilangan kerusi, khususnya di negeri-negeri yang memiliki majoriti Melayu seperti di Kedah dan Kelantan akan menyebabkan rakyat mempertikaikan peranan UMNO dalam mewakili orang Melayu.

''Parti komponen BN pula sudah kehilangan peranan mereka sebagai wakil kaum-kaum lain di negara ini,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, kekalahan teruk BN berpunca daripada sikap para pengundi yang semakin bijak menilai.

Katanya, para pengundi bukan sahaja menilai melalui percakapan atau perbuatan, sebaliknya lebih menjurus kepada ketelusan, kebenaran, pelaksanaan dan penyampaian yang lebih baik.

''Pilihan raya umum kali ini mencerminkan arus perubahan yang hebat. Saya percaya BN kena melihat semula cara pendekatan melibatkan semua aspek termasuk dasar dan cara kita bertindak. Sistem penyampaian BN perlu melihat isu dan rintihan rakyat.

''Gelombang yang kita lihat juga satu amaran kepada UMNO dan ahli UMNO semua peringkat harus muhasabah diri serta menerima kenyataan. Jika perlu ia harus ada perubahan dalam UMNO itu sendiri," katanya.

MengakuiKetua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, BN perlu mengakui wujud kelemahan dalam kempen parti itu sehingga menyebabkan ia kalah di banyak negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

''Kita menerima keputusan rakyat dan sedang mengkaji kelemahan itu supaya kita dapat melakukan lebih baik untuk mendapat sokongan daripada mereka.

''Tumpuan harus diberikan bagi mengetahui kehendak rakyat dan perlu bekerja lebih kuat untuk memenuhinya,'' katanya.

Muhammad berkata, kekalahan mengejut BN di beberapa negeri tidak harus dijadikan alasan untuk ia tidak meneruskan usaha bagi menyelesaikan segala masalah rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, BN perlu mengakui mereka telah melakukan kesilapan strategi dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-12.

Beliau berpendapat, rakyat telah menolak BN terutamanya dalam dasar-dasar kerajaan yang dianggap tidak sesuai dan harus diberi perhatian yang serius untuk mengembalikan kekuatan BN.

"Kita perlu akui rakyat telah memberikan satu mesej jelas terhadap keputusan pilihan raya kali ini yang mana mereka telah menolak beberapa dasar kerajaan yang dianggap tidak berkenan.

"Pada masa yang sama, ada faktor-faktor dalaman perlu diambil kira seperti pemilihan calon yang dianggap satu punca penolakan rakyat terhadap BN kerana mereka mempunyai pengaruh yang tersendiri," katanya.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, BN perlu mengkaji semula punca yang menyebabkan ramai calonnya mengalami kekalahan mengejut sehingga mengakibatkan ia gagal memperoleh majoriti dua pertiga buat kali pertama dalam sejarah pilihan raya negara.

Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar berkata satu 'post-mortem' perlu dilakukan supaya perkara itu tidak berulang di masa akan datang.

Rafidah yang memperoleh 10,735 undi menewaskan pencabarnya Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Dr. Khairuddin Abdul Malik yang mengutip 9,277 undi bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sabbaruddin Chik berkata, pimpinan BN perlu memahami isyarat yang cuba disampaikan oleh para pengundi selepas parti itu gagal membentuk kerajaan dengan mudah.

''Yang penting, kerajaan (BN) mesti ambil perhatian bahawa 'ada sesuatu yang tidak kena' mungkin berkaitan rasuah atau mereka sudah bosan dengan calon yang terlalu lama atau ada janji yang tidak tertunai.

''Ini semua mesti diambil kira dengan sensitif, kegagalan BN (memperoleh majoriti dua pertiga) merupakan pengajaran baik untuk tampuk kepimpinannya,'' katanya kepada.

Sementara itu, bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Aishah Ghani berkata, apa yang berlaku membuktikan para pengundi kini lebih sensitif terhadap isu-isu semasa yang berkaitan kehidupan mereka berbanding dahulu.

Katanya, perhitungan pengundi juga kini dilihat jauh berbeza sehingga sanggup mengenepikan calon kuat BN termasuk Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Lembah Pantai yang merupakan antara wakil rakyat paling 'rajin' dan mempunyai sokongan kuat.

Pakar sejarah negara, Datuk Profesor Ramlah Adam berpendapat, kegagalan BN mendapatkan majoriti dua pertiga itu mencerminkan kerajaan sedia ada tidak menerima sokongan menyeluruh rakyat.

''Kecenderungan rakyat memilih calon pembangkang yang hebat, berpengalaman, berilmu dan merupakan pemidato yang hebat menggambarkan pandangan pengundi sekarang (muda) yang jauh berbeza daripada dahulu.

''Selain itu, generasi kini juga yang merasakan calon-calon muda yang cuba ditonjolkan UMNO tidak relevan menyebabkan mereka beralih kepada kelompok (luar UMNO),'' katanya.

kes saman anwar

Anwar saman Khairy RM100 juta

KUALA LUMPUR 7 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Khairy Jamaluddin bagi menuntut ganti rugi RM100 juta kerana didakwa memfitnahnya dalam satu klip video dan artikel yang disiarkan dalam beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Tetuan S. N. Nair & Parners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Anwar sebagai plaintif menamakan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Rembau, Negeri Sembilan bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 esok itu sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mendakwa Khairy telah mengeluarkan kata-kata fitnah yang merujuk kepada beliau semasa memberi ceramah di Lembah Pantai di sini pada atau sekitar 20 Februari lalu.

Berikutan itu, rakaman ceramah dalam bentuk klip video telah diterbitkan bersama-sama artikel bertajuk Anwar and kin no threat dalam laman web Malaysiakini.

Menurut Anwar, kata-kata fitnah itu antara lain bermaksud beliau seorang homoseksual, terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang dan agama serta tidak sesuai untuk memegang jawatan politik.

Dakwa beliau, Khairy mengucapkan kata-kata fitnah itu walaupun beliau mempunyai pengetahuan spesifik bahawa plaintif telah menafikan sekeras-kerasnya perkara yang sama pada masa lalu.

Walau surat tuntutan telah diserahkan, jelas Anwar, defendan enggan meminta maaf serta terus berdegil untuk tidak menarik balik kata-kata itu.

Tindakan Khairy dengan niat agar ia diterbitkan didakwa menjejaskan karakter, kewibawaan dan reputasi plaintif selain menimbulkan kebencian dan penghinaan terhadapnya.

Sehubungan itu, Anwar menuntut ganti rugi RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi untuk menahan defendan atau agennya daripada menerbitkan kata-kata fitnah itu.

i tabik you

Abdullah perlu pikul tanggungjawab kekalahan - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 9 Mac - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata bahawa penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya bagi kekalahan teruk yang dialami Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum semalam.

"Beliau patut memikul tanggungjawab dalam soal ini, seperti kemenangan besar-besaran pada 2004 yang dilaporkan disebabkan oleh kewibawaan beliau, 100 peratus, dan itulah yang dikatakan oleh Setiausaha Agung UMNO pada ketika itu.

"Tetapi sekarang beliau juga patut memikul tanggungjawab itu 100 peratus.

Beliau telah memusnahkan UMNO, beliau telah memusnahkan BN, dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini," katanya pada sidang akhbar yang diadakan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan, di sini.

Dr. Mahathir berkata, amat mengejutkan bahawa BN tumbang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan menerusi isyarat serupa yang ditunjukkan oleh semua tiga kaum utama - Melayu, Cina dan India.

"Saya fikir orang Jepun akan melakukan harakiri. Tetapi saya rasa orang Melayu tidak sampai ke tahap itu lagi. Saya fikir beliau patut menimbangkan untuk mengundurkan diri," katanya sambil menambah beliau juga akan mengambil tindakan yang sama jika beliau berada dalam situasi seperti Abdullah.

Kepada soalan sama ada BN telah tersilap perkiraan dengan mengadakan pilihan raya umum lebih awal, Dr. Mahathir berkata beliau tidak yakin bahawa dengan menangguhkannya setahun lagi akan membawa sebarang perbezaan daripada segi keputusannya, kerana rasa tidak puas hati rakyat terhadap pentadbiran Abdullah sudah tidak dapat dibendung lagi.

"Empat tahun selepas pilihan raya umum lepas, beliau telah melakukan banyak perkara yang salah tetapi mereka ini (media) terus melaporkan betapa rakyat menyayanginya," kata bekas Perdana Menteri itu.

Pelbagai isu yang membawa kepada rasa tidak puas hati terhadap kerajaan termasuk persepsi bahawa di sebalik angka pertumbuhan ekonomi yang tinggi diumumkan oleh kerajaan serta pelancaran wilayah-wilayah pembangunan, rakyat di peringkat akar umbi tidak berasa apa-apa (faedahnya).

"Mereka mendapati bahawa kerajaan ini ditadbir oleh sebuah keluarga bagi kepentingan keluarga itu. Selagi wujud keadaan lebih mengutamakan keluarga daripada Kabinet, kerajaan sendiri, saya fikir rakyat akan mahu menentang mereka," katanya.

Kepada soalan lain, Dr. Mahathir berkata, bagaimanapun terserah kepada UMNO untuk memutuskan mengenai pengganti Abdullah sekiranya beliau meletakkan jawatan, atau mungkin Datuk Seri Najib Tun Razak boleh mengambil alih.

"Datuk Seri Najib telah meraih kemenangan mengagumkan, lebih baik daripada keputusan pada 2004 yang merupakan tahun terbaik bagi BN. Majoriti yang diperoleh beliau meningkat manakala kemerosotan undi Abdullah agak ketara," katanya.

Dr. Mahathir berkata sebuah kerajaan yang dibentuk dengan majoriti mudah adalah sebuah kerajaan yang lemah terutama dalam sebuah negara berbilang kaum yang antara lain boleh menyebabkan ketidakstabilan, dan kemudiannya menjejaskan keyakinan pelabur.

Beliau, bagaimanapun, berkata masih ada harapan bagi BN untuk memperbetulkan keadaan itu dengan syarat mereka mesti memberi perhatian terhadap isyarat yang diberikan oleh rakyat.

Kepada satu lagi soalan, Dr. Mahathir berkata beliau percaya ia pastinya sukar bagi Abdullah untuk mengundurkan diri secara sukarela kerana, sehingga kini, Abdullah masih tidak cuba memahami kerumitan daripada kekalahan itu dan sebaliknya menyalahkan orang ramai bagi kekalahan itu.

Melahirkan rasa sedih beliau dengan kekalahan itu, bekas Perdana Menteri berkata, beliau tidak menjangka yang BN akan kalah seteruk itu.

Mengenai kebangkitan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya ini, Dr. Mahathir berkata beliau percaya bahawa Anwar masih "relevan" tetapi beliau sama sekali tidak akan menjadi Perdana Menteri negara ini.

Ditanya mengenai kemungkinan pembangkang memenuhi janji mereka seperti yang dinyatakan dalam manifesto mereka, kata Dr. Mahathir: "Mereka hanya membuat janji itu kerana mereka tidak fikir yang mereka akan membentuk kerajaan tetapi saya sangsi yang mereka dapat menunaikan janji apabila mereka menawan lima negeri."

Dr. Mahathir berkata, beliau akan terus memainkan peranan sebagai seorang warganegara dengan menyuarakan dan berkongsi pendapatnya jika perlu.

"Saya tidak mahu sebarang gelaran rasmi, menteri kanan atau penasihat tetapi jika mereka datang kepada saya dan meminta nasihat saya, saya bersedia untuk berkongsinya demi faedah negara," katanya.

Mengenai kemenangan anaknya Datuk Mukhriz di kawasan Parlimen Jerlun, beliau berkata ia cuma kejayaan biasa, meskipun dengan majoriti lebih besar.

- Bernama

kesiannyer

Tsu Koon sedia berundur

PULAU PINANG 9 Mac – Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon bersedia melepaskan jawatannya dalam parti itu ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Sambil mengumpamakan dirinya sebagai ketua pasukan yang telah gagal, Tsu Koon berkata, beliau perlu memikul sepenuhnya tanggungjawab berikutan kekalahan tersebut.

Namun, katanya, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti Gerakan untuk membuat keputusan mengenai pengundurannya itu.

“Saya hanyalah pemangku Presiden, jadi Gerakan perlu mengadakan pemilihan dalam parti dengan segera untuk mencari pengganti saya sekiranya saya berundur.

“Ini akan memberikan sedikit masalah. Jadi kita kena berbincang dan tengok bagaimana jawatankuasa pusat serta parti menentukannya,” kata beliau pada sidang akhbar selepas bertemu dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di pejabat Ketua Menteri di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 semalam, BN Pulau Pinang hanya memenangi dua kerusi Parlimen iaitu di Tasik Gelugor dan Kepala Batas serta 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Penaga, Bertam, Pinang Tunggal, Permatang Berangan, Sungai Dua, Telok Air Tawar, Seberang Jaya, Sungai Acheh, Bayan Lepas, Pulau Betong dan Telok Bahang.

Kekalahan itu merupakan sesuatu yang di luar dugaan dan menurut Tsu Koon, tiada sesiapa pun menjangkakan berlaku perubahan undi secara besar-besaran di kalangan pengundi di negeri ini.

Justeru, katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan para pemimpin Gerakan lain bagi mengadakan postmortem untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan kekalahan BN di negeri ini.

“BN hanya mengekalkan 11 kerusi DUN dan semuanya adalah daripada UMNO. Jadi kita kena bekerjasama dengan UMNO juga,” katanya.

Mengulas mengenai projek-projek yang sedang dan dalam perancangan kerajaan di Pulau Pinang, beliau berkata, terpulang kepada kerajaan negeri yang baru untuk memutuskannya.

“Tentulah ada antara program yang dalam perancangan dan perjanjian yang telah dibuat (akan diteruskan) kecuali kerajaan negeri yang baru membuat keputusan sebaliknya,” kata Tsu Koon.

Ditanya apakah pesanan akhirnya kepada penduduk Pulau Pinang sebelum beliau menyerahkan kuasa secara rasmi kepada Guan Eng Selasa ini, Tsu Koon berkata, beliau berharap proses peralihan kuasa di negeri ini akan berjalan lancar dan efektif tanpa sebarang masalah.

Mengenai perancangannya selepas pilihan raya, Tsu Koon yang telah menjadi Ketua Menteri selama 18 tahun mahu bercuti dan berehat bersama keluarganya.

pak lah,lepas ni...kerja kuat lagi ya

PM tak letak jawatan -- * Angkat sumpah pukul 11 pagi ini * Saya akan teruskan perjuangan


SOKONGAN... Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan amanat kepada para penyokong Barisan Nasional di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi. – Gambar Zaki Amiruddin.


PUTRAJAYA 9 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri walaupun Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan terburuk dalam sejarah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 semalam.

Berucap di hadapan penyokong-penyokong BN di Dewan Banquet, Kompleks Seri Perdana di sini malam ini, Abdullah dalam nada tegas berkata: “Saya akan teruskan perjuangan dan saya tidak akan meletakkan jawatan!”

Perdana Menteri berkata, walaupun gagal memperoleh majoriti dua pertiga dan hilang empat lagi negeri kepada pembangkang dalam pilihan raya itu, namun BN tidak kalah.

“Oleh itu, sebagai ketua parti, esok pukul 11 pagi saya akan mengangkat sumpah (sebagai Perdana Menteri) di hadapan Yang di-Pertuan Agong,” katanya sambil disambut laungan Hidup Pak Lah! Hidup BN! oleh para penyokong BN yang berada di Seri Perdana.

Abdullah menegaskan, beliau mengetahui ada khabar angin disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan beliau meletakkan jawatan.

Ini menyebabkan, katanya penyokong-penyokongnya di Kepala Batas menangis dan ingin datang ke Putrajaya untuk berjumpa dengan beliau.

“Buat apa saya hendak letak jawatan, parti kita menang, saya tidak takut dan tidak gentar kepada sesiapa kecuali Allah S.W.T.,” katanya sambil bertanya kepada hadirin adakah beliau kelihatan sakit.

Sambil menyifatkan sokongan yang diterimanya hari ini memberikan semangat kepada beliau, Abdullah berjanji akan berusaha mengukuh dan menguatkan BN dan UMNO bagi membolehkan parti itu melaksanakan apa yang dijanjikan dalam manifesto demi mewujudkan negara yang Selamat, Aman dan Makmur.

‘‘Kehadiran saudara-saudari memberikan saya semangat dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini kerana agenda kita belum habis lagi. Saya hendak pastikan rakyat bahagia dalam negara kita ini,” katanya.

Sehubungan itu, Pengerusi BN itu meminta ahli-ahli komponen parti berkenaan tetap teguh, kuat dan terus bersemangat serta menyokong parti berkenaan.

‘‘Terima kasih dengan sokongan yang diberikan kepada saya dan saya tidak akan mengecewakan saudara-saudari semua.

“Saya mahu saudara-saudari sekalian menjadi tenaga untuk perpaduan, tenaga untuk menyatukan ahli-ahli dalam parti kita, tenaga untuk memberi kekuatan.

“Ia akan menjadi tenaga untuk segala perjuangan dan usaha-usaha kita bagi membolehkan parti kita lebih teguh dan menjadikan kerajaan kita lebih berjaya pada masa depan dengan melaksanakan apa yang terbaik,” katanya.

Abdullah kemudian mengakhiri pertemuan itu dengan melaungkan slogan Hidup UMNO! Hidup Barisan! dan bersama-sama hadirin menyanyikan lagu Barisan Kita serta membaca surah Al-Fatihah.

Di Kuala Lumpur sebelum itu, Abdullah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Jalan Tun Razak bagi membincangkan usaha membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum 2008.

Kehilangan

Kedudukan Abdullah sebagai Perdana Menteri menjadi bualan apabila BN kehilangan majoriti dua pertiga selepas hanya mampu memenangi 140 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum itu.

Malah, parti komponen itu turut kehilangan kuasa di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor serta gagal merampas Kelantan.

Keseluruhannya BN kehilangan 58 kerusi Parlimen kepada parti pembangkang berbanding keputusan pilihan raya umum 2004. Pada tahun itu, BN menang 198 daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Beberapa menteri kanan Abdullah turut kecundang dalam pilihan raya 2008 yang dianggap paling buruk dalam sejarah BN sejak 1969 dan disifatkan sebagai tsunami politik.

Mereka yang tewas ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu; Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsudin. Turut tewas ialah 10 timbalan menteri.

Di Pulau Pinang, BN bukan sahaja gagal mempertahankan negeri itu malah Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut kecundang di Parlimen Batu Kawan.

28/02/2008

Nurul Izzah dan ibu tidak sekata

Oleh AZNAN BAKAR

APAKAH hala tuju perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum kali ini?. Adakah niat mereka melalui manifestonya untuk memperjuangkan kesejahteraan rakyat benar-benar ikhlas atau sekadar untuk melindungi perjuangan peribadi pemimpin-pemimpinnya.

Ini kerana, belum seminggu kempen untuk Pilihan Raya Umum Ke-12 berjalan, kem PKR lebih sibuk memperkatakan mengenai nasib Penasihatnya yang juga di kenali sebagai Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pilihan raya nanti.

Malah Anwar awal-awal lagi telah menetapkan apa yang perlu PKR lakukan untuknya selepas pilihan raya umum ini dengan harapan beliau juga akan sama seperti ahli-ahli politik lain - digelar wakil rakyat.

Disebabkan undang-undang hanya memboleh beliau bertanding selepas April, tidak ada cara lain untuk Anwar mencapai cita-citanya, kecuali melalui pilihan raya kecil.

Untuk menjustifikasikan hasrat itu, Anwar ketika mengiringi anaknya, Nurul Izzah pada hari penamaan calon di Bangsar secara terbuka memberitahu Nurul Izzah akan memberi laluan kepadanya jika anaknya itu berjaya menewaskan penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Malah dengan yakin Anwar berkata, isterinya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail yang akan mempertahankan Parlimen Permatang Pauh juga sedia berbuat demikian.

Jika itulah yang menjadi matlamat PKR ketika ini, maka cukup jelas Pilihan Raya Umum Ke-12 lebih bersifat perjuangan peribadi bagi memastikan pemimpinnya kembali ke arus perdana politik negara.

Malah PKR lebih berkisar tentang cerita suami dan isteri serta anak dan bapa yang cuba mencari pengaruh untuk mengembalikan hegemoni sebuah keluarga yang kian tersisih dari pentas politik nasional.

Bagaimanapun antara suami dan isteri serta anak dan bapa itu pun ada perbezaan apabila Nurul Izzah dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar tabloid dengan jelas menyatakan dia belum tentu akan memberikan laluan kepada Anwar jika menang di Lembah Pantai.

"Saya tidak pernah membayangkan akan ada pilihan raya kecil selepas ini.

"Saya fikir buat masa ini, adalah kurang matang untuk berkata mengenainya. Kerana akhirnya kita perlu menghormati pengundi.

"Buat masa ini tidak ada apa akan dilakukan... tiada keputusan akan dibuat kecuali ia suara majoriti penduduk Lembah Pantai," katanya dalam temu bual tersebut.

Ia sekali gus menafikan hasrat Anwar yang mahukan anaknya itu memberi laluan kepadanya.

Pendirian Nurul Izzah itu berbeza dengan ibunya Wan Azizah yang rela memberi laluan kepada suaminya itu di Permatang pauh.

"Jika saya menang, saya akan beri laluan kepada suami saya untuk bertanding di kerusi ini dalam satu pilihan raya kecil selepas beliau tamat tempoh yang ditetapkan undang-undang untuk bertanding April ini," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon di Institut Perguruan Tunku Bainun, Permatang Pauh baru-baru ini.

Malah perkara itu dikatakan telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan PKR sebab itu mereka berusaha keras untuk memastikan Nurul Izzah menang di Lembah Pantai dan Wan Azizah kekal di Permatang Puah.

Namun matlamat akhirnya bukan untuk membolehkan mereka berkhidmat kepada rakyat di kedua-dua kawasan Parlimen itu tetapi dengan harapan dapat melepaskannya bagi membolehkan Anwar bertanding melalui satu pilihan raya kecil.

Ada yang mendakwa niat keluarga PKR itu sebagai cubaan menipu rakyat bagi mencapai cita-cita peribadi mereka.

Tetapi Wan Azizah mempertahankan hasratnya itu dan mendakwa beliau berlaku jujur kepada pengundi apabila secara terbuka menyatakan hasratnya itu.

Cuma diharapkan pada hari pembuangan undi 8 Mac ini, pengundi cukup bijak untuk menilai sandiwara yang dimainkan oleh PKR pada pilihan raya umum kali ini.

DAP yang meragukan

Apakah motif DAP di Pulau Pinang?

Oleh ZULKIFLI JALIL

ISTERINYA, Betty Chew Gen Cheng (DAP) bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana, Melaka. Keluarga dan anak-anaknya di Melaka.

Banyak masanya dihabiskan di Melaka sejak 'mengosongkan' kerusi Parlimen Kota Melaka bertahun-tahun lepas.

Tetapi secara tiba-tiba kali ini Lim Guan Eng berada di Pulau Pinang. Bertanding mencabar Barisan Nasional (BN) pula di kerusi Parlimen Bagan.

Sejak kempen Pilihan Raya Umum ke-12 memasuki hari kelapan semalam, Setiausaha Agung DAP itu dilihat kerap meninggalkan Bagan di tanah besar dengan 'berkubu' di bahagian pulau dengan sasaran utamanya George Town.

Umum mengetahui Pulau Pinang pernah menjadi kubu kuat DAP sehingga 1995. Rakyat juga sedar ideologi perjuangan DAP terarah untuk memastikan 'Malaysian Malaysia' di tangan. Dan sepanjang seminggu ini begitulah gelagat dan rentak DAP dalam siri kempennya di sekitar Georgetown. Yakni seolah-olah cuba meniup api perkauman di kalangan pengundi. Sasarannya ialah UMNO.

MeminggirkanYang sering diperdengarkan dalam kempen parti itu seolah-olah kononnya UMNO telah meminggirkan penduduk Pulau Pinang. Dalam siri kempen yang dikepalai Guan Eng, disertai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim serta suku sakat pembangkang, ada sahaja yang 'tidak kena' dilemparkan oleh anak Ketua Pembangkang Lim Kit Siang itu terhadap tonggak Barisan Nasional (BN) tersebut. Sehinggakan soal kedudukan pengganti Ketua Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon 'tetap juga mahu dikaitkan' dengan UMNO.

''(Jawatan) Ketua Menteri Pulau Pinang...sebelum ini ada spekulasi cakap Chia Kwang Chye, Teng Hock Nan (mengisi kekosongan itu), tiba-tiba muka depan akhbar Guang Ming Daily hari ini (1 Mac 2008) melaporkan satu lagi nama, Teng Chang Yeow.

''Jadi, dari mana (nama) Teng Chang Yeow ini datang? Disebut-sebut pemangku Ketua Menteri ialah Teng Hock Nan atau Chia Kwang Chye, tiba-tiba pula Teng Chang Yeow. Ini kerana Ketua Menteri (Tsu Koon) tiada kuasa untuk putuskan, akhir sekali serah pada UMNO untuk buat keputusan...Teng Chang Yeow," katanya ketika berucap di Stadium Tertutup Kolej Han Chiang dekat Penang Free School.

Sambil mengadu domba kononnya Pulau Pinang akan 'diambil alih' oleh UMNO, sentimen yang dimainkan oleh DAP terutama Guan Eng menggambarkan seolah-olah Pulau Pinang satu 'wilayah asing' yang memerlukan kuasa autonomi. Ia agak berbahaya jika elemen ini berterusan ditiupkan khususnya di kalangan pengundi bukan Melayu.

''Pulau Pinang sudah cukup panas, Pulau Pinang telah cukup sesak. Kita tidak perlukan projek berteknologi tinggi, tidak perlu projek penyelesai kesesakan, tapi kita perlu lebih banyak taman hijau," kata Guan Eng.

Ini bermakna DAP tidak 'ambil pusing' langsung mengenai projek Jambatan Kedua Pulau Pinang yang kosnya mencecah RM3 hingga 4 bilion ringgit. Juga, menolak projek monorel, jalan dan apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan Pusat untuk kesejahteraan warga Pulau Pinang. Semua ini kerana politik.

Sekadar bertanya: Apakah motif DAP?

hebatnya DAP

09/03/2008

Menang kali ke-7

KUALA LUMPUR 8 Mac – Calon Barisan Nasional (BN), Lau Hoi Keong gagal merampas kerusi Parlimen Kepong daripada tangan calon pembangkang, Dr. Tan Seng Giaw.

Seng Giaw penyandang kerusi Parlimen Kepong selama enam penggal berturut-turut berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti besar 23,848 undi.

Dengan kemenangan calon DAP itu pada pilihan raya umum kali ini, bermakna Seng Giaw mengekalkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Kepong untuk penggal ketujuh.

Pengumuman keputusan dibuat oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cawangan Kepong, Mohd. Sahak Surip pada pukul 10 malam ini.

‘‘Lau Hoi Keong calon BN mendapat 11,704 undi, Dr. Tan Seng Giaw calon DAP, 35,552 undi.

‘‘Jumlah undi ditolak 212 dan peratus pengundian ialah 78.17 peratus. Dengan ini diumumkan ahli Dewan Rakyat, Dr. Tan Seng Giaw daripada DAP,’’ katanya ketika mengumumkan keputusan tersebut.

JULAU MENCIPTA SEJARAH TERSENDIRI

09/03/2008

Keputusan pertama

KEPUTUSAN rasmi Pilihan Raya Umum ke-12 yang pertama diketahui pada pukul 7.50 malam apabila calon Barisan Nasional (BN), Joseph Salang Anak Gandum diumumkan memenangi kerusi Parlimen Julau di Sarawak.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor berkata, Salang yang merupakan penyandang kerusi berkenaan mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Labang Anak Jamba dengan majoriti 7,584 undi.

Ini diikuti keputusan bagi kawasan Parlimen Lawas juga di Sarawak pada pukul 8 malam apabila calon BN, Henry Sum Agong mengalahkan calon PKR Japar Suyut dengan majoriti 7,792 undi.

Kemenangan Agong menyebabkan lawannya hilang deposit apabila hanya memperoleh 734 undi berbanding 8,526 undi yang diperoleh beliau.

PANDANGAN PARTI KERAJAAN TENTANG ANUAR

‘Macam sesumpah, boleh bertukar warna’

Oleh ZULKIFLI JALIL

DI Jalan Padang Tembak, Air Itam, Pulau Pinang malam kelmarin, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba di padang letak kereta berkerikil kawasan perumahan di situ yang penuh sesak dengan lebih 5,000 penduduk Cina tepat pukul 9.57 malam.

Oleh kerana menunggu ucapan silih berganti daripada Penasihat Parti Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik, disusuli Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting sebelum disambung pula Ketua Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, amanat Abdullah hanya dapat disampaikan beliau pada pukul 11.35 malam.

Ketiga-tiga pemimpin Cina tersebut sebelum itu menyorot kegagalan rekod perkhidmatan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa dalam kerajaan dulu. Imej DAP, kata mereka, juga tidak sesuai untuk orang Cina. Bagi ketiga-tiga pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) itu, sama ada Anwar mahupun DAP, kedua-duanya tidak ubah macam sesumpah. Janji tidak pernah ditepati. Demikian juga dengan DAP yang mendakwa sudah putus hubungan dengan Pas tetapi menjalin pula kerjasama dengan sekutu parti itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR).

‘‘Anwar ini macam sesumpah, boleh tukar warna di depan sesiapa juga. Nanti, bila kita bangkit daripada tidur, negara sudah jadi hancur... dia tidak hairan (itu semua), hanya untuk capai dia punya objektif,” kata Keng Yaik yang ucapannya diselang-seli versi Hokkien, Kantonis dan bahasa Melayu.

Ucapan Keng Yaik berlarutan hampir sejam setelah dimulakan setengah jam awal sebelum ketibaan Abdullah. Ahli politik veteran itu seolah-olah tidak puas. “Malam masih muda,” katanya.

‘‘Kita masih ingat tak lagi (Lim) Kit Siang dengan Tanjong 1, Tanjong 2 dan 3 tapi tidak ada pula yang 4 sebab dalam Hokkien, Tanjong 4 adalah....”

Keng Yaik tidak memberikan makna empat dalam dialek Hokkien yang bermaksud ‘mati’.

‘‘Sekarang anak dia Lim Guan Eng kerjasama dengan PKR. Saya tidak tahu macam mana, bapa sudah hentam Anwar lebih 16 tahun, sekarang biar anak dia ‘kahwin’ dengan Anwar,” ujar Keng Yaik lagi.

Nada serupa diulangi oleh Ka Ting dan Tsu Koon yang menyifatkan Anwar dan DAP sukar diterima oleh komuniti Cina, khususnya Anwar yang dianggap telah mengharu-birukan pendidikan kaum Cina.

Ketiga-tiga mereka memahami bahawa Anwar cuba ‘menangguk di air yang keruh’. Sebab itu, Abdullah tidak banyak menyentuh tindak tanduk Penasihat PKR itu sebaik sahaja beliau beroleh ruang berucap.

“Semua dah dengar ucapan pasal Anwar, jadi, saya tak payahlah cakap. Dia (Anwar) tidak penting kepada saya, tidak penting kepada UMNO,” kata Abdullah.

Sebetulnya, Abdullah tidak mahu mengulas panjang lebar tentang individu itu tetapi merasakan perlu menjelaskan kedudukan sebenar bagi mengelakkan rakyat terpedaya. Kali pertama, Perdana Menteri meluahkan komen pedasnya terhadap Anwar pada satu majlis di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang di Seberang Perai, Selasa lalu.

Tindakan Anwar memburuk-burukkan Malaysia ke negara jiran kelmarin turut menghangatkan lagi sentimen bahawa penasihat PKR itu kian terdesak menjelang kempen yang tinggal sehari ini.

Begitupun, bagi Abdullah, beliau tetap menaruh keyakinan tinggi bahawa BN akan mencapai kemenangan besar esok.

Keyakinan itu diperkuatkan dengan kekuatan manifesto BN yang mahu memastikan negara ini terus makmur dan stabil. Berbanding BN, janji-janji yang diuar-uarkan oleh pembangkang terutama DAP dan Pas, iaitu mahukan Malaysia terarah kepada negara kebajikan, dikhuatiri boleh melingkupkan ekonomi negara.

Bagi Ka Ting, ingatan beliau kepada pengundi Cina ketika melakukan lawatan ke Bilik Gerakan MCA Ipoh Barat 28 Februari lalu perlu dihayati.

‘‘MCA mempunyai kuasa politik mewakili rakyat berketurunan Cina. Itu adalah amat penting dan kita berharap pengundi memberi peluang kepada calon BN daripada MCA,” kata beliau.

Kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 selama 12 hari (tidak termasuk hari ini) yang pada awalnya berjalan lancar tiba-tiba tercalar dek penangan permainan politik perkauman DAP. Diakui sepanjang kempen di Pulau Pinang, DAP yang diketuai Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng tidak putus-putus menyerang UMNO. Yang peliknya pula pada masa sama beliau bersikap ‘defensif’ terhadap lawannya daripada parti Cina.

Seperti mana dilabelkan oleh Keng Yaik, begitulah lagak sesumpah Guan Eng.

Di Air Itam kelmarin, Abdullah disambut dengan tepukan gemuruh daripada masyarakat Cina sebaik sahaja beliau selesai berucap pada majlis Malam Satu Hati Bersama Rakyat itu.

‘‘UMNO hidup sebab ia adil kepada semua kaum,” tegas Abdullah.

Apa pun ingatan beliau selepas menghadiri satu majlis bersama warga pendidik di Kepala Batas tempoh hari pasti tersemat utuh dalam sanubari dan fikiran 10,922,139 rakyat yang akan membuang undi esok.

‘‘(Pembangkang) Nak buat eksperimen lima tahun (perintah negara), kalau tak jadi, bukankah teruk? Risikonya tinggi dan saya harap (idea itu) tidak dapat sambutan,” tegas Perdana Menteri.

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 : Pahang



BN

Pas

DAP

PKR
Parlimen 12
(14)
0
(6)
0
(2)
2
(6)


BN

Pas

DAP

PKR

Bebas
DUN 37
(42)
2
(22)
2
(7)
0
(13)
1
(4)
P78 CAMERON HIGHLANDSP79 LIPISP80 RAUBP81 JERANTUTP82 INDERA MAHKOTAP83 KUANTANP84 PAYA BESARP85 PEKANP86 MARANP87 KUALA KRAUP88 TEMERLOHP89 BENTONGP90 BERAP91 ROMPIN
Kawasan Parlimen Negeri Pahang
Dewan Undangan Negeri
N22: BEBAR
N23: CHINI
N24: LUIT
N25: KUALA SENTUL
N26: CHENOR
N27: JENDERAK
N28: KERDAU
N29: JENGKA
N30: MENTAKAB
N31: LANCHANG
N32: KUALA SEMANTAN
N33: BILUT
N34: KETARI
N35: SABAI
N36: PELANGAI
N37: GUAI
N38: TRIANG
N39: KEMAYAN
N40: BUKIT IBAM
N41: MUADZAM SHAH
N42: TIOMAN

Saturday, March 8, 2008

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12

Klik pada nama negeri untuk melihat keputusan penuh mengikut negeri.

Parti
Negeri

BN

Pas

DAP

PKR

Bebas

PRM

Snap

Bersekutu
PERLIS (P) 3 (3) 0 (2) 0 (1)
(N) 14 (15) 1 (13) 0 (2)
KEDAH (P) 4 (15) 6 (8) 5 (7)
(N) 14 (36) 16 (26) 1 (2) 4 (10) 1 (3)
KELANTAN (P) 2 (14) 9 (11) 3 (3) 0 (2)
(N) 6 (44) 38 (40) 1 (5) 0 (1)
TERENGGANU (P) 7 (8) 1 (6) 0 (2) 0 (1)
(N) 24 (32) 8 (27) 0 (5)
PULAU PINANG (P) 2 (13) 0 (2) 7 (7) 4 (4) 0 (1)
(N) 11 (40) 1 (5) 19 (19) 9 (16) 0 (2)
PERAK (P) 13 (24) 2 (7) 6 (7) 3 (10) 0 (2)
(N) 28 (59) 6 (21) 18 (18) 7 (20) 0 (2)
PAHANG (P) 12 (14) 0 (6) 0 (2) 2 (6)
(N) 37 (42) 2 (22) 2 (7) 0 (13) 1 (4)
SELANGOR (P) 5 (22) 4 (7) 4 (4) 9 (11) 0 (1) 0 (1)
(N) 20 (56) 8 (19) 13 (15) 15 (20) 0 (2)
WILAYAH PERSEKUTUAN (P) 3 (13) 1 (3) 5 (5) 4 (5) 0 (2)
NEGERI SEMBILAN (P) 5 (8) 0 (3) 2 (2) 1 (3)
(N) 21 (36) 1 (13) 10 (11) 4 (12)
MELAKA (P) 5 (6) 0 (1) 1 (2) 0 (3)
(N) 23 (28) 0 (13) 5 (8) 0 (7)
JOHOR (P) 25 (26) 0 (10) 1 (6) 0 (8) 0 (1)
(N) 50 (56) 2 (32) 4 (12) 0 (10) 0 (2)
SABAH (P) 22 (25) 1 (5) 0 (19) 0 (18) 0 (2)
(N) 57 (60) 0 (2) 1 (10) 0 (54) 0 (52) 0 (15)
SARAWAK (P) 29 (31) 0 (1) 1 (6) 0 (12) 0 (10) 0 (3)
Jumlah (P)137 23 28 31 0 0 0 0
Jumlah (N) 305 83 73 40 2 0 0 0

habislah...ko

3 negeri dirampas -- * Pembangkang tawan P. Pinang, Selangor, Kedah * Perak kritikal


SERIUS... Najib Tun Razak menyatakan sesuatu kepada Abdullah Ahmad Badawi sebelum sidang akhbar mengumumkan kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-12 di Ibu Pejabat UMNO, PWTC, awal pagi ini. – Gambar HALIM KHALID.


KUALA LUMPUR 9 Mac – Barisan Nasional (BN) bagai dilanda ‘tsunami’ pada Pilihan Raya Umum Ke-12 apabila secara mengejut kehilangan tiga negeri – Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, selain gagal menawan Kelantan.

Di Perak pula, keadaannya kritikal sehingga pukul 3.30 pagi ini, pakatan pembangkang telah menguasai 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN hanya menang 27 kerusi dengan tiga lagi kerusi di DUN Sungai Rapat, Simpang Pulai dan Teja belum diumumkan.

Kejatuhan ala domino ketiga-tiga negeri itu merupakan keputusan terburuk dalam sejarah BN yang dibentuk pada 1973 daripada parti Perikatan.

Mengikut rekod, Kedah dan Selangor tidak pernah jatuh ke tangan pembangkang. Pulau Pinang pernah berada di bawah Gerakan yang ketika itu sebuah parti pembangkang pada tahun 1969.

Pemerhati politik menyifatkan senario ini sebagai ‘satu sentimen nasional’ yang ditunjukkan secara padu oleh para pengundi dalam pilihan raya hari ini.

Menurut mereka, beberapa isu rakyat dimainkan pembangkang terutama soal kenaikan harga barang dan beberapa isu lain membabitkan polisi kerajaan, menjadi faktor utama fenomena itu berlaku.

Antara faktor penyebab lain, menurut mereka, ialah krisis dalam BN sendiri, khususnya UMNO yang dikatakan memboikot calon sendiri akibat perebutan kerusi.

BN turut kehilangan pengaruh di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur apabila semua kerusi Parlimennya disapu bersih pembangkang kecuali Setiawangsa yang dipertahankan oleh Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Kejutan buat BN bermula di Pulau Pinang apabila pembangkang memenangi 29 daripada 40 kerusi DUN.

BN hanya menang 11 DUN di Pulau Pinang, DAP pula 16 kerusi sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat lapan kerusi dan Pas satu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memenangi kerusi Parlimen Bagan dan kerusi DUN Air Putih disebut-sebut bakal Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pembangkang turut mengejutkan BN di Kedah apabila sehingga tengah malam ini, Pas memenangi sekurang-kurangnya 22 daripada 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Azizan Razak diumumkan oleh parti itu awal pagi ini sebagai Menteri Besar Kedah.

Paling mengejutkan ialah kejatuhan Selangor kepada pakatan pembangkang yang diterajui Pas dan Tan Sri Khalid Ibrahim dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut keputusan tidak rasmi, DAP menguasai 14 DUN Selangor, PKR (11) dan Pas (9). BN hanya memperoleh 21 daripada 56 DUN Selangor.

Pas juga mengekalkan penguasaan di Kelantan dan sekali gus menggagalkan usaha BN untuk merampas negeri berkenaan.

Situasi di Perak juga dikatakan kritikal dengan BN dikatakan berada dalam keadaan sukar untuk mempertahankan negeri itu.

Namun, Perlis yang dikatakan akan jatuh akibat krisis dalaman politik UMNO negeri itu berjaya menguasai 100 peratus kerusi Parlimen dan DUNnya.

Sementara itu BN berjaya membentuk semula kerajaan di Sabah, Melaka, Perlis, Negeri Sembilan, Terengganu dan Pahang.

kaum INDIA kena usaha kuat lagi

MIC tenggelam dalam tsunami politik

09/03/2008 4:12am

KUALA LUMPUR 9 Mac – Pilihan Raya Umum 2008 mencatat sejarah hitam bagi MIC apabila presiden, timbalan presiden dan dua naib presidennya kalah dalam pertandingan.

Berbanding kemenangan 100 peratus yang dicatatnya pada pilihan raya umum 2004, pada pilihan raya kali, parti berasaskan kaum India itu hanya memenangi tiga daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya.

Keputusan setakat ini menunjukkan parti itu kalah semua kerusi yang ditandinginya di Pulau Pinang, Perak dan Selangor, tetapi memenangi empat kerusi di Johor.

Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu, yang memimpin parti itu sejak sekian lama, kalah di Sungai Siput, yang menjadi kubunya sejak 1974.

Bagaimanapun, setiasuaha agung parti itu Datuk S. Subramaniam dan seorang lagi calonnya S.K. Devamany terselamat dalam tsunami politik yang melanda MIC, apabila masing-masing berjaya memenangi kerusi Parlimen Segamat dan Cameron Highlands.

Ketua Penerangan MIC Datuk M. Saravanan pula terselamat daripada bencana itu apabila menang kerusi Parlimen Tapah.

Timbalan presiden parti itu, Datuk G. Palanivel juga tumbang di Hulu Selangor manakala naib presidennya Datuk S. Sothinanthan kalah di kawasan Parlimen Teluk Kemang.

Seorang lagi naib presiden MIC Datuk S. Veerasingam, yang berpindah daripada kerusi Parlimen Tapah ke Sungkai, juga kalah.

Ketua Pemuda MIC, Datuk S.A. Vigneswaran turut menjadi korban apabila kalah bagi kerusi Parlimen Kota Raja, manakala Ketua Wanita MIC mengalami nasib serupa di Kapar.

Di Subang, muka baru S. Murugesan juga kecundang dalam cubaan pertamanya untuk menjadi wakil rakyat. - Bernama

Harap Penang Terus Maju

Koh Tsu Koon kecewa

09/03/2008 3:21am

PULAU PINANG 9 Mac _ Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mengakui kecewa dengan kekalahannya di kerusi Parlimen Batu Kawan pada pilihan raya umum kali ini, namun akur dan menerima keputusan pengundi dengan tenang.

“Saya memang menerima keputusan dan pemilihan pengundi di kawasan ini. Saya ucapkan tahniah kepada calon yang dipilih iaitu Prof Dr. P. Ramasamy.

“Saya juga ucapkan terima kasih kepada semua penyokong dan anggota parti yang bertungkus lumus berkempen untuk saya,” katanya selepas pengumuman keputusan pilihan raya bagi kawasan Parlimen Batu Kawan di Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Seberang Perai di sini.

Koh tewas setelah mendapat 13,582 undi berbanding Ramasamy (DAP) yang memperoleh 23,067 undi.

Pembangkang Hebat!!!

Pas mahu berkongsi kuasa dengan PKR

09/03/2008 7:12am

ALOR STAR 9 Mac — PAS Kedah akan mewujudkan kerajaan campuran dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas pakatan parti-parti pembangkang berjaya menawan Kedah dengan memenangi 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ini.

Pesuruhjaya PAS negeri Azizan Abdul Razak berkata bagaimanapun kerajaan campuran itu tidak melibatkan DAP.

“Kita kerajaan campuran dengan PKR sahaja. DAP...jika dia tidak mahu duduk dalam kerajaan, dia jadi pembangkang lah. Tapi pembangkang yang rapat dengan PKR. Tapi kita (PAS) hanya dengan PKR,” katanya pada sidang akhbar bersama Pengerusi PKR negeri Zamri Yusuf di Kompleks Pas di Kota Sarang Semut di sini malam tadi.

PAS memenangi 16 kerusi DUN iaitu Ayer Hitam, Bukit Lada, Bukit Pinang, Alor Mengkudu, Anak Bukit, Kubang Rotan, Pengkalan Kundur, Tokai, Sungai Limau, Jeneri, Pantai Merdeka, Kupang, Kuala Ketil, Merbau Pulas, Bandar Baharu, dan Tanjung Dawai.

PKR menang empat kerusi DUN iaitu Bakar Arang, Sidam, Lunas, Kulim manakala DAP memenangi satu kerusi di DUN Kota Darul Aman.

Azizan berkata pihaknya berterima kasih kepada masyarakat yang memberi kepercayaan kepada parti pembangkang untuk menerajui negeri ini buat kali pertama.

“Kita berharap kita dapat kotakan apa yang dijanjikan kepada rakyat iaitu

“Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua,” kata beliau.

Mengenai pelantikan menteri besar yang baru, Azizan berkata beliau akan menghadap Sultan Kedah Sultan Abdul Halim esok untuk membincangkan mengenai perkara berkenaan dan segala keputusan bergantung kepada baginda.

Mengenai kemenangan besar PKR dan PAS, Azizan berkata kejayaan itu merupakan pencapaian yang baik walaupun parti itu menghadapi masalah teknikal pada peringkat awal.

Beliau berkata, kemenangan itu masih belum mencapai sasaran mereka kerana mensasarkan lebih banyak kerusi Parlimen dan DUN.

Ditanya jangkaan penerimaan masyarakat kepada kepimpinan pembangkang, Azizan mengambil contoh Kelantan yang masih boleh “survive” walaupun hak mereka dari kerajaan pusat dinafikan.

Sementara itu Zamri berkata mereka akan berbincang mengenai pelantikan menteri besar.

PKR akan membariskan lima Ahli Dewan Undangan Negerinya dalam Exco negeri tidak lama lagi apabila kerajaan campuran dengan PAS dibentuk.

— BERNAMA

RAMALANKU BENAR BERLAKA

DAP, PKR setuju tubuh kerajaan negeri di Pulau Pinang

09/03/2008 7:14am

PULAU PINANG 9 Mac — DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang memenangi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-12, mengumumkan awal pagi ini persetujuan mereka untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata oleh kerana parti itu memenangi jumlah kerusi terbanyak iaitu kesemua 19 kerusi yang ditandinginya, maka beliau akan menjadi Ketua Menteri.

PKR memenangi sembilan daripada 16 kerusi DUN yang ditandinginya, manakala PAS mengekalkan kerusi DUN kawasan Permatang Pasir dan kalah empat kerusi lain.

“DAP ingin mengumumkan bahawa kami akan membentuk kerajaan baru Pulau Pinang dengan kerjasama dan secara gabungan dengan PKR, sebuah kerajaan bagi semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada orang Melayu, Cina, India dan kaum lain.

“Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak akan memerintah secara bersendirian, tapi bersama-sama dengan PKR. Kami juga berharap wakil rakyat PAS yang dipilih dapat membantu kerajaan ini,” katanya pada sidang akhbar bersama dengan PKR di sini.

PKR diwakili pemimpinnya di negeri ini Datuk Zahrain Hashim, yang memenangi kerusi Parlimen Bayan Baru setelah mengalahkan calon BN Ooi Siew Kim.

Lim, yang memenangi kerusi Parlimen Bagan dan kerusi DUN kawasan Air Putih, berkata DAP berasa rendah hati dengan sokongan yang diberi oleh pengundi hingga membolehkannya memenangi kerusi Parlimen dan negeri serta berikrar tidak akan mengecewakan rakyat Pulau Pinang.

Kata Lim, kemenangan itu bukan milik DAP dan PKR, tetapi milik rakyat Pulau Pinang seluruhnya.

Beliau berkata DAP juga mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan calonnya dan berharap mereka akan memainkan peranan secara serius sebagai pembangkang yang bertanggungjawab dan membina.

Kata Lim, parti itu mengucapkan terima kasih kepada anggota dan penyokongnya kerana telah memberi sokongan hebat hingga membolehkan DAP menubuhkan kerajaan negeri setelah berusaha selama 41 tahun.

Kata Lim parti itu berikrar akan berlaku adil dan tidak menindas mana-mana pihak serta membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Beliau berkata parti itu juga berikrar akan membentuk sebuah kerajaan perpaduan, yang berasaskan kecintaan terhadap demokrasi dan menghormati hak asasi manusia, kesaksamaan dalam politik serta keadilan sosial.

“Kami mahu membuka lembaran baru dan menggesa semua pihak supaya menghormati hasrat rakyat Pulau Pinang untuk membina sebuah Pulau Pinang yang dinamik serta memenuhi cita-cita dan harapan kami agar Pulau Pinang sentiasa berada di hadapan,” katanya.

Sementara itu, Zahrain yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, berkata parti itu bersedia bekerjasama dengan DAP bagi menubuhkan kerajaan baru dan menerima Lim sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Ustaz Salleh Man pula berkata walaupun kerajaan baru Pulau Pinang akan diketuai DAP, parti itu akan memberi kerjasama penuh kepadanya dan berharap wakilnya akan diberi peluang menyandang jawatan exco yang bertanggungjawab bagi hal ehwal agama Islam.

— BERNAMA

penguasaan KELUARGA DATO SERI ANUAR

Wan Azizah beri laluan kepada Anwar

09/03/2008 7:18am

PERMATANG PAUH 9 Mac — Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh, berkata beliau akan memberikan kerusi itu kepada suaminya yang juga penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Namun, kami akan bertemu kepimpinan PKR dulu,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pilihan raya kawasan itu di sini hari ini.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Pirdaus Ismail dengan 13,388 undi majoriti.

Dr Wan Azizah yang memenangi keusi itu sejak dua penggal lepas, mengumpul 30,338 undi manakala Pirdaus memperoleh 16,950 undi.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada beliau akan akan melepaskan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi tersebut.

— LAGI UPDATE 1 NURUL-KOSONG 2 KUALA LUMPUR Di Kuala Lumpur, anaknya, Nurul Izzah Anwar, yang menang kerusi Parlimen Lembah Pantai sebelum itu mengelak menjawab soalan sama ada beliau akan mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada bapanya yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil alih.

“Keputusan ini adalah kemenangan saya dan saya rasa anda wajar memberi saya peluang untuk meraikan kemenangan ini dan merancang masa depan penyokong saya,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman rasmi kemenangan beliau pada pukul 2.20 pagi di Kompleks Sukan Bangsar di sini, di mana beliau dikerumuni 5,000 hingga 7,000 penyokongnya.

Beberapa hari sebelum pilihan raya, Nurul Izzah memberitahu sebuah akhbar harian ekonomi tempatan bahawa beliau bukan proksi bapanya.

Anwar layak bertanding pada pertengahan April.

Dr Wan Aziza Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada penamaan calon berkata beliau akan memberi laluan kepada suaminya, jika menang.

Nurul Izzah yang berbaju kurung oren berbunga dan bertudung ungu, berkata:

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong saya dan semua orang yang telah bekerja keras untuk mencapai kemenangan ini.” “Penduduk di Lembah Pantai memilih perubahan,” kata Nurul, yang diiringi suaminya Raja Ahmad Shahrir Raja Salim.

“Dan saya yakin kami berjaya melepasi segala kesinisian. Kami sudah membuktikan kami mampu lakukannya. Seperti yang saya katakan dulu dalam perjuangan ini, kami mahu menang dan sudah pasti saya sangat berbangga dengan pengundi Lembah Pantai.” Shahrizat yang turut berada di dewan itu kemudiannya mengucapkan tahniah kepada Nurul Izzah dan berpesan supaya beliau meneruskan usaha menjaga penduduk Lembah Pantai.

Menurutnya beliau berat hati melepaskan Lembah Pantai kerana telah bersungguh-sungguh menjaga kawasan itu.

“Penduduk Lembah Pantai penting buat saya. Bagi saya sendiri, saya gembira kerana sepanjang 12 tahun di sana, Lembah Pantai sudah berubah, daripada kawasan mundur kepada sebahagian daripada bandar raya metropolitan hari ini.

- Bernama

keputusan pilihan raya di SIBU

Sarawak P212

P212 SIBU
Jumlah Pengundi: 53,679
Peratusan Kaum: M: 18% C: 67% I: % B/Sab: % B/Swk: 15% L: %
1. Datuk Robert Lau Hoi Chew (BN) (19,138)
2. Wong Ho Leng (DAP) (15,903)
3. Lim Chin Chuang (PKR) (812)
Majoriti: 3,235
Jumlah undi: 36,187
Peratus mengundi: 67.41%
Undi rosak: 334
Penyandang: Datuk Robert Lau Hoi Chew (BN)
(Majoriti: 3,345 undi)

keputusan pilihan raya DI mukah

Sarawak P213

P213 MUKAH
Jumlah Pengundi: 22,851
Peratusan Kaum: M: 72% C: 10% I: % B/Sab: % B/Swk: 18% L: %
1. Datuk Seri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad (BN) (10,090)
2. Hai Merawin @ Bonaventure (Bebas) (3,792)
Majoriti: 6,298
Jumlah undi: 14,403
Peratus mengundi: 63.03%
Undi rosak: 521
Penyandang: Datuk Seri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad (BN)
(Majoriti: 9,178 undi)

Friday, March 7, 2008

BABI BERKEPALA MANUSIA

TUHAN MAHA PENCIPTA,TUHANLAH MAHA BERKUASA, INILAH BUKTINYA,GAMBAR INI DIAMBIL DARI YAHOO GROUP, JIKA KITA PERHATIKAN GAMBAR ANAK BABI INI,IANYA MEMPUNYAI KEPALA SEPERTI KEPALA MANUSIA, SUNGGUH ANEH DAN MISTERI,SIAPAKAH YANG MAMPU MENJAWAB PERSOALAN MISTERI INI....??????????????





DAP tawan PULAU PINANG



Thursday, March 6, 2008

DEMI MENAWAN KELANTAN...

Ada pengundi didaftar lebih 40 tempat berbeza - Mafrel


KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Pilihan raya umum ke-12 ini akan terdedah kepada gejala penyamaran dan pengundian berganda apabila dakwat kekal dibatalkan penggunaannya oleh SPR hanya empat hari sebelum hari pengundian.

Pengerusi Malaysians For Free and Fair Election (Mafrel), Abdul Malek Hussin, berkata menurut kajian yang dijalankan ke atas daftar pemilih yang digazetkan untuk kegunaan pilihan raya umum ini, rekod-rekod dengan jelas menunjukkan bahawa terdapat nama-nama pemilih, khasnya pemilih pos didaftarkan secara berganda sebagai pemilih biasa.

"Dalam hubungan ini, Mafrel ingin menarik perhatian dengan satu contoh yang berlaku di Kelantan, di mana bahagian pilihan raya P026 Ketereh, didapati seramai 195 orang pemilih pos didaftarkan secara berganda sebagai pemilih biasa di beberapa lokaliti dengan pendaftaran yang menggunakan nama penuh dan tahun lahir yang sama, meskipun mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza," jelas Mafrel kepada media, dalam sidang media semalam.

Jelasnya, secara keseluruhannya bagi negeri Kelantan, Mafrel mendapati kes yang paling kronik melibatkan nama seorang pemilih pos (tentera), Ismail Ibrahim, yang berdaftar dalam Parlimen Ketereh, tetapi butiran nama penuh dan tahun lahir (1962) beliau didapati berdaftar sebagai pemilih biasa di 46 lokaliti yang berasingan.

Begitu juga, katanya bagi negeri Terengganu, yang melibatkan seorang pemilih pos (polis) yang berdaftar dalam P039 Dungun, didaftarkan sebagai pemilih biasa secara berganda di 40 lokaliti berasingan dengan butiran nama penuh dan tahun lahir (1957) yang sama.

"Keadaan sedemikian sangat berleluasa berlaku melibatkan beberapa bahagian pilihan raya yang lain di negeri Kelantan dan Terengganu dan tidak syak lagi ianya terdedah kepada gejala penyamaran dan pengundian berganda yang menjejaskan integriti proses pilihan raya," kata beliau.

ANTARA BN DAN BA SIAPA LAGI HEBAT??


VS


SIKAP PEMIMPIN KITA

dipetik daripada cariegold forum.

Puteri UMNO Bakri di cabul oleh orang kuat Calon BN sendiri ketika sedang berkempen

Oleh Mawar Berduri

Saya sebagai ahli puteri di Bakri merasa begitu tertekan sekarang atas apa yang berlaku kepada salah seoarang ahli kami semasa sedang berkempen untuk Kamaruddin Suratman Calon BN Dun Sg Abong, Parlimen Bakri Johor.

Harapkan pagar, pagar yang makan padi. Itulah yang berlaku kepada ahli puteri yang bernama Saadah kerana telah di CABUL kehormatan oleh orang kuat calon sendiri yang bernama Abas di dalam kereta semasa dalam perjalanan untuk berkempen dari rumahnya di Kg Kelantan Muar ke Tmn Perdana Muar.

Kami mengharapkan supaya dalam suasana kempen Pillihanraya, Calon dapat menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya, malah dia pun "sama-sama naik" dan menyerahkan kepada anak buahnya untuk menyelesaikan masalah ini, sedangkan kami berhempas pulas berkempen untuknya.


KLIK UNTUK BACA DENGAN JELAS

Ingatkan Kak Anum sebagai ketua Puteri UMNO Bahagian Bakri dapatlah mempertahankan anak buahnya, malangnya Saadah telah diberi amaran supaya tidak menghebahkan ataupun membuat laporan polis. TIdak cukup setakat itu Saadah telah dituduh yang bukan-bukan seolah-olahnya dialah yang menggoda Abas pula.

Saadah juga telah dipecat dari Puteri UMNO dan namanya telah dibuang dari keahlian Puteri. Saya tidak tahu apakah lagi yang akan berlaku selepas ini. Siapakah lagi yang dapat membela nasib kami sekiranya perkara seperti ini berlaku kepada kami hanya semata-mata mahu menyelamatkan maruah seseoarng individu.

Kami ingin menekankan disini bahawa ahli Puteri masih lagi mempunyai maruah dan harga diri, bukannya menjadi alat pemuas nafsu.

Saya harapkan ahli Puteri di luar sana terutamanya di Johor agar berani memperjuangkan dan mempertahankan hak dan maruah kita. Diharapkan kepada Kak Noraini yang berada di Parlimen Parit Sulong dapatlah menjengok kat kami di sini.

Bersama ini disertakan laporan polis yang telah dibuat oleh Saadah. Saya tuliskan semula laporan yang telah dibuat Saadah untuk kita semua mudah membacanya kerana susahnya laporan ini hendak dikeluar.

Mawar Berduri
Ahli Puteri Bakri

Laporan Polis yang di taip semula :-

"Pada 27/2/2008 jam l/kurang 9 malam saya telah menaiki m/kar yang menjemput saya dirumah alamat di atas untuk pergi ke bilik gerakan umno di tmn perdana muar. Dalam kereta tersebut saya bersama 2 lagi lelaki salah seorang daripadanya bernama Abas dan dalam perjalanan ke tmn perdana Abas telah menghulur tangannya seperti mahu bersalam kepada saya yang duduk di belakang dan saya menyambut salam tangannya dan kemudian abas telah meraba-raba bahagian peha saya dan sehingga menyentuh kemaluan saya. Saya berkata kepada Abas sekiranya masih meraba saya mahu terjun dari kereta. Kemudian saya telah mengadu perkara tersebut pada Abang Dolah iaitu pemuda umno tetapi Abang Dolah beritahu supaya tidak membesarkan isu ini dan tidak menghiraukan aduan saya. Saya juga dapat tahu nama sudah tiada dalam senarai puteri umno. Ketua Puteri umno bahagian nama Anum juga ada memberi amaran supaya saya tidak beritahu perkara tersebut pada orang dan membuat laporan polis serta menuduh saya yang bukan-bukan. Saya tidak berpuashati dengan tindakan Abas yang mencabul saya. Inilah laporan saya."

pesanan buat sang isteri

Mungkin ada di antara sang isteri di luar sana,merintih....merana dan sedih,

Perasaan ini saya tujukan kepada golongan wanita yang dipinggirkan suami setelah sekian lama hidup bersama,mungkin si suami sudah jemu @ sang isteri sudah tidak secantik dulu,dan mulalah si suami mencari yang baru,yang fresh...

Tidak juga saya menolak hal ini terjadi bagi pasangan yang masih bercinta,kita tahu terdapat juga pasangan yang telah menjalinkan hubungan seks sebelum sah suami isteri.

Bila dah terlanjur mulalah menyesal,apa lagi bila sang lelaki ini tadi mula berpaling arah...

salah siapa ini..????

dan yang menyedihkan,terdapat segelintir wanita bertidak melakukan apa sahaja demi MENGEMBALIKAN INSAN YANG MEREKA SAYANG INI


apa yang mereka lakukan....????

Sila lihat sedutan gambar ini,anda akan tahu jawapannya selepas ini.

MACKENZIE melaporkan di sempadan SIAM

INILAH YANG SAYA MAKSUDKAN,@ LEBIH JELAS LAGI SAYA KATAKAN WANITA INI SANGGUP BERJUMPA BOHOH UNTUK MENGUBATI DIRINYA SUPAYA DIRINYA SENTIASA DISUKAI OLEH SANG SUAMINYA.

BOMOH INI PULA KONONNYA DAPAT MENGUBATI DAN MENAIKKAN SERI WAJAH WANITA MALANG INI,DENGAN MEMBERIKAN AIR YANG DI JAMPI....TAPI...


ANDA LIHAT LAH SENDIRI BAGAIMANA WANITA INI MENJALANKAN PROSES PERUBATAN...SAYA RASA INI BUKAN UBATNYA,TAPI INI TERKENA UBAT SI BOMOH TU,SUNGGUH JIJIK SI BOMOH INI MENJILAT DAN MENGHISAP PAYUDARA PESAKIT NYA. TERNYATA INI TELAH MENJATUHKAN NAMA BAIK BOMOH SEMALAYSIA...

Kamera ini dipasang khas untuk membongkar rahsia selama ini hanyalah khabar angin,tetapi sekarang telah jelas bukti nya ada disini....!!!!


PESANAN SAYA KEPADA WANITA SEMALAYSIA MALAH SENUSANTARA...
KALO BOLEH SELURUH DUNIA...
JANGAN LAKUKAN INI YA....
DON'T TRUST BOMOH....!!!
KATAKAN TIDAK PADA BOMOH!!!

BUAT SI LELAKI JANGAN BIARKAN INSAN YANG MENYANGI ANDA JADI BEGINI...HARGAILAH MEREKA

PESANAN IKLAS
DARI

MACKENZIE

PENULIS BLOG.

Wednesday, March 5, 2008

STRATEGI PARTI KEADILAN RAKYAT










SETIAP PARTI ADA AGENDA MASING-MASING

BEGITU JUGA PARTI PKR,JIKA DILIHAT DIKUANTAN,PKR TIDAK MELUPAKAN GOLONGAN MINORITI @KAUM MINORITI

APA YANG PASTI SAYA DAPAT LIHAT KESUNGGUHAN YANG JELAS DI KALANGAN AHLI-AHLI PKR@LEBIH DIKENALI PARTI KEADILAN RAKYAT.

BARU-BARU INI TERGAMAM JUGA SAYA SEKETIKA

KERANA DENGAN KESUNGGUHAN,KEBERANIAN,SEORANG CALON PKR KUANTAN DENGAN NADA LANTANG MEMBERI SEDIKIT MANIFESTO KEPADA UMAT KRISTIAN SEMASA MISSA KUDUS.

INILAH SIKAP YANG KITA INGINKAN,WALAUPUN AGAMA BERLAINAN TETAPI DALAM KEDUNIAAN SIFAT KESAMAAN DAN KESAKSAMAAN TIDAK HARUS DIABAIKAN

BERIKUT ADALAH LAPORAN SAYA MENGENAI ISU INI

LIHAT GAMBAR DI BAWAH

SELEPAS MISSA AHAD,UMAT KATOLIK KUANTAN TIDAK KETINGGALAN UNTUK MENDEKATI CALON PKR YANG DIANGGAP PEMBELA NASIB GOLONGAN MINORITI INI


SALAH SEORANG CALON PKR ,BERAMAH MESRA DENGAN PELAJAR UNIVERSITI DARI BORNEO


TIDAK MENDAPAT TEMPAT DIHATI UMAT ITULAH MAMPU SAYA PERKATAKAN,DIMANA JENTERA BN???TAKUT MASUK CHURCH@ATAU MASIH TIDUR DENGAN KEJAYAAN SEBELUM INI WAKE UP....SEE THERE NO BODY WANT TO SEE YOUR BROSURE...

HANYA RAKYAT MAMPU MENENTUKAN MASA DEPAN RAKYAT ITU SENDIRI,OLEH ITU KEPUTUSAN TERLETAK DI TANGAN ANDA


PELBAGAI KAUM MENANTI KEHADIRAN PKR DI ST THOMAS CINA,INDIA,MELAYU,INDON,PHILIPIN DAN KOMUNITI BORNEO



TURUN PADANG,FAUZIAH SALLEH CALON P083 KUANTAN http://fauziahsalleh2.wordpress.com/

sekian daripada
mackenzie
penulis blog

apa dibuat jika dirompak di ATM

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda
daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan
memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika no
Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM
akan mengenalpast i nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd
nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan kedalam mesin tersebut.
Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg
kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa
(Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan
ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak
mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini.

6 TERBUNUH!!!!

agenda pembangkang

Jika diimbas senario pilihan raya musim lalu dengan 2008,kempen pada pilihanraya kali ini jelas menunjukkan peningkatan sokongan rakyat terhadap parti pembangkang,

Daripada kajian soal selidik saya kebanyakan nya berpunca daripada ura-ura mengenai kepincangan dalam parti pemerintah,sejauh mana kah kebenaran ini saya pun tidak tahu,

Apa yang pasti sumber ini saya perolehi setelah mendengar banyak ceramah daripada parti pembangkang terutamanya Parti keadilan.

Ianya sedikit sebanyak membuka minda saya dan saya juga percaya minda anda juga terbuka untuk tidak hanya mendengar hujah daripada sebelah pihak

Antara isu yang menyebab kan ramai pihak ingin menyatakan kesanggupan untuk memberi peluang kepada parti pembangkang untuk mengambil alih teraju pemerintahan selama satu penggal ialah isu kenaikan harga minyak,harga makanan,isu rasuah dan keadaan negara yang tidak lagi aman berikutan kadar kenaikan kadar statistik jenayah melibatkan kehilangan kanak-kanak.

Apa yang penting disini ialah kita boleh menilai dan mendengar dari dua-dua pihak,Rasanya tidak salah jika peluang ini diberi memandangkan banyak masalah yang berlaku sekarang ini tidak lagi diselesaikan dan membebankan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah.

Saturday, March 1, 2008

sekitar kempen pilihan raya di KUANTAN

SALAM SEJAHTER BERTEMU KEMBALI KITA DIRUANGAN SEKITAR PILIHAN RAYA,SAYA LEBIH MEMFOKUS PADA KEMPEN PILIHANRAYA YANG BERLAKU DI KUANTAN KERANA SAYA SETIAP HARI AHAD AKAN TURUN KE KUANTAN UNTUK SEMBAHYANG DAN SAMBIL ITU SAYA TIDAK KETINGGALAN UNTUK MERAKAM FOTO-FOTO MENARIK MENGENAI KEMPEN-KEMPEN SEKITAR BANDAR KUANTAN

MACKENZIE MELAPORKAN SAKSIKAN SEDUTAN GAMBAR INI

INI LAH SLOGAN YANG DILANCARKAN OLEH PARTI BARISAN NASIONAL....
APAKAH DENGAN HANYA MENGGANTUNG KAN SLOGAN INI MAMPU MENARIK DAN MEMBERI KEYAKINAN KEPADA PENDUDUK SEKITAR KUANTAN KERANA KITA TIDAK TAHU APA YANG TERSIRAT APA YANG TERBUKU DI SETIAP HARI RAKYAT DI BANDAR YANG INDAH DAN CANTIK INI,

SEKITAR PADANG BESAR KUANTAN DISINILAH PENAMAAN CALON DILAKUKAN MINGGU LEPAS
SEKITAR KAWASAN HENTIAN BAS PERJALANAN PENDEK

DISINI LAH KUBU KUAT BN DI KUANTAN

DISINI TUMPUAN UTAMA PIHAK PKR DAN BN MERAIH SOKONGAN KERANA KAWASAN INI BIASANYA SESAK DENGAN PENJUAL UBAT,DUKUN,DAN PENJUAL PENJUAL JALANAN
BERHADAPAN DENGAN BANGUNAN COURTS ADALAH BILIK GERAKAN PARTI BARISAN NASIONAL