Ahad, 19 Julai 2009

Bagaimana mengubat patah hati

Sukar untuk difikirkan apabila anda terpaksa berpisah dengan gadis atau lelaki impian anda yang cukup sempurna dalam hidup anda.Tanpanya, Anda rasakan tidak ada lagi kebahagiaan dalam hidup Anda. Saat itu luka yang timbul nampaknya hampir tak tertahankan. Sungguh tak tertahankan sampai-sampai ada orang yang mengatakan seseorang boleh mati kerana patah hati.
Saya bukanlah doktor, tapi saya sangat yakin bahawa perkara ini tidak mungkin terjadi (setidaknya 99,5%). Pada kenyataannya, saya tidak tahu seberapa banyak orang yang meninggal kerana penyakit jantung, dan setiap orang yang saya kenal, termasuk diri saya sendiri, setidaknya memunyai satu episod di mana dia merasakan rasa sakit dalam menjalani hidupnya. Percaya atau tidak, mereka yang boleh bertahan, boleh melakukan hal-hal yang lebih baik dari yang pernah mereka fikirkan sebelumnya.
Jadi, sebenarnya apakah kunci untuk mengubati patah hati dengan cepat? Kuncinya adalah pil ajaib! Benar, pil ajaib. Pil ini melepaskan hormon-hormon tertentu dalam otak Anda yang menimbulkan luka hati. Apakah Anda ingin membelinya? Bila Anda ingin membelinya, saya rasa Anda benar-benar perlu ditolong. Tetapi kadang-kadang kebenaran itu memang menyakitkan -- tidak ada sesuatu apa pun yang dapat menyembuhkan luka hati dengan cepat. Meski demikian, ada beberapa hal yang boleh anda gunakan untuk memulihkannya, aitu waktu, keluarga, teman-teman, dan di atas semuanya itu adalah Yesus.

1.
Waktu.
Pernahkan Anda mendengar ungkapan, "Waktu menyembuhkan semua luka?" Percaya atau tidak, ungkapan ini benar. Waktu boleh menyembuhkan luka, penyakit, penolakan, dan bahkan penyakit jantung. Berikan waktu untuk diri Anda sendiri, maka luka akan berkurang. Seiring dengan belalunya hari, rasa tidak ada harapan itu sedikit demi sedikit akan berkurang dan Anda akan lebih optimis terhadap masa depan anda. Percayalah, saya sudah pernah mengalami ini.

2.
Keluarga.
Keluarga yang telah Tuhan berikan kepada Anda adalah suatu anugerah (dan bagi beberapa orang, merupakan anugerah yang samar-samar). Mereka selalu ada di samping anda dan saat seseorang melukai hati anda, sudah pasti orang itu menjadi musuh anda! Keluarga memang luar biasa, meskipun anda tahu bahawa andalah yang salah, di mata keluarga anda, "orang lain"lah yang selalu disalahkan. Anda tidak akan menemukan perlindungan yang seperti ini daripada orang lain, bahkan dari teman anda, kerana teman-teman cenderung melihat segala sesuatunya secara objektif (siapa yang benar, itu yang diikuti), sedangkan keluarga sangat mengasihi anda, mereka tidak melihat kesalahan yang telah anda lakukan. Oleh sebab itulah mereka selalu melindungi anda. Bahkan kadang-kadang saat anda tidak mengharapkannya sekalipun.

3.
Teman-teman.
Seorang sahabat baik adalah suatu aset yang sangat bererti, khususnya di saat-saat yang sukar. Sahabat mampu membuat anda ketawa dan melupakan saat-saat yang membuatkan anda terluka, bahkan saat anda merasa seperti bergelumang dalam pengasihan diri sendiri. Tuhan telah memberi anda teman-teman sebagai anugerah dengan tujuan untuk agar anda merasakan ada yang memiliki, bahawa anda diperlukan. Sehingga anda tidak dikurung oleh rasa putus asa yang membatasi anda untuk melakukan sesuatu. Anda boleh mendapatkan penghiburan dan hal-hal yang jenaka dari teman-teman anda, yang kemudian dapat mengubat luka hati anda.

4.
Yesus.
Dari semuanya itu, yang boleh menyembuhkan luka yang anda alami karena patah hati adalah doa. Yesus selalu ada meskipun anda tidak memiliki keluarga atau teman-teman yang boleh membuatkan anda tenang. Yesus adalah keluarga dan teman anda. Dia yang menenangkan anda saat anda menghadapi masalah dan Dia selalu ada untuk anda bila-bila masa ahaja. Doa yang terus dipanjatkan kepada-Nya supaya Dia memimpin anda melalui masa sukar ini akan menguatkan anda, tidak hanya secara emosi, tetapi juga rohani.

sama-sama sertai anak Community Borneo DI ...

http://anakcomunityborneo.ning.com/

DISEDIAKAN OLEH,

MACKENZIE B BANYENG

Tiada ulasan :