Memaparkan catatan dengan label jenayah malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jenayah malaysia. Papar semua catatan

Jumaat, 6 September 2013

TIGA SUSPEK PECAH RUMAH DAN KECURIAN DITANGKAP



KUCHING: Tiga lelaki dipercayai terlibat dalam aktiviti pecah rumah dan kecurian di sekitar bandar raya ini berjaya ditangkap awal pagi semalam.
Kira-kira jam 2.30 pagi semalam, sepasukan polis diketuai Ketua Balai Polis Tabuan Jaya Inspektor Razal Md Kassim, menyerbu sebuah rumah di Stapok Utama, Lorong 15A dan memberkas dua suspek berumur 25 dan 27 tahun.
Turut dirampas dalam serbuan itu termasuk empat pintu kereta, televisyen 39 inci dan sebuah motosikal.
Polis kemudiannya menuju ke Kampung Batu Kitang dan menangkap seorang lagi suspek berumur 32 tahun.
Dengan penangkapan itu, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes pecah rumah dan kecurian di sekitar bandar raya ini

Sumber : Utusan Borneo

Khamis, 5 September 2013

Bapa ‘gila seks’ perkosa anak sendiri

KUALA TERENGGANU – Seorang bapa bernafsu binatang apabila tergamak melepaskan nafsu serakah ke atas anak kandungnya sejak mangsa berusia 6 tahun dan berterusan sehingga mangsa kini berusia 18 tahun, dalam kejadian di Kampung Padang Tapong, Jerteh, Besut.
Menurut sumber, perbuatan jijik bapa berusia 42 tahun ke atas anak sulung daripada lapan beradik itu terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian menimpa dirinya kepada guru kaunseling di sekolah, selepas dirogol lagi pada 21 Ogos lalu.






“Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berada di rumah telah diajak bapanya ke ladang kelapa sawit berhampiran dan tanpa menyimpan syak, mangsa hanya mengikut arahan.
“Setibanya di situ, mangsa dipaksa memuaskan nafsu bapanya, bagaimanapun, pada mulanya mangsa cuba melawan tetapi tidak berdaya sebelum dirogol oleh bapa sendiri buat ke sekian kalinya,” katanya, semalam.
Sumber berkata, mangsa yang juga calon STPM mengambil keputusan membongkar segala perbuatan keji bapanya selama ini kerana dipercayai sudah tidak tahan lagi menjadi ‘hamba seks’ kepada lelaki itu.
“Mangsa mendakwa menjadi hamba seks bapanya sejak tadika lagi dan disebabkan takut diapa-apakan oleh bapanya kerana sering diugut, mangsa mengambil keputusan berdiam diri dan tidak menceritakan kepada ibunya selama ini,” katanya.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, Majistret Noradila Ab Latiff membenarkan lelaki yang bekerja sendiri itu direman selama tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram. – SH

KESIMPULAN : HIDUPLAH BERLANDASKAN CINTA KASIH BUKAN BERLANDASKAN NAFSU!!

Jumaat, 30 Ogos 2013

Gambar:Potong Bekalan, Tangan Pekerja TNB Ditetak Hampir Putus Samseng India

Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus tangan kiri akibat ditetak dengan parang setelah beliau memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway, di sini hari ini.
Dalam kejadian 5 petang itu, Muhamad Axdni Isa, 42, bersama dua lagi rakan sekerjanya dilapor melakukan kerja pemotongan elektrik di depan sebuah rumah teres sebelum dua orang lelaki yang berada dalam rumah tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata mangsa dan rakan-rakannya telah dimaki hamun lelaki itu ketika cuba menerangkan kepada suspek bahawa mereka membuat penyambungan elektrik secara haram.
“Disebabkan bengang, suspek kemudian keluar dari rumah dengan dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali manakala rakannya yang lain terselamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tan berkata, mangsa dihantar rakannya ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar di sini untuk pembedahan. Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek berusia 33 dan 45 tahun itu untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan –







Selasa, 27 Ogos 2013

BOM!! Sarjan Tentera Didakwa Bunuh Kerani Sekolah

Akhirnya, seorang anggota tentera berpangkat sarjan didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh seorang kerani sekolah dalam kejadian letupan bom dalam bungkusan, pada 11 Ogos lepas.
Che Rusli (Tertuduh) Masih Mampu Bertenang dan Tersenyum Kepada Wartawan Ketika Dibawa Keluar Dari Mahkamah
Che Rosli Che Daud, 29, yang bertugas di Batalion 21 Rajimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa, Kota Baharu, didakwa membunuh Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, antara 10 pagi dan 11 pagi, di sebuah rumah di Lot 127, Blok N, Perumahan JPN Kok Seraya, Chabang Empat di Tumpat.
Dia yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan, kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan.
Tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhnan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Adha Amir Yasser Amri.
Mahkamah menetapkan 1 Okt depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan bagi membolehkan pihak pendakwaan menyerahkan dokumen berkaitan kepada peguam.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Hamizah Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed.
Dalam Kejadian itu, Mohd Yusrizal yang merupakan kerani Sekolah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, maut dengan kedua-dua tangannya putus ketika mengambil bungkusan mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di atas sebuah kenderaan pelbagai guna di halaman rumah mentuanya.
Berikutan kejadian itu, polis Kelantan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat kejadian tersebut yang membawa kepada penahanan suspek.

Khamis, 22 Ogos 2013

Tikam Isteri Disyaki Curang Di Kota Kinabalu

Curang
Kota Kinabalu – Seorang lelaki yang berang selepas mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak kejam apabila menikam wanita itu sehingga mati di sebuah rumah kongsi berhampiran tapak pembinaan di Jalan Ganang Kepayan, dekat sini, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa Suria Amuk, 45, yang bekerja sebagai buruh binaan mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk selepas ditikam tiga kali di dada dan belakang badan. Difahamkan, suspek lingkungan 50-an, yang sudah enam bulan berhenti kerja di tapak pembinaan itu dipercayai ke rumah kongsi mangsa selepas mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.
Berlaku pertengkaran antara suspek dengan isterinya sebelum lelaki terbabit menikam mangsa sebanyak tiga kali di dada dan belakang badannya menggunakan sebilah pisau.
Akibat kejadian itu, mangsa terbaring di hadapan rumahnya dan dipercayai mati, manakala suspek tidak melarikan diri, sebaliknya menyerah diri kepada anggota polis yang tiba di lokasi selepas dimaklumkan berkenaan kejadian itu. - myMetro Online

Jumaat, 16 Ogos 2013

Budak 11 tahun dirogol selepas dipaksa ambil dadah

KUCHING – Seorang kanak-kanak perempuan diiringi beberapa pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat laporan polis petang kelmarin mendakwa telah dirogol tujuh lelaki selepas dipaksa mengambil dadah.
Difahamkan, mangsa yang berusia 11 tahun dan berasal dari kawasan Samariang, Petra Jaya telah berkenalan dengan beberapa lelaki sebelum dia didakwa dirogol.
Menurut sumber, mangsa mendakwa telah dipaksa untuk mengambil dadah sehingga menyebabkan dia khayal dan peluang tersebut digunakan kesemua suspek untuk merogolnya.
Bagaimanapun, waktu kejadian tersebut belum dapat dipastikan sehingga mangsa menceritakan perkara tersebut selepas dihantar oleh keluarganya kepada pihak JKM, kelmarin.
Selain itu, mangsa turut dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan selepas laporan polis dibuat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Abang Ahmad Abang Julai semasa dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.
“Laporan ada diterima dan pihak kita masih menjalankan siasatan berhubung kejadian,” katanya. -The Borneo Post







Ahad, 11 Ogos 2013

REMAJA HILANG

Kepada warga sarawakian di sekitar bintulu mukah miri sibu, sila mesej saya jika anda ternampak lelaki dalam foto ini, merupakan uncle saya. Tidak balik rumah sejak 5 AUGUST 2013 dipercayai diculik dan dilarikan oleh individu tertentu.
Bantu saya dalam doa untuk keselamatan dia...dan semoga dapat dijumpai dengan segera.


Selasa, 6 Ogos 2013

PENCEROBOHAN LAHAD DATU : Koperal Hassan Basri Di Penjara Maksimum

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, hukuman penjara maksimum mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan, ke atas Koperal Detektif Hassan Ali Basari, 61, kerana menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan pengganas di Sabah.



Hakim P. Ravinthran memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap 2 Mac.
Beliau berkata walaupun Seksyen 130M turut membawa hukuman denda jika sabit kesalahan, hukuman itu tidak akan dikenakan.
Hassan didapati bersalah melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Cawangan Khas Lahad Datu antara Januari dan 2 Mac tahun ini.
Ravinthran berkata beliau menjatuhkan hukuman penjara maksimum ke atas Hassan kerana tertuduh bukan orang awam biasa. - Bernama


Ahad, 4 Ogos 2013

Bila Cinta ditolak

Tidak dinafikan hampir setiap orang melalui saat ini, termasuklah admin sendiri hehehe..sangat sedih marah,kecewa. Namun kita telah diajar untuk bertindak secara matang bukan seperti foto di bawah ini. Please dont try this..







Selasa, 30 Julai 2013

Rambo Bentong Didakwa Bunuh Dan Rogol Remaja 17 Tahun



images (2)
TEMERLOH- Rambo Bentong yang sedang menjalani hukuman penjara berjumlah 133 tahun selain 50 sebatan atas kesalahan rogol, seks luar tabii serta cubaan membunuh anggota polis, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini, atas pertuduhan membunuh dan merogol seorang remaja perempuan pada 2009. Tertuduh atau nama sebenarnya Rabidin Satir, 42, didakwa membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, antara pukul 11.30 malam 7 Mac 2009 hingga 1.50 tengah hari 8 Mac 2009, di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong.
Rabidin, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.
Tertuduh juga didakwa merogol mangsa sehingga menyebabkan kematiannya di tempat dan masa yang sama, mengikut Seksyen 376(4) yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.
Rabidin mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Dusun oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.
Azman kemudiannya menetapkan 26 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula.
Rabidin diwakili peguam Richard Bong Chong Fook manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustaffa.
Pada 5 Feb lepas, Rabidin yang tidak bekerja dijatuhi hukuman penjara berjumlah 115 tahun dan 50 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Raub terhadap empat pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan seks luar tabii ke atas empat mangsa perempuan berumur antara lapan hingga 17 tahun.
Pada 21 Mac lepas pula dia dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen Raub selepas mengaku bersalah menyerang dan mencederakan Konstabel Mohd Suhaimi Md Razali, 24, dengan sebilah parang di sebuah rumah bernombor 43 di Taman Shahbandar Husin, Bentong pada kira-kira 6 petang, 14 Nov 2012.
Asianwomendate.com - the best online dating site for the worldwide singles!
Asianwomendate.com - the best online dating site for the worldwide singles! -- BERNAMA

Artikel disiar pada 30/07/2013 - 2:10 pm oleh Hafiz

Khamis, 11 Julai 2013

Lelaki bangla kurung gadis selama 7 bulan dan dijadikan hamba D*o*g*g*y

sekadar gambar hiasan



KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 25 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja dikurung sejak tujuh bulan lalu, malah dibelasah dan diper-kosa seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah rumah berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini.

Lebih kejam, mangsa mendakwa dipukul hampir setiap hari sepanjang tempoh itu disebabkan keengganannya menjadi pelacur biarpun dipaksa lelaki terbabit.

Bagaimanapun, wanita terbabit bernasib baik apabila berjaya meloloskan diri daripada ‘neraka’ berkenaan, jam 10 malam Isnin lalu, sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, Khamis lalu.




Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang mengenali lelaki terbabit mendakwa ditawarkan pekerjaan di sebuah restoran dengan gaji lumayan.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan kemudian dibawa lelaki itu ke sebuah rumah di Kepong sebelum dikurung,” katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian dipaksa menjadi p e la c u r dan keengganannya berbuat demikian menyebabkan suspek berang lalu memukulnya.

“Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila dia mendakwa turut di r o g o l lelaki terbabit lebih 10 kali sepanjang tujuh bulan dikurung,” katanya.

Mangsa yang berjaya meloloskan diri daripada kurungan berkenaan jam 10 malam kemudian segera menghubungi rakan dan meminta bantuan.

Katanya, selepas dinasihati rakannya, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, menuntut tindakan tegas dikenakan terhadap lelaki terbabit.


Dalam laporannya itu, wanita terbabit mendakwa lapan lagi wanita turut dikurung dan dipaksa menjadi p e l a c u r oleh lelaki terbabit.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan. - Hmetro




Sabtu, 12 April 2008

student,17 raped,stranged and burie

By : Sharifah Mahsinah Abdullah

Nurul Anira Che Rosik was reported missing on Friday
Nurul Anira Che Rosik was reported missing on Friday

JELI: A 17-year-old girl was found murdered on Saturday, her body buried barely 500m from her home in Kampung Chengal Bedil, Kuala Balah, in Kelantan.

According to police, the victim was raped and strangled.

The family of Nurul Anira Che Rosik had lodged a missing person's report at 7pm on Friday.

Before that, a search party had looked for her after she failed to return from tuition at her school but the search was called off when darkness set in.

The search continued the next day, this time with the help of a police tracker dog.
At 7pm, the search party found the first clue when a sandal and a soft-cloth hairband was found in a shallow ravine in a rubber smallholding near her home.

The tracker dog later sniffed out a mound of earth near a clump of bamboo. This turned out to be Nurul Anira's grave.

Her half-naked body, with her hands tied at the front with her tudung, was sent to the district hospital for a post-mortem.

District police chief Deputy Superintendent Mohd Hanifah Abdul Malik said the post-mortem findings were that Nurul Anira had been raped, then strangled.

The victim's parents, who are divorced, were besides themselves with anguish at the district hospital mortuary yesterday.

Nurul Anira's father refused to speak to reporters but her teary-eyed mother, Rosnani Rahim, 44, said she could not believe such a thing had happened to her daughter, the fifth of six siblings.

Rosnani said Nurul Anira had left home for school on Friday morning clad in a baju kurung and tudung.

The routine was a kilometre walk to the main road, where she would board a bus to her school, SM Jeli 1.

Classes that day were held until 1pm. Rosnani said the family began to worry when Nurul Anira did not return after that. They waited until evening before lodging a report at the Jeli police headquarters.

"As usual, she left the house after taking a simple breakfast and told me she would meet her friends at the bus stop. She would normally return after zohor prayers.

"When she had not come home by maghrib prayers, I was panicky and asked neighbours to help me search for her. When we failed to find her, I lodged the report.

"At that time, I really believed that she had been kidnapped. Never did it cross my mind that she might have been murdered," said Rosnani.

Villager Che Noh Mat Hussin said the rubber smallholding where Nurul Anira's body was found was isolated but sometimes used by villagers as a shortcut to the main road.

"This is the first time something like this has happened in our village. This place usually does not have any crime," said the rubber tapper who was a member of the search party that found the girl's body.