KUCHING: Tiga lelaki dipercayai terlibat dalam aktiviti pecah rumah dan kecurian di sekitar bandar raya ini berjaya ditangkap awal pagi semalam.
Kira-kira jam 2.30 pagi
semalam, sepasukan polis diketuai Ketua Balai Polis Tabuan Jaya
Inspektor Razal Md Kassim, menyerbu sebuah rumah di Stapok Utama, Lorong
15A dan memberkas dua suspek berumur 25 dan 27 tahun.
Turut dirampas dalam serbuan itu termasuk empat pintu kereta, televisyen 39 inci dan sebuah motosikal.
Polis kemudiannya menuju ke Kampung Batu Kitang dan menangkap seorang lagi suspek berumur 32 tahun.
Dengan penangkapan itu, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes pecah rumah dan kecurian di sekitar bandar raya ini
Sumber : Utusan Borneo

Tiada ulasan :
Catat Ulasan