Khamis, 5 September 2013

MOHON BANTUAN CARI SITI MARIANA








Siti Mariana Zaini

KUCHING: Polis Bau sedang berusaha mengesan seorang remaja perempuan, Siti Mariana Zaini, 14, yang hilang sejak 27 Ogos.

Satu kenyataan akhbar dari Bahagian Maklumat semalam berkata Siti gagal pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan pada hari dia dilaporkan hilang.

Siti berasal dari Kampung Melayu Siniawan, Bau.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang lokasi Siti diminta menghubungi ibu pejabat polis daerah Bau di talian 082-763311 atau Inspektor Lonie Butek di talian 016-8078946 .

Mereka juga boleh menghubungi balai polis yang berhampiran.

Sumber The Borneo Post 4 Sep 2013
-->

Tiada ulasan :