Kota Kinabalu – Seorang lelaki yang berang selepas mengesyaki
isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak kejam
apabila menikam wanita itu sehingga mati di sebuah rumah kongsi
berhampiran tapak pembinaan di Jalan Ganang Kepayan, dekat sini,
semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa Suria Amuk,
45, yang bekerja sebagai buruh binaan mati di tempat kejadian akibat
pendarahan teruk selepas ditikam tiga kali di dada dan belakang badan.
Difahamkan, suspek lingkungan 50-an, yang sudah enam bulan berhenti
kerja di tapak pembinaan itu dipercayai ke rumah kongsi mangsa selepas
mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.
Berlaku pertengkaran antara suspek dengan isterinya sebelum lelaki terbabit menikam mangsa sebanyak tiga kali di dada dan belakang badannya menggunakan sebilah pisau.
Akibat kejadian itu, mangsa terbaring di hadapan rumahnya dan dipercayai mati, manakala suspek tidak melarikan diri, sebaliknya menyerah diri kepada anggota polis yang tiba di lokasi selepas dimaklumkan berkenaan kejadian itu. - myMetro Online

Tiada ulasan :
Catat Ulasan