Ahad, 27 Januari 2008


baby ganas

petikan daripada utusan malaysia

Dicabul ketika tidur dalam bas

KUALA TERENGGANU 27 Jan. - Seorang penolong akauntan perempuan berusia 25 tahun dicabul ketika tidur dalam bas sewaktu perjalanan pulang dari Hentian Klang, Selangor ke kampungnya di bandar ini, kelmarin.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah 11 negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, kejadian berlaku kira-kira 9.30 malam semasa mangsa duduk bersebelahan seorang lelaki yang tidak dikenali.

''Dalam perjalanan suspek bertindak meraba kaki, pinggul serta tangan mangsa tetapi, tidak diendahkan dan mangsa berpura-pura tidur.

''Perbuatan lelaki semakin berani apabila meraba bahagian kemaluan menyebabkan mangsa ketakutan.

''Mangsa yang menyedari suspek ingin turun di Chendering telah bertindak menumbuk suspek menyebabkan berlaku pergelutan kecil," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Bagaimanapun Manoharan memberitahu, suspek cuba bertindak balas tetapi telah dihalang oleh pemandu bas sebelum menghantarnya ke Balai Polis Chendering kira-kira pukul 4.50 pagi.

Beliau berkata, suspek berusia 29 tahun berasal dari Rusila, Marang tetapi bekerja di sebuah kilang membuat kapal di Klang, Selangor.

Kes berkenaan katanya disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul.

Tiada ulasan :