Sabtu, 26 Januari 2008

DI MANA Sharlinie?




Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan telah dilaporkan hilang semasa kanak-kanak ini bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.

Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.








***Kepada sesiapa yang menjumpai atau ada ternampak kanak-kanak ini anda boleh lah menghubungi pihak yang terlibat.Sama-samalah kita berdoa agar sharlinie selamat ditemukan semula.Amen.

Tiada ulasan :