Jika kita lihat sekarang bermacam-macam perkara terjadi...baik di sekeliling kit mau pun di luar sana.apa yang paling menekankan jiwa sekarang,betapa penganiayaan terhadap kaum wanita semakin menjadi,bermula yang usia muda hinggalah usia tua sering menjadi mangsa ekploitasi kaum lelaki.Mengapakah perkara ini terjadi? sebagai contohnya sering kali kita terdengar kejadian rogol membabitkan golongan gadis bawah umur.Di sini dapat kita lihat betapa dunia kita sekarang sudah mundur dan kembali ke alam jahilliah.Bukan itu saja peperangan semakin menjadi-jadi,kerana kuasa golongan yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman seperti yang berlaku di Palestine.Perkara seperti ini juga berlaku di Malaysia,cuma di Malaysia kita lebih kepada perang politik,dan sekarang kita dapat lihat betapa banyaknya peristiwa yang mengundang ketidakbaikan nama MALAYSIA di mata rakyat luar.Contohnya perhimpunan Haram yang berlaku baru-baru ini.Dan jika kita lihat sedikit demi sedikit perkara ini mengugat kestabilan negara.Oleh itu menyeru agar perkara ini sama-samalah kita mengatasinya.Sebagai contohnya kita golongan mahasiswa dan mahasiswa seeloknya menjauhkan diri dari melibatkan diri dengan agenda-agenda politik lagipun terdapat perutunkan undang-undang yang menegah kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi daripada melibatkan diri dalam arena politik iaitu akta universiti.Semoga tahun 2008 yang menjelma ini lebih mendatangkan peristiwa yang bermanfaat kepada warga negara Malaysia dan seluruh rakyat dunia.
Khamis, 24 Januari 2008
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan