Hari kristmas adalah hari yang sangat-sangat dinantikan oleh umat beragama kristian.Ditempat saya tidak kurang hebatnya juga sambutan kristmas pada tahun 2007.Biasanya sambutan kristmas dimulai dengan aktiviti karoling iaitu satu kumpulan kebanyakannya terdiri daripada golongan belia akan pergi dari rumah ke rumah untuk menyambatkan kabar tentang kedatangan kristmas seterusnya disertai dengan aktiviti nyanyian sebagai tanda memberkati tuan rumah sekeluarga.Pada tahun 2007 sebanyak RM 413 telah berjaya di kutip hasil daripada aktiviti karoling yang mengambil masa selama 2 hari dimana dikampung saya terdapat 2 bahagian utama.Pada hari pertama rombingan bermula dari jalan jkr hingga ke kawasan kampung tengah Dalat.Diikuti pada hari berikutnya di kpg seberang pula.pada kali ini sebanyak 68 orang ahli belia kampung sungai ud Dalat telah menyertai akitiviti karoling.Ternyata aktiviti ini memberi banyak manfaat terutama dari segi mengeratkan hubungan sesama belia dan memeriahkan lagi kedatangan krismas.
Jumaat, 25 Januari 2008
kristmas day
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan