ADAKAH BERAT BADAN ANDA BERLEBIHAN?
Pernakah anda diejek kerana berat badan berlebihan? Adakah anda berasa bahawa hidup anda akan lebih seronok, atau anda akan mempunyai lebih kawan-kawan…jika anda tidak begitu gemuk?
Di sini, anda boleh mula mengatasi masalah berat badan anda.
Belajarlah tentang makanan, pemakanan, senaman dan berat badan yang sihat. Dengan pengetahuan yang cukup dan kawalan diri, anda akan dapat mengurangkan berat badan dengan cara yang sihat.
Hadapi cabaran ini dan ikutilah nasihat yang diberikan di bawah. Ambillah tanggungjawab terhadap hidup anda hari ini. Anda harus berasa positif terhadap diri anda.
saat usia telah meningkat
Masalah kegemukan mungkin menyebabkan anda berasa sakit hati atau malu sekarang. Tetapi apabila anda meningkat usia nanti, kegemukan akan menimbulkan pelbagai masalah yang sangat serius. Di bawah adalah beberapa masalah yang boleh timbul.
Masalah fizikal
| Masalah emosi
Masalah kesihatan
|
cuba kaji tabiat makanan seharian anda
Biasanya tabiat makanan yang kurang sihat adalah punca masalah kegemukan anda, kecuali dalam kes-kes luar biasa yang melibatkan hormon badan. Cuba tanya diri sendiri:
- Adakah anda terus makan walaupun sudah kenyang?
- Adakah anda sentiasa makan?
- Adakah anda gemar makan mengikut nafsu (makan banyak pada satu masa)?
- Adakah anda ketagihan makanan?
- Adakah anda menggemari makanan yang berlemak atau berminyak?
- Adakah anda menggilai makanan dan minuman manis, seperti coklat, gula-gula, kek, minuman ringan dan lain-lain?
- Adakah anda makan terlalu banyak snek seperti keropok, kentang goreng dan lain-lain?
Jika jawapan anda bagi soalan-soalan ini adalah ‘ya’, tidak hairanlah berat badan anda berlebihan.
Makanan membekalkan tenaga yang disukat dalam kilokalori (1000 kalori = 1 kilokalori). Apabila anda makan terlalu banyak, anda membebankan diri anda dengan kalori dan tenaga yang berlebihan daripada yang diperlukan. Ini juga akan berlaku apabila anda makan terlalu banyak makanan bertenaga tinggi, seperti makanan yang mengandungi banyak lemak, minyak dan gula.
Ke mana perginya semua tenaga berlebihan ini? Ia disimpan sebagai lemak badan di bawah kulit anda, pada perut anda, keliling pinggang dan tangan anda, dan di luar organ dalaman anda.
Masalah kegemukan bukannya satu misteri. Ia berlaku kerana anda mengambil tenaga berlebihan yang terpaksa disimpan sebagai lemak.
“TETAPI SAYA MENGAWASI APA YANG SAYA MAKAN !”
Mungkin anda kata begitu, dan ianya mungkin betul. Anda mungkin makan secara sederhana, tetapi masih gemuk. Kenapa ini berlaku?
Jawapannya senang sahaja. Tenaga yang didapati daripada makanan perlu digunakan. Jika tidak, ia akan menjadi lemak badan. Anda mungkin tidak melakukan aktiviti fizikal atau senaman yang cukup untuk membakar tenaga yang berlebihan dalam badan anda.
Perhatikan Tabiat Makan Keluarga Anda
Berat badan anda mungkin dipengaruhi oleh asuhan keluarga anda. Tabiat makan terlalu banyak, menggemari makanan berlemak atau manis, cara bersnek yang tidak sihat dan kurang bersenam – semua ini mungkin cara hidup keluarga anda.
Jika anda telah mewarisi tabiat seperti ini, jangan bimbang. Anda masih boleh mengubah kepada tabiat makanan yang lebih sihat dan menjadi teladan yang baik kepada ahli keluarga anda.
Kawal Apa dan Bagaimana Anda Makan
Jika berat badan anda berlebihan sedikit, anda harus mengambil langkah untuk mengurangkannya sebelum ia menjadi masalah besar.
Hadkan kuantiti yang anda makan setiap hari secara beransur-ansur, terutamanya makanan berlemak. Libatkan diri dalam senaman dan sukan dan lakukan sebanyak aktiviti fizikal yang boleh.
Jangan hadkan kuantiti makanan anda secara tiba-tiba. Ingatlah bahawa badan anda memerlukan makanan; jadi jangan makan kurang daripada yang diperlukan.
Jika masalah berat badan anda adalah serius, jumpalah doktor, pakar pemakanan atau pakar diet. Mereka adalah pakar-pakar yang boleh menasihati anda tentang cara pemakanan yang sihat dan boleh membantu anda mengurangkan berat badan anda.
|
Senaman untuk kurangkan berat badan !
Mengurangkan berat badan bukannya senang. Anda perlu mengurangkan 500 kilokalori sehari hanya untuk mengurangkan 0.5 kg berat badan anda dalam seminggu. Adalah lebih mudah jika anda kurangkan makan DAN lebih kerap bersenam.
Sedia menyingkirkan berat yang berlebihan? Jadual di bawah boleh menunjukkan berapa banyak senaman yang anda perlu buat, supaya anda boleh mengurangkan beberapa kilogram.
Jadual Penggunaan Tenaga: Membakar apa yang anda makan ?
Burger Daging | Nasi Putih (1 Cawan) | Drumstick (1 Ketul) | Roti Canai (1 Keping) | Nasi Lemak (1 Piring) | |
Lelaki (55 kg, 17 thn) | |||||
Berjalan | 105 minit | 55 minit | 35 minit | 99 minit | 129 minit |
Bersukan | 71 minit | 37 minit | 24 minit | 67 minit | 88 minit |
Perempuan (42 kg, 17 thn) | |||||
Berjalan | 114 minit | 60 minit | 38 minit | 108 minit | 141 minit |
Bersukan | 88 minit | 46 minit | 30 minit | 83 minit | 108 minit |
APABILA MAKANAN MENGGODAI ANDA
Makan memanglah seronok. Tetapi jika anda sedang cuba mengurangkan berat badan, anda perlu mengawasi apa dan bagaimana anda makan. Cuba fikirkan: sebungkus kentang goreng 50g membekalkan 264 kilokalori tenaga. Adakah anda hendak melepaskan peluang makan kentang goreng itu, atau adakah anda hendak melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan dengan cepat untuk ________minit untuk memastikan bahawa tenaga berlebihan itu tidak ditukar menjadi lemak badan?
untuk ebook percuma sila klik disini...jangan lepaskan peluang ini!!!
saya nak jadi kurus
Tiada ulasan :
Catat Ulasan