Selasa, 19 Februari 2008

valentines day



SHALLOME,

TARIKH 14 FEBUARY SAAT YANG DINANTIKAN RAMAI PASANGAN KEKASIH DI DUNIA,...TERMASUKLAH SAYA., TAPI 14 BUKAN LAH TARIKH PENTING BAGI SAYA KERANA ITU HANYALAH HARI MEMPERINGATI SESAMA KEKASIH UNTUK SELURUH DUNIA,TARIKH NI SERING DISALAH ANGGAP SEBAGAI TARIKH MAKSIAT OLEH KEBANYAKAN ORANG,BAGI SAYA TERPULANG LAH KEPADA CARA ORANG ITU SAMBUT,DALAM KEADAAN BERJAUHAN DENGAN GF SAYA APA YANG MAMPU SAYA BUAT TELEFON SAHAJA,SPEND SIKIT MASA UNTUK DIA,TAPI MALANGNYA TARIKH INI SERING DICEMARI DENGAN PERBUATAN ANAK MUDA SEKARANG YANG SERING MENYAMBUTNYA MELAMPAUI BATAS TATASUSILA MASYARAKT KITA.BAK KATA PEPATAH KERNA NILA SETITIK SATU BELANGA TU ROSAK..DAH.TAPI, SAYA LEBIH MENGUTAMAKAN TARIKH 18 KERANA IA ADALAH HARI ULANG TAHUN CINTA SAYA DENGAN KEKASIH SAYA,NOREIERA LAJUMIN .KEPADA RAKAN-RAKAN TERIMA KASIH KERANA MEMBERI SOKONGAN DAN SEMANGAT KEPADA KAMI. DOAKAN AGAR HUBUNGAN KAMI YANG TELAH MENCECAH 3 TAHUN INI BERKEKALAN HINGGA KE JINJANG PELAMIN ,AMEN..

LOVE YOU ALL....

BEST REGARD

MACKENZIE

SEDIKIT PENGERTIAN DAN FAKTA HARI KEKASIH UNTUK TATAPAN RAKAN-RAKAN..

Sejarah Hari Kekasih



FAKTA 1

Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.

Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

FAKTA 2


St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Tiada ulasan :