Khamis, 7 Februari 2008

KISAH BENAR DI PENJARA PUDU


Kisah seram ini berlaku di penjara pudu suatu ketika dulu..


Sebelum penjara pudu ditutup ketika dulu pernah dikatakan bahawa terdapat 1 bilik dpanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian aneh sejak Penjara Pudu dtutup. Ia dnamakn "BILIK TERAKHIR" adalah kerana dulu ia mrupakn bilik kediaman terakhir bg si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.
Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, becakap seorang diri & berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankn, mereka sering tedengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tersebut. Tidak kurang juga ada diantara warden yg terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka & kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengarn diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 1 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Dia cuba memberanikan diri untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Dia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasn itu..
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia brasa gementar, seram serta mengigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau di dalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dlm gua tersebut alangkah terperanjatnya dia bila didapati banyak harta karun di dalamnya. Dia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, Heyyyyyy manusiaaa. Jangan engkau sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yg punyaaaa.. tp Ahmaaaaaad Albab yg punyaaaaaa. HaHaHaHaHa!! Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yg punyaaaaaa.
udah tuuuuuuuuu.. pi buat keje..

Tahniah krn anda minat mbaca.!!!

Tiada ulasan :