Khamis, 8 Mei 2008

BAGI YANG TIDAK BERPELUANG MASUK KE IPTA

Pusat Integrasi Institut Pengajian Tinggi Swasta Malaysia .

Kampusku ialah portal yang bertindak sebagai pusat carian pintar bagi membantu anda mencari dan seterusnya memohon mendaftar belajar di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diluluskan dan diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia . Portal Kampusku ini akan bertindak sebagai perantara untuk mencari kolej yang sesuai bagi anda mengikut kehendak dan kriteria yang anda tentukan sendiri. Ini juga bagi megelakkan daripada anda tersilap membuat pilihan kursus yang tidak diiktiraf dan juga memastikan hanya kolej-kolej yang diakui oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sahaja.

Portal kampusku ini juga berfungsi sebagai “UPU” kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTS. Kampusku juga akan memberi jaminan kepada anda bahawa kursus-kursus yang disenaraikan dan tawarkan juga adalah yang diiktiraf oleh Malaysia Quality Agency (MQA) atau dahulunya dikenali sebagai Lembaga Akreditasi Negara (LAN).

Kampusku juga akan membantu anda memilih sendiri kolej-kolej pengajian, kursus-kursus yang ditawarkan serta lokasi yang anda pilih sendiri disamping memberi cadangan sekiranya anda masih belum memutuskan apakah kursus yang sesuai dipilih berdasarkan keputusan peperiksaan anda. Anda hanya perlu log-in ke laman sesawang www.kampusku. edu.my pilih kata kunci anda sendiri untuk tujuan semakan, masukkan keputusan peperiksaan SPM / STPM , senarai kursus yang anda mahu (jika ada) serta kolej yang anda ingin sertai beserta lokasi. Bagi tujuan pendaftaran dan pemprosesan anda perlu pos kan salinan keputusan peperiksaan, salinan kad pengenalan dan wang pos bernilai RM 10.sahaja atas nama Alliance Smart Card Technologies Sdn Bhd.


Pelajar yang berjaya akan dihubungi melalui e-mail, telefon dan juga SMS daripada Kampusku dan surat tawaran juga akan dihantar kepada anda melalui pos berdaftar. Sebarang pertanyaan mengenai Kampusku anda boleh emailkan kepada : admin@kampusku. edu.my Tel: +603-4048 1061 Fax: +603-4048 1044

Mohd Hazlin Hj. Mustazar
Pengarah Eksekutif Kumpulan Infomaya
+6013 389 7777

Tiada ulasan :