Isnin, 5 Mei 2008

KEMPENLAH ABG / MBG !!


Zaman sekarang adalah begitu canggih maka kita anak pada zaman ini mestilah mempunyai cara yang tersendiri untuk berhubung walau di mana jua kita berada di dunia ini.

Kepada semua ahli yang telah berdaftar dengan list/group ini hendaklah bekerjasama untuk memberitahu kepada semua sahabat handai sanak saudara di mana saja mereka berada print saja kesemuanya.

Kita boleh dan sedia berkuminikasi secara canggih dan cepat dengan adanya IT walaupun tidak mempunyai komputer sendiri kerana kita boleh menggunakan komputer dari mana-mana kedai internet yang berdekatan dengan sewa yang berpatutan.

Kita Cuma dikehendaki memeriksa email yang telah kita daftar dalam masa seminggu sekali iaitu dengan kadar cuma RM3.00 sejam. Tidak mahalkan tetapi memberi makna yang cukup berkesan apabila kita mempunyai ide-ide yang bernas semasa perbincangan diajukan di dalam group ABG/MBG ini.

BAGAIMANA ?

Cukup mudah apa yang anda perlu buat ialah hanya dengan mendaftar terlebih dahulu dengan yahoo di alamat http://email.yahoo.com atau dengan hotmail di alamat http://www.hotmail.com secara percuma tanpa bayaran sesenpun asalkan sentiasa aktif.

Apabila anda sudah mendaftar di lamanweb berkenaan kemudian anda mendaftarlah dengan ABG/MBG di lamanweb seperti berikut :-

http://group.yahoo.com/groups/AnakBalingian.com

http://group.yahoo.com/groups/MelanauBalingian.com

ATAU hantarkan email kosong sahaja ke alamat email seperti di bawah ini :-

AnakBalingian-subscribe@yahoogroups.com

MelanauBalingian-subscribe@yahoogroups.com

Kemudian tunggu jawapan dari server berkenaan dan PASTIkan PASSWORD disimpan dengan baik untuk masuk ke lamanweb berkenaan (ABG/MGB).

Anda boleh tukar password yang telah dihantar di dalam email anda dan diganti dengan password anda sendiri agar mudah untuk mengingatkannya.

Untuk mengikuti perbincangan di dalam group/list ini anda cuma klik saja REPLY / COMPOSE untuk tajuk perbincangan yang baru melalui email peribadi anda yang telah didaftar di lamanweb www.yahoo.com atau di www.hotmail.com.

Apabila anda menghantarkan email anda semua ahli ABG/MGB akan menerima secara automatik email dari anda.

Buatlah percubaan dahulu samada ahli dalam ABG/MBG dapat menerima email anda atau tidak untuk pengesahan.

APA ITU ABG/MBG ?

ABG ialah nama singkat untuk Anak Balingian Group manakala MBG ialah Melanau Balingian Group.

Group ini telah didaftar dengan lamanweb yahoo secara percuma.

Anda boleh membaca email orang lain yang lalu sekiranya anda menjadi ahli dengan menggunakan PASSWORD yang telah diberi oleh server berkenaan.

TUJUAN ABG/MBG

Group ini dibuat begini ialah bertujuan untuk menjimatkan masa kita untuk berbincang melalui internet yang serba canggih ini walaupun di mana saja anda berada.

Cukup mudah Cuma menghantar email sahaja ke alamat yang telah anda kenalpasti tadi.

OKJEKTIF ABG/MBG

Objektif utama group ini dibuat adalah seperti berikut :-

1.Untuk mendapatkan lebih ramai lagi ahli yang berasal dari Balingian di mana saja mereka berada untuk mengikuti atau turut serta dalam perbincangan group ini.

2.Untuk mendapatkan ide-ide baru yang bernas untuk memajukan lagi Daerah Balingian demi anak cucu kita pada masa akan datang.

3.Untuk mengeratkan lagi tali siraturrahim walaupun kita berjauhan di alam nyata tetapi bersua di alam saiber agar mudah mengenali antara satu dengan yang lain.

SASARAN KEMPEN INI

1.Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah.

2.Peringkat Institusi Tinggi atau Universiti.

3.Peringkat Pekerja atau Usahawan.

4.Peringkat Veteran atau yang banyak pengalaman iaitu orang lama lah.

PESANAN GROUP INI

Kepada semua ahli yang menerima artikel ini harap print/cetakkan untuk diedar secara terbuka sebagai kempen menyeluruh untuk semua warga Balingian.

Sekian, Wassallam.

AnakBalingian@yahoogroups.com

MelanauBalingian@yahoogroups.com

Tiada ulasan :