yuhu...........,
bertemu kembali,kali ni mack nak cerita pasal zaman kanak-kanak pulak.Em memang best kalau diingat balik.Masa zaman kanak-kanak Mack agak nakal buktinya ada banyak parut dibadan hehehehe apa pun mack seronok dengan zaman kanak-kanak Mack kerana ianya lebih banyak memori indah dari yang tak indah.Terpulang pada individu masing-masing mungkin ada yang merasakan siksanya kehidupan masa lalu.Faktor-faktor peristiwa buruk mungkin sebab utama.Tak baiklah kalau saya nak sebut saya rasa anda pun sudah dapat membaca pemikiran saya kan?
Masa zaman kanak-kanak mack dibesarkan di sebuah kawasan pedalaman di sekitar sungai Rajang yang terkenal dengan buaya ganas.Tapi mack pandai berenang tau.Buat masa ni mack tak dapat lagi nak upload gambar masa kanak-kanak kerana semua gambar tu ada di rumah nanti lah ya kalau mack dah balik umah.Lagi pun Dalat dah ada wireless siap dapat aksess percuma lagi dalam rumah.
Nama kawasan pedalaman yang Mack maksudkan itu ialah Singat hehehe.Tempat ni kalau orang bukan sekitar Sibu dan Sarikei memang tak akan mengenalinya.Memang sedih bila tengok Singat sekarang...
ianya bukan lagi sebuah perkampungan pekerja kilang kayu sebaliknya hanya hutan-hutan dan belukar yang semakin meliar.Sedih sungguh ,sebab Mack tak dapat berbuat apa pada masa sekarang untuk Singat.Tidak jauh dari singat terdapat kampung jiran yang dihuni penduduk iban seperti Kampung Sebinjai,Kampung Serban,Kampung Lassa dan kalau jauh lagi Nanga Singat.
Peristiwa hitam ini bermula pada masa aku Tingkatan 3 di SMK Bandar Bintangor,Singat terdapat sebuah kilang papan yang sangat lama bertapak sejak pemerintahan British lagi.Sebab itu dulu aku bersekolah di sebuah sekolah di singat namanya Singat Austral.Austral adalah orang British yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah ini dan orang penting semasa pemerintahan British di singat dulu.
Pada tahun 2000 masa tu kalau tak silap Kawood Sdn Bhd ,singat sudah tutup pun operasinya kerana masalah kewangan dan masalah tertentu.Dan Papa terpaksa berpindah ke kilang lain disekitar sibu iaitu di Rayomas sdn bhd tak jauh dari Forest wood dan Jaya Tiasa dan berhampiran juga dengan Paradom sebuah pekan kecil tak jauh dari Sibu.
Sebelum itu papa dipindahkan oleh syarikat ke Jafoung Sdn Bhd tak jauh dari Bukit Aup Sibu..Pendek kata sejak Singat diistiharkan bankrap memang kehidupan Mack sekeluarga berpindah randah.
Singat sedikit semi sedikit orang mula meningalkan kampung ini dan hingga kesatu satu detik hanya tinggal penjaga kawasan tersebut sahaja yang kekal dan akhirnya Singat dirobohkan semua rumah dibuka atap dan papannya begitu juga bangunan lain seperti kedai,sekolah dan kilang.Mama sewaktu pergi ke Daro menceritakan pada Mack,katanya 'kalo awak pergi sana awak akan menangis melihat tempat awak masa kecil tiba-tiba cuma hanya dipenuhi hutan dan semak samun.' disitu saya dapat bayangkan macam mana keadaan Singat sekarang.
Mack kemudian pindah ke SMK DALAT,sebuah sekolah yang penuh cabaran bagi mack masa jadi student,atlit dan Pengawas.Nasib kami terus ditimpa malang selepas itu apabila Kompeni besar Kawood,Jafoung juga akhirnya diistiharkan muflis dan papa akhirnya berpindah ke rayomas dan kemudian pergi ke Batang Rajan kilang papan yang terletak dipersisiran bandar Sibu.Begitulah kehidupan mack pada masa dulu,memang sakit dan sangat menyakitkan tapi jika diberi peluang ingin mack kembali kezaman masa Mack disingat dulu.Akan Mack ubah sejarah ini hehehe jika mampu.
Dulu MACK ada seorang kawan namanya Richmond ak Sigan,Mack sangat rindu nak jumpa kawan masa kanak-kanak Mack,entah dia ingat atau tidak pada Mack sekarang.RICHMOND,orang iban betong dan mack panggil MUn sahaja.Dulu masa kanak-kanak kehidupan mack lepas ja sekolah balik 1.30 mack mula pergi padang main bola di dewan singat dibuat dari papan tu...teringat lagi main bola namanya liga perdana..memang seronok sampai dulu kami buat team sendiri kikers lawan singapura.Team mack team singapura.Mack tak berapa ingat ahli-ahli kami kalau tak silap Yahya,Ikong@iswandi,lai teruguk,zulkifli,ricmond(gk),sharulnizam, manakala kikers kalau tak silap,morni@lai sujer,ili@ismaili,dedek,shakkir,dan banyak mack dah lupa.
Semua sudah pergi ke haluan sendiri dan mack akhirnya sampai D UMP NI,bermula dari budak-budak yang tiada masa depan dan sedikit sebanyak Mack sebagai anak sulung dari 3 ADIK beradik cuba mengerti apa itu kesusahan.Dan sesungguhnya mack bersyukur pada Tuhan,kesusahan hidup mack penuh dengan keindahan dan Selalu mack kenang hingga sekarang.
Apapun suatu hari nanti walaupun SINGAT sudah tidak mengenali mack,mack akan tetap kesana untuk mengimbas kembali memori yang hilang....
Ahad, 4 Mei 2008
masa ku kanak-kanak
Diposting oleh irazie di 10:14 PG
Label: TENTAN SAYA
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan