Rabu, 14 Mei 2008

Resepi Sup Tulang Merah



Bahan-Bahannya :
4kg tulang kambing
3 inci halia dihiris tipis-tipis

Tulang kambing direbus bersama-sama dengan hirisan halia selama 2 hingga 3 jam. Setelah cukup masa merebus, buangkan air dan halianya; tetapi air rebusan jangan dibuang semuanya. Simpan sebanyak 1 mangkuk penuh untuk dibuat stok.

Perhatian : Tapis dan buang minyak-minyaknya dulu.

1 SGD dollar rempah bonesteak (Rempah yang kering. Anggaran 100gm )
1 botol ( 500gm ) Maggi Chili sauce
1 botol ( 500gm ) Maggi Tomato Sauce
1 tin kecil tomato puri
1 tin kacang peas
½ biji kobis atau secukupnya
2 biji telur ayam

Bahan Kisar :
15 tangkai lada kering
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
½ inci halia

Garam dan sedikit serbuk perasa secukupnya
Periuk 15”

Cara Membuatnya :
Tumis bahan kisar hingga garing.
Kemudian masukkan rempah bonesteak. Gaul hingga garing tapi jangan sampai hangus.
Masukkan tomato puri dan gaul rata.
Kemudian masukkan tomato dan cili sos. Gaul rata.
Kemudian tambahkan 2 – 3 cawan air. Gaul hingga mendidih.
Jika masih pekat kuahnya, masukkan 1 mangkuk air rebusan daging ( stok ).
Masukkan tulang. Pastikan kuahnya tidak menutupi tulang ( ¾ penuh sahaja ).
Masukkan garam dan serbuk perasa sambil digaul-gaulkan rata.
Masukkan kobis yang dihiris halus. Gaul lagi selama 1 minit.
Akhir sekali tuang telur yang telah dipukul terlebih dahulu disekeliling masakan dan tutup selama 1 minit. Perhatian : Jangan digaul telurnya.
Selepas 1 minit, buka tudung periuk dan gaul rata.

Semasa menghidang, taburkan kacang peas.

Tiada ulasan :