Selama 4 tahun aku merantau di bumi bertuah Pahang,tiba-tiba kesedihan pulak terasa dalam aku meraikan hari-hari terakhir aku memerah otak di Universiti tunggal 100% kursus kejuruteraan ini.4 tahun berlalu sungguh pantas kalau nak dikumpulkan memori memang sungguh indah untuk di imbas dan dikenang walaupun sesetengah nya agak pahit untuk diingat.
Pada mulanya aku sampai di Universiti Malaysia Pahang,aku bosan,boring,tension,dan rasa nak balik rumah saja.Tapi seperti itu juga masa ku di Kolej Matrikulasi Labuan,sampai sekarang aku merindukan untuk kembali ke Labuan ,malangnya rezeki tidak cukup untuk aku ke sana,
Sekarang Universiti Malaysia PAHANG,sudah pesat membangun..Apa yang aku harapkan aku akan dapat kembali ke PAHANG ,tapi bukan untuk belajar tapi untuk bekerja pulak kerana aku rasakan Pahang adalah sebuah negeri yang agak aman dan sesuai untuk tempat mencari nafkah berbanding dengan negeri-negeri lain yang padat penduduk dan mempunyai kadar jenayah yang tinggi.
APA pun terima kasih universiti MALAYSIA PAHANG,kerana disinilah aku belajar segala rencana kehidupan,dan disinilah aku diuji dengan pelbagai rintangan dan halangan.Dan aku telah melaluinya dengan tabah dan akhirnya aku sudah ke penamatnya,
selepas ini Negeri sabah akan menjadi kunjungan ku,moga ianya memberi berita gembira dalam hidupku ,Amen....
god bless u...
Tiada ulasan :
Catat Ulasan