Sabtu, 12 April 2008

Hantu tertangkap gambar di Universiti Malaysia Pahang

Sebut pasal hantu pasti tak kira bulu apa yang ada pada badan kita pasti akan meremang mendengarnya.Hantu menurut sesetengah orang tidak wujud tetapi yang wujud adalah jin.Namun saya berpendapat hantu ni wujud malah kewujudannya sangat banyak di Universiti Malaysia Pahang.Pernah sekali masa saya pulang dari 1st presentation plant design...siang-siang lagi nak ganggu aku dalam bilik.Mulanya aku cuak yerlah hantu kan sapa tak cuak ,muka dia sangat menggerunkan,tapi aku tak lah takut sangat sebab sebenarnya hantu tu yang takut kat aku sebenarnya.Dia cuak bila tengok aku.Nak tahu ayat pertama dia... 'eh ada orang lah!!!' Hantu ni aku gelar hantu kayu hoki sebab hantu ni tak boleh terbang dan ghaibtetapi dia menyerupai wajah seorang lelaki.Ya aneh hantu ni sebab dia mempunyai perwatakan sama seperti manusia boleh becakap.berak,minum,mencuri dan semuanya sama macam manusia.Fuh!!!...nasib baiklah aku terror masa tu kalo tak entahlah mungkin aku kerugian yang sangat banyak sebab hantu ni bukan nak hisap darah pun tapi dia suka laptop,hp,printer,psp,mp4,pendrive,external hard disc,apa-apa benda yang berhargalah..Bahaya tau hantu ni,apa lagi bila time cuti nak start mula lah hantu ni merayau rayau..mencari juadah untuk dibawa pulang ke kampung sebagai buah tangan untuk yang tersayang. Kepada rakan-rakan berhati-hatilah dengan suasana yang senang lenang di Universiti Malaysia Pahang kerana kita tidak tahu bahawa dalam syok-syok negara kita mencapai 50 tahun kemerdekaan yang cemerlang terbilang dan gemilang mesti ada perosak atau hantu yang cuba menggugat keamanan inil, Saya antara yang bertuah kerana dapat melihat hantu ini dengan real,sebabnya ramai yang bernasib malang kerana tak sempat tengok hantu tu hantu tu dah belasah laptop dia,macam yang pernah berlaku pada kawan india saya si BINEN ,kesian dia masa final lagi tu tergamak hantu tu merampas harta beharga kawan saya ni,menurut sumber kejadian tu berlaku pada antara jam3 hingga 4.Pelikkan?waktunya siang,kebetulan aku tak de masa tu study week aku berkampunglah di library Universiti Malaysia Pahang.Binen pula masa tu dari jam 2 hingga 5 menghadapi final exam nya,Bayangkan time final exam pun hantu tu tergamak nak mencuri.Kalau aku ada kuasa aku sumpah di dapat gagal semua final exam,sebab hantu ni pun jawab final exam sebenarnya.Tapi aku tak taulah sama ada hantu ni sama atau pun tak dengan hantu yang terkantoi dengan aku hari tu.Mungkin ya mungkin tidak sebab tak ada kamera cc tv,ALA kalo ada pun tak pastilah mampu kesan atau tidak yerlah hantu ni licik dia bijak menghadapi sebarang kemungkinan.,setakat ini memang banyak hantu yang terlepas cuma hari tu hantu jantina perempuan jer yang terkantoi khabarnya hantu ni dah di halau oleh panglima-panglima universiti malaysia pahang.,erm memang setimpallah hukuman tu kan?. Sekarang ni kawan aku ada juga kena serangan hantu ni,masa dia dan aku tengah syok buat PSM,petang nak pulang tu,hantu dah kebas basikal dia,kesian kawan saya ni si VICTOR,apa miskin sangat ke hantu ni sampai duit ptptn tak cukup nak beli basikal yang hanya bernilai 10% dari nilai ptptn dia dapat satu sem,Aku juga tengah menyiasat siapa lah hantu celaka ni,tapi aku masih tidak mengesan lagi jejak-jejak neraka hantu ni. Bukan si Victor sahaja menjadi mangsa malah si Raymond juga turut sama menerima nasib yang sama,yang ni plak basikal dia di bawa hantu masa dia beli di kafe koleh kediaman 1.Basikal pun nak curi aduhai malang sungguh hantu ini,aku 4 tahun dah sini tak pakai basikal pun,miskin-miskin pun aku ni tak tergamak aku nak mencuri basikal ni,biarlah aku bersusah berjalan ulang alik 1km ke kuliah dan makmal janji aku sihat berjalan kaki hehehehe.Erm kalo setakat pakai tanpa kebenaran itu adalah hobi ku tapi aku akan pulangkan selepas itu takdelah nak sampai bawa terus jadi hak milik.Gilo apo.

saat yang sangat mengerikan...sosok toboh tiba-tiba kelihatan che...wah macam rancangan entiti indon plak..


kelihatannya seperti sosok tubuh seorang perempuan ya... pontianak ka ni..ish jangan celupar mulut.Lihat dia tergantung di pagar...@cuba menjenguk ke dalam rumah mangsa,ingat sasarannya adalah harta anda bukan nyawa anda ok...
AWAS!!!

Tiada ulasan :