Jumaat, 4 April 2008

perempuan di MALAYSIA sudah tidak selamat

Lelaki rogol gadis bawah umur dipenjara 38 tahun

Oleh Junita Mat Rasid


TERIMA HUKUMAN: Jamil diiringi anggota polis selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Muar, semalam.

Pembantu Tadbir turut kena 10 sebatan lakukan seks luar tabii

MUAR: Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 38 tahun dan 16 tahun terhadap dua lelaki atas kesalahan merogol gadis bawah umur.

Pembantu tadbir sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS), Jamil Jaya Said@ Ibrahim, 36, dari Jalan Salleh, dekat sini dijatuhkan hukuman penjara 38 tahun dan 22 sebatan selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan merogol budak perempuan berusia 10 tahun, di sebuah kebun kelapa sawit, di Jalan Salleh, tahun lalu.


Bagi tuduhan pertama, Jamil Jaya dihukum penjara maksimum 20 tahun dan 12 sebatan selepas didapati bersalah merogol mangsa yang ketika kejadian berusia sembilan tahun 11 bulan, di kebun kelapa sawit, antara jam 2 petang hingga 3 petang, 21 Oktober tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Bagi tuduhan kedua, dia dihukum penjara 18 tahun dan 10 sebatan selepas didapati bersalah melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa yang sama di lokasi dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B kanun yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Mohamad Haldar Abdul Aziz, memerintahkan hukuman itu berjalan serentak berkuat kuasa daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 28 Mac tahun lalu.

Mohamad Haldar ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, selepas mendengar keterangan saksi dan bukti, pihak mahkamah mendapati pendakwaan berjaya mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haslinda Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili oleh penguam bela.

Sementara itu, seorang kelindan lori, Mohd Hairul Tafrizad Jamil, 21, dijatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan selepas didapati bersalah merogol seorang gadis berusia 15 tahun, dua tahun lalu.

Dia dituduh bersama-sama 15 orang lagi yang masih bebas, melakukan kesalahan itu antara jam 8.30 malam hingga 10.30 malam pada 8 Februari 2006 di kawasan rehat Tanah Perkuburan Cina Bukit Kangkar, Sungai Mati, Muar.

Tiada ulasan :