Jumaat, 4 April 2008

lagi kanak-kanak hilang


klik gambar untuk besarkan


Fenomena kanak-kanak hilang tidak lagi harus kita bincangkan secara nasional.Ini kerana baru-baru ini saya menerima email dari rakan seberang yang menyatakan di Jawa Barat,sudah gempar dengan berita kehilangan kanak-kanak yang bernama Emil Yudha Perdana.Nampaknya fenomena kanak-kanak hilang bukan hanya berlaku di MALAYSIA malah di INDONESIA.Oleh itu saya telah menyertakan sekali foto kanak-kanak hilang ini sebagai arternatif moga dengan cara ini cara ini saya dapat menyampaikan maklumat ini kepada pelawat semua.Kita tidak boleh menolak kemungkinan berlaku aktiviti atau sindiket menyeludup kanak-kanak ke negara luar atau mungkin berlaku sebenarnya satu aktiviti yang telah dilakukan oleh pihak tertentu yang melibatkan penculikan kanak-kanak.Pada mulanya saya mungkin berpendapat perkara ini ditimbulkan oleh pihak individu yang bertujuan membuat jenaya seks terhadap kanak-kanak seperti yang berlaku kepada Allahyarham adik Nurin.Tetapi kita telah lihat sekarang perkara ini bukan sahaja melibatkan kanak-kanak perempuan malah kanak-kanak lelaki.Mungkin inidividu ini juga cuba mengaburkan mata masyarakat kita dengan cuba mengalihkan tumpuannya kepada kanak-kanak lelaki pula.

Adalah besar harapan saya kita sama-sama memerangi masalah dan isu-isu melibatkan penganiayaan kanak-kanak kerana kita lihat sendiri masalah ini sudah semakin menular di negara kita dan negara jiran kita.Saya tetap masih berpendapat kerajaan yang sedia sekarang masih mempunyai kelemahan terutama dari segi pengurusan tentang mengendalikan masalah kanak-kanak hilang ini.Saya dapati cara pengendalian kes seperti adik mawi kurang mendapat pendedahan meluas.Kerana tidak ramai yang mengetahui masalah kanak-kanak hilang di negara kita.Malah pandangan masyarakat kita yang lebih tidak mahu mengetahui apa yang berlaku di sekeliling harus cuba kerajaan dan badan-badan tertentu atasi dan kikiskan konsep yang individualistik dalam hidup bermasyarakat.Bantuan polis tidak memadai jika masyarakat tidak kita tidak ambil peduli hal ini.Saya percaya mungkin ada di kalangan kita terserempak suspek yang terlibat tetapi disebabkan oleh sikap tidak mahu membebankan diri sendiri maka suspek yang sepatutnya boleh ditangkap malannya terlepas begitu sahaja.Melalui kaedah ganjaran berbentuk ribuan ringgit kepada yang memberi maklumat hingga tertangkapnya tertutuduh juga kurang berkesan setakat ini jadi ini bermakna kaedah ini harus diubah suai supaya mesej ini disampaikan lebih jelas dengan itu lebih ramai yang akan tampil memberikan maklumat.


DARIPADA PENULIS BLOG

MACKENZIE.

Tiada ulasan :