Sabtu, 15 Mac 2008

dulu kerajaan kini pembangkang

Tugas adakan tunjuk perasaan, perhimpunan aman kini diambil alih Umno Cetak E-mail



Baru baru ini di bangunan komtar Pulau Pinang telah berlaku tunjuk perasaan yang disiarkan melalui kaca televisyen TV3.Jika kita imbas pada masa lalu,terdapat juga tunjuk perasaan yang banyak kali diadakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman,perkarangan KLCC,di Kesas Highway,Jalan Kebun dan perarakan raksasa 100 ribu rakyat yang menuju ke istana akhir tahun lepas.



Tiba-tiba sahaja kenangan itu mengembang di dalam diri. Nostalgia itu bertabir di biarai mata. Betapalah kalau tunjuk perasaan dahulu diberikan liputan meluas seperti mana yang berlaku di Komtar Pulau Pinang itu, aduh seronoknya. Taukeh-taukeh penunjuk perasan itu diinterview seorang demi seorang. Mereka bebas meluahkan pandangan dan pendapat berkaitan isu yang menjadi penyebab tunjuk perasaan itu.

Kalau masa tunjuk perasaan pembangkang dulu ada FRU, ada polis, nampaknya hal yang sama juga ada pada tunjuk perasaan di Komtar itu. Cuma kalau pun berbeza tidak ada tangkapan dan penunjuk perasaan kena pukul dan digari kemudian dihumbankan ke dalam track berwarna mereka. Itulah berbezanya!
Semasa tunjuk perasaan di Kuala Lumpur oleh pembangkang dulu, TV3 dan RTM tidak menjadi rasional seperti petang tadi semasa merakam gambar di Komtar. Kalau ada pun gambar yang disiarkan hanya rakaman gambar yang negatif yang boleh menyebabkan rakyat berpandangan buruk kepada pembangkang.

Biarlah apa yang TV3 dan RTM nak lakukan ke atas tunjuk perasaan Umno itu. Tetapi apa yang hendak ditimbulkan di sini, tugas menunjuk perasaan nampaknya sudah bertukar tangan kini. Kalau dulu pihak pembangkang, tetapi kini oleh Umno sendiri. Tampaknya pembangkang bolehlah releks dan berihat daripada berpeluh berpelai di jalanan kerana meluahkan perasaan.

Penunjuk perasaan di Komtar yang didalangi Umno itu mungkin mereka terlupa dengan kata-kata dan kecaman mereka sebelum ini. Kononnya tunjuk perasaan dulu boleh menjejaskan ketenteraman awam, boleh menganggu perniagaan dan boleh menimbulkan ketakutan kepada pelancongan.

Apakah kesan itu tidak akan berlaku apabila ia dilakukan Umno. Salah seorang taukeh tunjuk perasaan itu menjelaskan tunjuk perasaan mereka berbeza dengan tunjuk perasaan pembangkang. Katanya tunjuk perasaan mereka sipan santun. Saya kurang arif di mana bezanya. Cuma nak bagi tahu kalau tunjuk perasaan sopan, bermakna tidak ada apa-apa impak lah tunjuk perasaan itu.

Kalau masa tunjuk perasaan pembangkang dulu ada FRU, ada polis, nampaknya hal yang sama juga ada pada tunjuk perasaan di Komtar itu. Cuma kalau pun berbeza tidak ada tangkapan dan penunjuk perasaan kena pukul dan digari kemudian dihumbankan ke dalam track berwarna mereka. Itulah berbezanya!

Kalau begitu betapa endak dan sedapnya (selamat) menunjukkan perasaan yang dipelopori Umno berbanding dengan tunjuk perasaan yang dipolopori pembangkang. Mungkin selepas ini penunjuk perasaan akan diberi upah nasi kandar pula. Apa-apa pun diucapkan selamat menunjuk perasaan kepada Umno Pulau Pinang untuk meluahkan apa-apa yang tersekang di halhum mereka. Selamat!

Tiada ulasan :