Jumaat, 14 Mac 2008

Hebatnya parti pembangkang.

"30 peratus dari elaun wakil rakyat PAS Selangor untuk rakyat" Hassan Ali Cetak E-mail
Oleh Bernama
Jumaat, 14 Mac 2008


SA: Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berkata semua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco daripada parti itu diarahkan menyumbang 30 peratus daripada elaun asas setiap bulan kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata sumbangan itu akan digunakan untuk membantu golongan berpendapatan rendah selain melahirkan ADUN dan Exco yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Langkah itu juga bagi memastikan ADUN atau Exco menumpukan untuk berkhidmat kepada rakyat dan mentadbir negeri dan bukannya kepada perniagaan", kata Hassan Ali
"PAS Selangor akan melaksanakan program-program kebajikan bagi setiap rakyat seperti yang terkandung dalam tawaran pilihan raya yang lepas," katanya kepada pemberita di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di sini hari ini.

Di samping itu, beliau berkata semua Exco, anggota Parlimen dan Adun dari parti itu juga diwajibkan membuat perisytiharan harta di samping tidak terlibat dalam perniagaan secara langsung.

"Kita tidak mahu berlaku konflik kepentingan sekiranya ada Exco yang terlibat dalam perniagaan.. .ini bagi mengelakkan sekiranya ada tawaran tender atau projek, akan timbul pengagihan yang tidak sama rata," katanya.

Langkah itu juga bagi memastikan ADUN atau Exco menumpukan untuk berkhidmat kepada rakyat dan mentadbir negeri dan bukannya kepada perniagaan, katanya.

Mengenai pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Selangor di bawah pentadbiran baru kerajaan campuran pembangkang, Hassan yakin komponen yang bagus dalam DEB akan terus dilaksanakan selagi ia dapat memberi manfaat kepada semua kaum.

"Saya tidak nafikan ada beberapa komponen dalam DEB yang bagus. Kita akan ambil komponen yang bagus dan kita akan tolak tepi mana yang tidak bersesuaian. Kita akan tampung kelemahan yang ada dalam DEB itu.

"Dua matlamat DEB iaitu menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Kita masih melindungi orang Melayu dan pada masa yang sama kesamarataan dan kesaksamaan di kalangan semua kaum akan dapat dilihat dalam 100 hari pentadbiran negeri ini berjalan," katanya.

Beliau berkata DEB adalah perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan yang mesti dihormati.

Tiada ulasan :