Sabtu, 8 Mac 2008

penguasaan KELUARGA DATO SERI ANUAR

Wan Azizah beri laluan kepada Anwar

09/03/2008 7:18am

PERMATANG PAUH 9 Mac — Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh, berkata beliau akan memberikan kerusi itu kepada suaminya yang juga penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Namun, kami akan bertemu kepimpinan PKR dulu,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pilihan raya kawasan itu di sini hari ini.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Pirdaus Ismail dengan 13,388 undi majoriti.

Dr Wan Azizah yang memenangi keusi itu sejak dua penggal lepas, mengumpul 30,338 undi manakala Pirdaus memperoleh 16,950 undi.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada beliau akan akan melepaskan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi tersebut.

— LAGI UPDATE 1 NURUL-KOSONG 2 KUALA LUMPUR Di Kuala Lumpur, anaknya, Nurul Izzah Anwar, yang menang kerusi Parlimen Lembah Pantai sebelum itu mengelak menjawab soalan sama ada beliau akan mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada bapanya yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil alih.

“Keputusan ini adalah kemenangan saya dan saya rasa anda wajar memberi saya peluang untuk meraikan kemenangan ini dan merancang masa depan penyokong saya,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman rasmi kemenangan beliau pada pukul 2.20 pagi di Kompleks Sukan Bangsar di sini, di mana beliau dikerumuni 5,000 hingga 7,000 penyokongnya.

Beberapa hari sebelum pilihan raya, Nurul Izzah memberitahu sebuah akhbar harian ekonomi tempatan bahawa beliau bukan proksi bapanya.

Anwar layak bertanding pada pertengahan April.

Dr Wan Aziza Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada penamaan calon berkata beliau akan memberi laluan kepada suaminya, jika menang.

Nurul Izzah yang berbaju kurung oren berbunga dan bertudung ungu, berkata:

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong saya dan semua orang yang telah bekerja keras untuk mencapai kemenangan ini.” “Penduduk di Lembah Pantai memilih perubahan,” kata Nurul, yang diiringi suaminya Raja Ahmad Shahrir Raja Salim.

“Dan saya yakin kami berjaya melepasi segala kesinisian. Kami sudah membuktikan kami mampu lakukannya. Seperti yang saya katakan dulu dalam perjuangan ini, kami mahu menang dan sudah pasti saya sangat berbangga dengan pengundi Lembah Pantai.” Shahrizat yang turut berada di dewan itu kemudiannya mengucapkan tahniah kepada Nurul Izzah dan berpesan supaya beliau meneruskan usaha menjaga penduduk Lembah Pantai.

Menurutnya beliau berat hati melepaskan Lembah Pantai kerana telah bersungguh-sungguh menjaga kawasan itu.

“Penduduk Lembah Pantai penting buat saya. Bagi saya sendiri, saya gembira kerana sepanjang 12 tahun di sana, Lembah Pantai sudah berubah, daripada kawasan mundur kepada sebahagian daripada bandar raya metropolitan hari ini.

- Bernama

Tiada ulasan :