Mungkin sukar untuk diterima akal,tapi itulah dia hakikat dunia,TUHAN itu maha kuasa,dah tiada siapa boleh menafikannya.Malah sejak dari zaman nabi kita telah mendengar banyak bukti yang menunjukkan Allah maha kuasa.
Ini lah yang saya sampaikan pada kali ini,peristiwa ini berlaku di sebuah tempat,di mana seperti yang saya tulis pada tajuk kali ini,bayi berkepala dua,mungkin dapat diterima jika ular berkepala dua kerana saya sendiri telah menyaksikannya.
Tanpa membuang masa lagi ayuh kita ke New Delhi,India bersama saya penulis blog mackenzie.
Isi berita:
New Delhi, Di daerah Gautam Buddha Nagar di Uttar Pradesh, kira-kira 50 kilometer ke timur New Dehli berlaku peristiwa yang sangat aneh iaitu seorang wanita India telah melahirkan bayi perempuan yang mempunyai kepala dua. dan dua pasang mata. menurut sumber media asing iaitu sebuah akhbar britain The Telegraph,bayi berusia empat hari itu merupakan anak kepada isteri Vinod Singh dan isterinya, Sushma. Namun sebelum ini di INDIA juga terdapat juga peristiwa aneh di mana kita dikejutkan dengan kelahiran seorang bayi Lakshmi Tatma yang mempunyai dua pasang kaki dan tangan. Menurut doktor di Hospital Saifai, Dadri, bayi dan ibunya berada dalam keadaan sihat. “Seorang pesakit wanita yang sakit hendak bersalin, dimasukkan ke hospital ini kira-kira jam 6 pagi (waktu tempatan) Rabu lalu. “Beliau bersalin secara normal biarpun bayinya cacat kerana mempunyai dua muka dan dua pasang mata. Tetapi baik si ibu mahu pun bayi berada dalam keadaan sihat dan stabil,” kata Dr Aas Mohammad. Namun, bagi Vinod dan isterinya, apa yang lebih mereka utamakan sekarang adalah bagi mendapatkan bantuan kerajaan untuk merawat bayi mereka. Seperti Lakshmi, kelahiran bayi bermuka dua itu dianggap masyarakat sekeliling perkampungan yang terletak di kawasan pedalaman berkenaan sebagai unik dan boleh membawa tuah.
Best Regard,
mackenzie
become a world class blogger!!!
Isnin, 17 Mac 2008
Wanita India lahir bayi miliki 2 muka
Diposting oleh irazie di 12:02 PTG
Label: pelik tapi benar
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan