Sabtu, 22 Mac 2008

PERHATIAN WARGA SEKITAR senawang

Khabarnya baru-baru ini sebuah keluarga di Taman Marida Senawang
memberitahu rumah beliau telah dimasukki penyamun pada
siang hari ketika isteri dan anak-anaknya ada di rumah
pada waktu pagi. Penyamun tadi pada mulanya menyamar
mengatakan suami pada suri rumah tersebut yang
menyuruhnya membaiki paip bocor dirumahnya. Tanpa
banyak usul periksa kerana yakin dengan lagak sebagai
tukang paip, maka isteri kepada suami pemilik rumah berkenaan membenarkan
lelaki tadi masuk. Lelaki yang berlagak tukang paip
tadi pun melarikan komputer riba (lap top) yang sedang
digunakan oleh anak-anaknya
laporan POLIS telah dibuat di Balai Polis Bandar
Baru Senawang. Dan diceritakan kumpulan penyamun
berlagak tukang paip ini sedang bergerak aktif sekitar
Senawang dan mungkin sekitar Seremban. Setakat ini
telah ada 3 laporan kejadian serupa sekitar Senawang.

Langkah Keselamatan :
1. Berhati-hati dengan lelaki usia 20 an memandu
Proton Satria Biru
2. Pastikan pintu rumah sentiasa dikunci walaupun ada
penghuni di dalam
3. Lebih selamat jika pintu pagar dikunci
4. Jangan membuka pintu rumah sekiranya ada orang yang
tidak dikenali ingin bertanyakan sesuatu. Cakap
melalui belakang pintu atau tingkap.
5. Pasang selak berantai pada pintu depan rumah.
6. Sekiranya ada yang mendakwa mereka Pegawai Polis
atau anggota penguatkuasa agensi kerajaan , tukang
paip dan sebagainya , minta mereka tunjukkan Kad Kuasa
atau Kad Pengenalan, dan talipon Balai Polis
berhampiran untuk pengesahan.
7. Pastikan nombor telefon Balai Polis berhampiran
mudah diperolehi . Balai Polis Bandar Baru Senawang
06-6792222 , Rakan Cop Hotline IPK NS 06-7619999

Tiada ulasan :