Sabtu, 15 Mac 2008

கேடுடுகன் தடுக் சேரி அப்துல்லாஹ் ய் செமகின் TERCABAR

Silap besar berpura tiada apa terjadi - Kadir

Abdul Halim Mohd Rashid


KUALA LUMPUR, 15 Mac (Hrkh) - Setelah pengundi berterus terang dengan Perdana Menteri dan BN pada 8 Mac lalu adalah satu kesilapan besar bagi sesiapa pun berpura-pura seolah-olah tiada apa yang terjadi, kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk A Kadir Jasin.

"Suka atau tidak, kita terpaksa berterus terang bahawa wujud tanda-tanda yang sangat jelas iaitu kedudukan (Datuk Seri) Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri semakin tercabar," kata beliau dalam blognya, kadirjasin.blogspot .com.

Menurut beliau, antara cabaran kepada kedudukan Abdullah ialah suara lantang dan jelas dari dalam Umno sendiri meminta Perdana Menteri menerima tanggungjawab di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu

Selain itu, katanya, sudah ada bukti bertulis dalam bentuk surat Ahli Parlimen Jerlun merangkap Exco Pemuda Umno Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir, yang merayu Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Pelbagai mesyuarat dan pertemuan tertutup yang membabitkan pembesar dan aktivis Umno yang merayu Perdana Menteri memikirkan kepentingan parti dan negara daripada kepentingan peribadi, katanya lagi.

"Penolakan oleh Raja Perlis terhadap pencalonan Shahidan Kassim sebagai Menteri Besar walaupun dia mendapat surat tauliah daripada Abdullah. Sebaliknya Istana melantik calon lain;

"Kelewatan Sultan Terengganu memperkenankan pelantikan semula Idris Jusoh sebagai Menteri Besar walaupun dia berjaya dengan cemerlang mempertahankan negeri itu daripada jatuh ke tangan pembangkang, " kata Kadir ketika menyatakan cabaran-cabaran kepada Abdullah.

Satu lagi cabaran, menurut beliau, ialah perisytiharan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP untuk memansuhkan peruntukan-peruntuk an tertentu Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Tiada ulasan :