Rabu, 12 Mac 2008

"Kami mahu jadi pembangkang yang kuat" Khir Toy


Cetak E-mail
Oleh Malaysiakini
Rabu, 12 Mac 2008


BEKAS Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menafikan dakwaan bahawa dokumen-dokumen penting telah dimusnahkan sebelum menyerahkan tampuk pimpinan kepada kerajaan campuran pembangkang di negeri itu.


"Tiada apa yang hendak diselindungkan, saya amat telus, jangan nak buat cerita yang bukan-bukan, semuanya teratur," katanya dalam sidang akhbar di pejabat Umno Selangor di Shah Alam malam tadi.

Beliau turut menolak desas-desus bahawa BN Selangor sedang berusaha menyakinkan PAS untuk membentuk kerajaan campuran.


"Tidak, ia cuma khabar angin. Kami memutuskan untuk kekal sebagai pembangkang, " katanya.

Dr Mohd Khir berkata mulai sekarang BN Selangor akan memberi tumpuan kepada usaha memastikan parti itu kembali menguasai Selangor pada pilihanraya umum akan datang.

Ditanya sama ada BN sudah menjalankan 'post-mortem' bagi mengkaji punca kekalahan mereka, beliau berkata ia belum dilakukan.

BN tewas di Selangor dalam pilihanraya umm Sabtu lalu apabila hanya memenangi 20 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Manakala barisan pembangkang mendapat 36 kerusi, iaitu PKR (15), DAP (13) dan PAS (8).

Katanya, BN akan menjadi pembangkang yang kuat untuk memastikan kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS menunaikan janji-janji pilihanraya mereka.

Tiada ulasan :